Monday 30 December 2019

7 Cara Pembahagian Harta Pusaka

Kali ini kami akan berikan kaedah yang betul dalam pembahagian harta pusaka tentang bagaimana harta seseorang itu dibahagikan daripada awal sehingga ke akhirnya. Pembahagian harta orang Islam agak sedikit berbeza dengan mereka yang bukan Islam kerena bagi mereka yang muslim, pembahagian harta pusaka telah Allah detailakan di dalam surah An Nisa ayat 11 dan 12, serta ayat 156. Artikel pada kali ini adalah gambaran keseluruhan proses pembahagian yang berlaku apabila seseorang itu meninggal. Daripada pengurusan jenazah dan kos-kos yang terlibat. Harap bagi anda yang datang boleh sebarkan artikel ini agar lebih banyak yang mendapat manfaat daripada perkongsian kali ini dan

The post 7 Cara Pembahagian Harta Pusaka appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2SBFFnH

9 Keadaan Hukum Faraid Jika Suami Meninggal & Isu Lain

Kami terpanggil untuk menulis berkenaan dengan hukum faraid jika suami meninggal ataupun dalam banyak situasi lain lagi. Faraid merupakan satu bentuk pengurusan harta pusaka dalam Islam dan telahpun ditentukan oleh Allah dalam Al Quran. Oleh sebab ianya datang daripada Allah, kita sebagai orang Islam pula kena meyakini akan adanya hikmah tertentu yang kita tak nampak. Kami terpanggil untuk memberikan input berkenaan dengan topik pengurusan kewangan Islam pada hari ini iaitu kaedah ringkas pembahagian faraid. Kaedah ringkas tidak susah tetapi apabila seseorang terutama waris melewat-lewatkan pembahagian harta pusaka sehingga menyebabkan ada waris lain yang meninggal, ianya akan menyebabkan harta beku dan

The post 9 Keadaan Hukum Faraid Jika Suami Meninggal & Isu Lain appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/39uyHae

Sunday 29 December 2019

6 Langkah Tukar Nama Geran Tanah Si Mati

Antara topik popular dalam pembahagian harta pusaka ataupun kewangan islam adalah isu tukar nama geran tanah di mati. Si mati dah meninggal, tetapi macam mana proses tukar nama tu? Nak biar je ke nama si mati dalam geran tu ataupun buat sesuatu untuk tukar nama di geran tu? Terutama dalam keadaan yang, si mati tidak membuat wasiat ataupun hibah ataupun merancang berkenaan dengan isu harta pusaka ini. Ianya akan menjadi lebih sukar apapun, ini adalah antara solusi dan cadangan terutama dalam pembacaan dan pengalaman kami dalam isu harta pusaka dalam islam. Ini adalah antara langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk

The post 6 Langkah Tukar Nama Geran Tanah Si Mati appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/37hCwgS

Saturday 28 December 2019

11 Persoalan Apa Itu Hibah Terjawab

Dalam aspek kewangan Islam, hibah adalah satu perkara yang wajib untuk anda tahu dan manfaatkan. Ianya merupakan salah satu perkara yang dibolehkan dalam undang-undang keluarga Islam dan antara yang anda boleh menfaatkan untuk mengelak kekeliruan dan persengketaan sesama waris terutama ketika seseorang itu sudah tiada lagi di dunia ini. Ianya juga termasuk dalam bab pengurusan harta pusaka. Artikel yang kami tulis berkaitan dengan harta pusaka memang mendapat trending dan antara artikel yang ramai pengunjung datang dan baca. Alhamdulillah kesedaran berkaitan dengan pemilihan harta puasa ini. Sebelum anda teruskan pembacaan ini, kami galakkan untuk anda baca artikel INI yang sangat berkaitan

The post 11 Persoalan Apa Itu Hibah Terjawab appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2ZzhHe1

Friday 27 December 2019

6 Perkara Wasiat Dalam Islam – Wajib Tahu

Mengurus dan merancang kewangan adalah perkara yang sangat penting bagi seorang islam. Bukan sahaja perancangan kewangan semasa hidup, juga perancangan semasa meninggalkan dunia ini agar waris-waris yang sepatutnya dapat harta terbela dan tiada pihak yang teraniaya. Apapun, topik pada kali ini adalah berkenaan dengan pembahagian dan kepentingan wasiat dalam islam.  Hukum memberi wasiat ini boleh berbeza mengikut keadaan, ada masa ianya boleh menjadi wajib dan ada masa ianya boleh menjadi harus. Faktor-faktor ini ada diterangkan di dalam artikel ini. Juga info lain yang anda perlu tahu berkenaan dengan had wasiat dan lain-lain.  Dalil Berkaitan dengan Wasiat di dalam Hadis dan

The post 6 Perkara Wasiat Dalam Islam – Wajib Tahu appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2rxEbzD

Thursday 26 December 2019

Pelepasan Cukai Pendapatan 2020

Topik pada kali ini adalah sekali lagi berkisar berkenaan dengan perancangan kewangan ataupun personal finance iaitu melibatkan cukai. Lebih speasifik adalah berkaitan dengan cara dan tips untuk anda mendapatkan pelepasan cukai sama ada cukai pendapatan, perniagaan dan lain-lain. Ianya penting kerana, anda masih boleh memanfaatkan ataupun mendapatkan rebat daripada setiap cukai yang anda bayar pada setiap tahun. Setiap tahun rakyat Malaysia dikehendaki untuk membayar cukai sama ada pendapatan, perniagaan dan lain-lain. Ada banyak jenis cukai di Malaysia ini dan antara yang paling popular dan wajib untuk dibayar adalah cukai pendapatan bagi yang makan gaji dan cukai perniagaan bagi yang mempunyai

The post Pelepasan Cukai Pendapatan 2020 appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2PWVGmg

Wednesday 25 December 2019

4 Info Harta Sepencarian Suami Meninggal & Isu Lain

Sebelum pergi lebih detail berkenaan dengan harta sepencarian suami meninggal, adalah lebih baik pembaca di sini tahu berkenaan dengan apa itu harta sepencarian. Berikut adalah info yang didapati di internet dan juga buku-buku yang kami rujuk berkenaan dengan perihal berkaitan harta pusaka, antaranya adalah buku urus harta, agih pusaka daripada tuan Shamsudin Kadir.  Untuk info, setiap kes adalah berbeza dan unik dan bergantung kepada situasi masing-masing. Post ini hanya bertujuan untuk memberikan sedikit info dan tips dan anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Apapun, boleh ke ruangan komen bagi mendapatkan penjelasan lanjut jika terdapat soalan. Dalil Yang

The post 4 Info Harta Sepencarian Suami Meninggal & Isu Lain appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2t0pbLa

Tuesday 24 December 2019

6 Info Cara Kiraan Zakat Simpanan

Zakat merupakan salah satu topik penting dalam islamic personal finance ataupun perancangan kewangan dalam Islam. Hanya mereka yang beragama Islam sahaja yang diwajibkan untuk membayar zakat. Topik penting yang ingin dikupas pada kali ini adalah cara kiraan zakat simpanan yang merupakan perkara yang wajib untuk anda lunaskan pada setiap tahun. Ianya mempunyai nisab (jumlah minimum) dan haul (tempoh masa) dan jika simpanan anda tidak cukup jumlah minimum tersebut, tidak perlu bimbang kerana anda tidak perlu mengeluarkan zakat simpanan. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib ditunaikan seperti solat, puasa dan lain-lain. Tambahan pula sekarang ini, nak tunaikan zakat

The post 6 Info Cara Kiraan Zakat Simpanan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2PRPiNa

Monday 23 December 2019

5 Trick Pinjaman Wang Berlesan – 2 Tips Sah

Ketika saya mula-mula bekerja dahulu sekitar tahun 2012, memang ada nampak banyak iklan di dinding, kereta yang menulis, pinjaman wang berlesen. Kalau dah iklan banyak macam tu, mestilah yang mencari pinjaman tu pun ramai betul tak? Kali ini kami ingin membongkat 5 teknik syarikat pinjaman wang sama ada yang berlesen ataupun tidak dan cara untuk membezakan mereka dengan Ah Long. Juga, 2 Tips untuk melihat sama ada mereka itu benar-benar wujud ataupun sebaliknya. Walaupun telah digembar-gemburkan berkenaan dengan keganasan mereka yang pinjam dengan ceti haram ataupun mereka yang pinjam dengan Ah Long, tetapi masih banyak juga yang masih meminjam dengan

The post 5 Trick Pinjaman Wang Berlesan – 2 Tips Sah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/372s5xx

Sunday 22 December 2019

8 Info Pengiraan Zakat Pendapatan – Tanpa Kalkulator

Zakat merupakan perkara wajib bagi umat Islam dan pada kali ini, kami ingin berikan 2 cara pengiraan zakat pendapatan yang anda boleh lakukan sendiri tanpa perlu kalkulator zakat pun. Dengan formula dan teknik yang betul, anda tidak perlukan kalkulator dan untuk info, cara kiraan zakat yang dalam kategori pendapatan ini tidaklah sesusah cara kiraan zakat ASB seperti dalam artikel INI, ianya mudah sahaja dan anda boleh lakukan sendiri. Selepas tahu berapa jumlah, bolehlah terus ke platform online seperti maybank2u ataupun kaunter-kaunter pungutan zakat yang lain untuk membuat pembayaran. Terdapat banyak jenis z@kat dalam islam antaranya adalah emas dan perak, pelaburan,

The post 8 Info Pengiraan Zakat Pendapatan – Tanpa Kalkulator appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2ZfXjhX

4 Cara Dapat Duit Percuma Sekarang – No 2 Paling Simple

Ramai sekarang nak cari ataupun dapatkan duit dengan cepat disebabkan oleh banyak faktor. Jadi, pada artikel kali ini, kami ingin berikan beberapa tips penting untuk anda dapatkan duit percuma sekarang dan memanfaatkan belanjawan tahun ini. Sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan duit secara PERCUMA, dan memang saya maksudkan free. Ianya mudah dan apa yang anda perlukan adalah beberapa tools penting untuk itu. Tools ataupun peralatan yang saya maksudkan adalah smartphone yang terkini. Tidak perlulah iphone yang terlalu mahal tu, asalkan ada smartphone uang dalam lingkungan RM400 pun sudah memadai. Saya pasti jika anda membaca artikel ini, memang anda memiliki sama

The post 4 Cara Dapat Duit Percuma Sekarang – No 2 Paling Simple appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2PMXoqt

Saturday 21 December 2019

5 Cara Buat Blog Sendiri

Kalau anda datang ke artikel ini tidak lain untuk cari info berkenaan dengan cara buat blog sendiri kan. Releven ke blog sebab sekarang ini sudah ramai yang gunakan platform seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram untuk meluahkan isi hati. Tak seperti blog yang mana anda kena setup layout dan lain-lain semata-mata untuk publish artikel kan. Facebook dan media sosial lain tu memang mudah kalau nak share idea anda tetapi ada satu kekurangan yang ketara yang membolehkan perkongsian di blog jauh lebih releven berbanding dengan perkongsian di sana. Ianya adalah kerana, perkongsian di Facebook akan tenggelam dengan beribu update lain, mungkin kalau

The post 5 Cara Buat Blog Sendiri appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2Q8gBll

Thursday 19 December 2019

5 Info Zakat Simpanan ASB – Fatwa Terkini 2020

Kali ini kami ingin berikan info yang lebih tepat dan terkini berkenaan dengan zakat simpanan ASB. Ianya adalah berdasarkan pautan terkini daripada lembaga zakat Selangor dan juga dividen terkini berkenaan dengan zakat. Lebih-lebih lagi kalau isu zakat yang melibatkan ASB loan ataupun financing.  Lebih-lebih lagi berkenaan dengan isu yang melibatkan dividen terkini ASB yang merupakan terendah sejak tahun 1990. DIsebabkan oleh itu, apa yang akan berlaku disebabkan dividen yang kecil dan pada masa yang sama, anda perlu untuk membayar hutang ataupun installment bulanan daripada pinjaman Amanah Saham Bumiputra. Boleh baca info berkenaan dengan info itu DI SINI.  Isu utama adalah

The post 5 Info Zakat Simpanan ASB – Fatwa Terkini 2020 appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2s4dGCc

7 Kriteria Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 – Daftar Segera

Umum memang dah tahu apa itu bantuan sara hidup khusus untuk orang bujang pada tahun 2020. Sebelum ini, bantuan ini dinamakan sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan setelah pemerintahan bertukar, ianya ditukar kepada Bantuan Sara Hidup dan artikel pada kali ini, kami memberikan beberapa kriteria penting dan cara untuk memohon agar anda mendapat bantuan ini. Ianya adalah insentif kerajaan bersempena dengan belanjawan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Bolehlah gunakan duit yang anda dapat daripada bantuan sara hidup ini untuk pelbagai kegunaan harian dan yang lebih menarik kalau anda dapat gunakan untuk tujuan pelaburan ataupun mendapatkan pekerjaan sampingan. Apa Yang

The post 7 Kriteria Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 – Daftar Segera appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/34AYxp6

Wednesday 18 December 2019

Dividen ASB 2019 – Terendah Sejak 1990

Pihak Permodalan Nasional Berhad yang diwakilak oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz baru sahaja mengumumkan dividen sebanyak 5% seunit beserta bonus 0.5% seunit menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak 5.5%. Bagi sesetengah, ini merupakan sesuatu yang tidak dijangka dan merupakan sesuatu yang mengejutkan terutama pelabur-pelabur yang mengharapkan dividen daripada ASB ini. Menurut Tan Sri Zeti, saiz dana yang besar dan kelembapan ekonomi memnyebabkan dividen pada kali ini jauh lebih rendah berbanding dengan sebelum-sebelum ini. Ianya pasti merupakan sesuatu yang dijangka oleh pelabur-pelabur yang mahir dengan keadaan dan kelembapan saham terutama indeks saham yang semakin menjunam baru-baru ini. Kelembapan pasaran

The post Dividen ASB 2019 – Terendah Sejak 1990 appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2M8Ekk5

Tuesday 17 December 2019

4 Trick ASB Loan CIMB – ROI 69%

Siapa yang tak pernah dengar pasal Amanah Saham Berhad (ASB) kan, pada artikel kali ini, kami nak bawakan 4 teknik macam mana nak manfaatkan ASB loan anda supaya dapat keuntungan berganda. Apabila dah dapat keuntungan tersebut, boleh manfaatkan sebainya sama ada anda nak enjoy sikit ataupun nak laburkan semula duit-duit tersebut. Kali ini, kami nak berikan anda 4 teknik untuk anda manfaatkan ASB anda. Sebelum pergi lebih jauh lagi, untuk info, ASB terbahagi kepada 2, iaitu ASB pelaburan biasa dan satu lagi lebih popular sebagai ASB-F (F adalah financing). Ianya adalah salah satu teknik pelaburan yang popular untuk mendapatkan keuntungan

The post 4 Trick ASB Loan CIMB – ROI 69% appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/35BEfNC

Sunday 15 December 2019

5 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 4 Terbaik

Tak tahu mana nak buat simpanan untuk anak? Sebagai ibu bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi artikel pada kali ini, kami nak rekemen untuk anda jadikan rujukan tempat terbaik untuk simpanan anak-anak. Ada 5 tempat simpanan untuk anak-anak dan kami paling rekemen simpanan yang ke 4 atas sebab sebab tertentu. Juga merupakan antara akaun simpanan untuk kanak-kanak yang terbaik di Malaysia. Apapun, ianya bergantung kepada keperluan anda, kerana setiap orang pun mempunyai keperluan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ada sesetengah ibu-bapa itu mungkin memerlukan simpanan dan pada masa yang sama memberikan perlindungan (insurans ataupun takaful) dan ada

The post 5 Tempat Simpanan Untuk Anak – No 4 Terbaik appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/36zqcbi

Friday 13 December 2019

5 Cara Penamatan Program AKPK

Kali ini kami nak berikan sedikit tips berkenaan dengan penamatan program AKPK terutama bagi mereka yang nak tahu berkenaan dengan program ini. Sebelum pergi lebih berkenaan dengan cara untuk terminate program ini, boleh baca dulu ARTIKEL INI untuk tahu lebih detail berkenaan dengan agensi kaunseling ini. Jika anda adalah seorang pegawai kerajaan ataupun penjawat awam, kami galakkan anda baca dulu ARTIKEL DI SINI sebelum teruskan pembacaan di sini.

Kalau anda cari contoh surat keluar dari AKPK pun boleh dapatkan di sini. Sebenarnya, cara nak keluar dari program ini tidaklah sesukar mana, cuma awas, bila dah keluar dah tak boleh nak masuk balik dalam program. Bila dah keluar, memang tak dapat nak masuk semula, lebih baik kalau tak mampu tu, restructure balik pembayaran bulanan. Caranya juga akan diterangkan di dalam artikel ini.

Semua info berkenaan dengan program dan cara untuk penamatan AKPK adalah seperti di bawah;

  1. Bagaimanakah program PPK boleh terbatal?
    PPK akan ditamatkan apabila pelanggan gagal membayar ansuran bulanan. Akibat daripada kegagalan ini, AKPK akan menamatkan program secara automatik. Individu hanya diberi peluang sekali sahaja untuk mendaftar di dalam PPK. Oleh itu, pelanggan seharusnya memantua dan mengekalkan pembayaran PPK untuk mengelakkan penamatan.

  2. Apakah kesan daripada penamatan program PPK?
    a) Segala penangguhan tindakan undang-undang akan terbatal dan pihak bank akan memulakan semula prosiding undang-undang
    b) Berpotensi mendapat gangguan daripada pemungut hutang
    c) Jumlah bayaran ansuran akan mengikuti jumlah bayaran asal

  3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan dan tidak mahu program PPK ditamatkan?
    Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran PPK dikehendaki menghubungi AKPK untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang sesuai bagi isu tersebut.

  4. Bolehkah saya mengaktifkan semula PPK selepas ditamatkan daripada program?
    AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula DMP melalui penyelesaian semua jumlah tunggakan tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah. Untuk memulakan proses itu, pelanggan perlu membuat rayuan untuk kemasukan semula. Setelah diluluskan pembayaran untuk menyelesaikan jumlah tunggakan diperlukan sebelum PPK di aktifkan.

5. Saya tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan yang tertunggak, Adakah saya masih layak untuk mengikuti PPK?

AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula PPK melalui permohonan baru selepas 1 tahun dari tempoh penamatan program tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah.

Tak susah kan nak buat penamatan ataupun pembatalan program ini, semua info adalah dihujung jari. Yang paling penting adalah, jangan lari dari masalah yang datang terutama yang berkaitan dengan masalah kewangan.

Penarikan Diri Daripada Program Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

  1. Bolehkah saya menarik diri dari program PPK?
    Ya, anda dibenarkan untuk menarik diri dari PPK

  2. Apakah kesan sekiranya saya menarik diri dari program PPK?
    i) Pihak penyedia kewangan akan mengenakan semula bayaran ansuran mengikut kadar bayaran asal.
    ii) Pelanggan dikehendaki berunding secara terus dengan pihak bank.

  3. Apa yang perlu saya lakukan jika ingin keluar/ menarik diri daripada pogram PPK?
    Pelanggan boleh membuat permohonan untuk menarik diri dari program PPK menerusi atas talian dengan cara berikut:

Info lanjut berkenaan dengan program ini boleh anda dapati di SINI.

Harap artikel ini menjawab segala info dan persoalan anda berkenaan dengan cara untuk tamatkan program AKPK. Ianya tidak susah dan harap artikel ini membantu anda. Apapun, kami cadangkan anda gunakan app ini untuk bantu anda berjimat dalam berbelanja. Tips paling mudah untuk cepat membayar hutang adalah, tambahkan pendapatan dan pada masa yang sama, jimatkan perbelanjaan bulanan. Kami pasi, app ini akan membantu.

The post 5 Cara Penamatan Program AKPK appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2YO8jDi

Thursday 12 December 2019

Review Kursus Kahwin Johor – Aspek Kewangan Gagal

Berpeluang untuk mengikuti kursus kahwin di Johor pada awal tahun 2019 di Kulai Johor. Kursus tersebut bertempat di Dewan Peladang Kulai. Artikel pada kali ini adalah ingin memberikan review berkenaan dengan kursus tersebut dan mengapa pada pandangan saya, kursus itu gagal memberikan penerangan yang penting terutama dalam aspek kewangan. Ianya seolah-oleh diambil ringan padahal sepatutnya, aspek kewangan untuk pasangan muda adalah antara faktor penting dalam kebahagiaan rumah tangga. 

Kenapa aspek kewangan penting? Ini adalah kerana aspek ini merupakan antara punca perceraian pasangan muda di Malaysia (di Malaysia tidak semestinya terhad kepada bangsa Melayu, tetapi hampir majoriti adalah bangsa Melayu.

Kursus ini memang menerangkan secara detail aspek-aspek lain seperti aspek ibadah, akhlak, adap dan munakahat, tetapi bagaimana dengan aspek kewangan? Ianya hanyalah satu topik sahaja dalam kursus tersebut dan apabila sampai masa untuk topik kewangan, ianya tidak disampaikan dengan baik.

Perjalanan Kursus Kawen

Pernah mengikuti perjalanan kursus kahwin sebelum ini beberapa tahun lepas. Pada ketika itu, kursus kahwin hanyalah cukup untuk sehari tetapi pada awal tahun 2019, 2 hari diperuntukan untuk menghadiri kursus tersebut. Untuk info, ianya wajib,kalau tak menghadiri ceramah tersebut dalam masa 2 hari full, kemungkinan besar anda tidak dapat berkahwin secara sah di Malaysia. 

Jumlah yang kena bayar adalah Rm140 untuk seorang, tetapi anda boleh claim semula kos untuk kursus ini untuk kali pertama. Info tersebut boleh anda dapatkan masa membuat pembayaran. Syaratnya kena buat pembayaran terlebih dahulu dan kemudian claim semula dengan pejabat agama. Jadi, manfaatkan rebate yang anda terima ini.

Kursus tersebut memang padat dengan info, dari aspek kesihatan oleh doktor bertauliah, aspek akhlak dan ibadah oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah, tetapi yang cukup mengecewakan adalah dalam aspek kewangan yang pada saya yang menhadiri kursus 2 hari itu, tidak mencapat matlamat.

Kenapa Aspek Kewangan Tidak Di Ambil Serious

Kenapa aspek kewangan penting? Terutama dalam pasangan muda di Malaysia. Ini kerana menurut timabalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh, aspek kewangan antara aspek ataupun penyebab utama masalah perceraian di Malaysia. Info lanjut dan berita di bawah.

KUALA LUMPUR – Masalah kewangan antara penyebab utama kes perceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Mengambil contoh statistik melibatkan pasangan bukan Islam, beliau berkata daripada 6,901 kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam yang dicatatkan sepanjang tahun lepas, 2,971 kes berpunca daripada masalah itu.

Berita penuh di SINI

Apabila tiba masanya untuk penceramah memberikan ataupun menyampaikan aspek kewangan, saya pun nampak ianya macam menarik berdasarkan kepada topik yang ingin disampaikan. Tetapi, apabila tiba masanya, penceramah langsung tak cerita pasal aspek perancangan kewangan. 

Penceramah ceritakan berkenaan dengan ibadah, dan juga adab malam pertama, langsung tiada berkenaan dengan perancangan kewangan. Kadangkala topik yang disampaikan tu lari daripada tajuk sehinggakan pada saya topik yang disampaikan tu agak “lucah”kerana melibatkan topik-topik pada malam pertama. Memang ramai yang tergelak-gelak terutama lelaki tetapi saya masih tak berpuas hati kerana aspek kewangan tidak disampaikan dengan baik. Mungkin pihak agama islam Johor perlu untuk menekankan masalah ini dan diharap kejadian seperti ini tidak berulang. Boleh panggil penceramah yang lebih berpengetahuan untuk menyampaikan aspek kewangan.

Alternatif Lain

Belajar sendiri aspek kewangan, itu adalah antara alternatif yang kami boleh cadangkan. Beli buku-buku berkaitan dengan personal finance di kedai-kedai buku ataupun baca blog yang berkaitan dengan kewangan seperti blog smartinvest101 ini. Perjalanan kewangan ini  penting kerana jika tiada ilmu berkenaan dengan topik ini, dan anda terbelenggu dengan bebanan kewangan yang tinggi, ianya boleh menyebabkan depresi dan mengganggu perjalanan perkahwinan anda. 

Kami juga rekemen anda dapatkan info berkenaan dengan info AKPK ini dan juga tips beli rumah di SINI bagi melengkapkan info berkaitan dengan kewangan. 

The post Review Kursus Kahwin Johor – Aspek Kewangan Gagal appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2LPGchM

Wednesday 11 December 2019

Penting Periksa Rumah Sebelum Beli – Tips Pada Pembeli

Sebelum membeli rumah, penting untuk periksa sebelum buat pembelian. Tips ni penting terutama kepada bakal pembeli. Ini menjawab satu post viral daripada seorang pembeli baru2 ni dan menyalahkan agen REN untuk kondisi rumah yang tak ok. Salah satu isu adalah tak melihat keadaan rumah itu betul-betul sebelum membuat pembelian dan tandatangan apa-apa dokumen.

Salah satu proses pembelian rumah adalah viewing. Terutama kepada bakal pembeli, kena tengok keadaan rumah itu betul2. Kalau ada penyewa, ataupun rumah berkunci, ataupun apa saje halangan, kena tengok dan paksa agen yang entertain ataupun tuan rumah untuk tengok dalam. Kalau tak dapat tengok dalam, tak perlu proceed dengan rumah tu sebab ada banyak lagi rumah-rumah lain. Selepas viewing barulah proses seterusnya untuk apply loan, urusan dengan lawyer dan serah kunci.

Walaupun tuan rumah ataupun agen janji “bulan dan bintang” bakal pembeli perlu bersedia untuk membaiki kerosakan atau cuba nego harga kalau rumah yang nak dibeli tu dalam condition yang tak ok. Dalam sesetgah kes, kalau nak proceed dengan rumah yang condition tak ok, boleh cuba nego harga serendah yang mungkin untuk bakal pembeli membaiki kerosakan yang ada. Kerana apabila SPA (sales purchase agreement) sudah ditandatangani, agak sukar untuk buat apa-apa tuntutan selepas itu. 

Pembeli Dapat Cashback

Kalau harga rumah RM300k, proses biasa adalah pembeli harus keluarkan 10% deposit (rm30k) untuk pembeli rumah (loan lulus 90%). Lagi 5% untuk kos guaman (dalam 15k). Total kos untuk deposit dan guaman, anggaran RM45k. Tapi ada sesetengah kes seperti dalam kes yang viral tu, pembeli dapat cashback daripada pembelian. Maksudnya pembeli x perlu bayar 10% dan dapat cashback yang antara tujuan untuk cover kos guaman dan kerosakan yang bakal ditanggung.

Utk info, cashback hanya terpakai utk rumah subsale dan sesetengah undercon, tidak untuk rumah lelong (betulkan kalau saya silap). 

Ada isu rumah yang dibeli tidak dilihat sepenuhnya dan tuan rumah pula jual pada harga murah. Pada keadaan ini, boleh gunakan cashback yang anda dapat daripada pembelian rumah tersebut untuk cover kerosakan yang berlaku dalam rumah anda. Memang kena expect kalau beli rumah terutama rumah subsale, akan berlaku sedikit kerosakan.

Tugas REN

Antara tugas REN yang utama adalah utk pertemukan pembeli dan penjual. Tak semua penjual tau nak “filter” kelayakan loan pembeli. Juga marketing channel REN agak banyak, mudah proniaga, property guru, telegram channel, instagram, iproperty dan lain-lain. Marketing channel agak terhad kalau cuba jual sendiri banding dengan mintak tlg agen yang jualkan. 

Kalau ada kerosakan berkaitan rumah, memang REN tidak dapat nak tolong. Kecuali ada sesetgah agen (kebiasannya broker) yang boleh berikan jaminan atas kerosakan rumah (tak digalakkan untuk deal dgn agen yang tiada REN – akan cover dalam post lain).

Untuk kes tersebut, salah satu isu adalah pembeli tidak periksa betul-betul condition rumah. Ketika dalam proses untuk dapatkan sedikit pampasan dari owner rumah, tuan rumah telah meninggal (innalilah kepada arwah). Segala wang arwah telah dimasukkan kepada harta pusaka kecil dan menyukarkan lagi keadaan apabila berurusan dengan waris. Apapun, jika ada yang masih tidak berpuas hati, boleh merujuk kepada mahkamah untuk tindakan lanjut. 

The post Penting Periksa Rumah Sebelum Beli – Tips Pada Pembeli appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2YH4QX6

Thursday 5 December 2019

12.12 Sale 2019 – Cara Untuk Berjimat

Artikel pada kali ini adalah khusus untuk 12.12 sale 2019 yang mana pastinya menawarkan peluang untuk anda mendapatkan pelbagai barangan yang anda mahukan pada harga yang menarik. Banyak merchant menawarkan harga runtuh untuk pelbagai barangan dan kali ini kami berikan beberapa tips untuk anda berjimat dan pada masa yang sama menikmati potongan cukai untuk tahun 2019 dan 2020.

Alang-alang berbelanja, biar dapat rebate cukai. Banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk anda berjimat dan pada masa yang sama berbelanja. Sekarang sudah tidak sama dengan beberapa tahun dahulu kepada wujudnya pelbagai app yang membolehkan anda menikmati pelbagai cashback. Daripada cashback ini, dapatkan anda memanfaatkan semua peluang yang anda ada untuk membeli pelbagai barangan yang anda mahukan.

Jom Cashback

Sekarang ni sangatlah rugi kalau anda tak pernah manfaatkan atau amik tau pasal cashback. Macam mana nak dapatkan cashback ni? Salah satu cara yang paling efektif adalah dengan cuba dapatkan info pasal ewallet. Sekarang ni dah banyak ewallet yang ada di pasaran Malaysia daripada wallet dari luar negara dan juga yang ada di dalam negara. Dompet digital yang ada di dalam negara juga tidak kurang hebatnya kerana menawarkan banyak manfaat untuk anda dapatkan ataupun berjimat sambil berbelanja. Antara dompet digital yang popular yang ada di Malaysia antaranya adalah boost dan touch n go e wallet.

Nak dapatkan info berkenaan dengan tng e wallet di SINI

Artikel berkenaan dengan boost e wallet akan ada tak lama lagi. Macam mana nak manfaatkan wallet digital ini dengan 12 12 sale? Pastinya anda berbelanja dengan wallet tersebut dan anda akan tahu pengalaman menarik. Saya sendiri menggunakan tng e wallet ini dan menerima cashback hampir setiap hari melalui pelbagai offer menarik yang mereka tawarkan. Antara offer terbaru mereka adalah, cashback RM5 untuk setiap kali isi minyak RM40 di Shell terpilih seluruh Malaysia. Untuk 12 12 sale, tentunya banyak yang menarik yang anda bakal dapat.

Tak percaya, boleh ke SINI untuk dapatkan dan tengok sale terbaik menjelang 12 12

Sambil Shopping – Dapatkan Rebate Cukai Pendapatan

Bila masuk bulan Disember ini, tentunya anda sedang bersedia untuk “declare” cukai pendapatan anda pada bulan April tahun depan. Alang-alang nak “decalare” berapa banyak yang anda bakal dapat dan pada masa yang sama, cuba manfaatkan kesemua rebate cukai pendapatan. Ada banyak cara untuk anda manfaatkan rebate cukai pendapatan antaranya adalah dengan simpanan SSPN ini.

Lifestyle tax pun anda boleh manfaatkan dengan berbelanja di Lazada dan dapatkan rebate yang anda mahukan. Untuk info lanjut berkenaan dengan hal ini, boleh dapatkan di SINI dan anda boleh dapatkan semua info yang anda mahukan.

Kapal Karam Masa Sale 11.11

Dah beli barang masa sale 11.11 boleh pulak kapal karam. Kalau sale untuk 12.12 macam mana pulak? Kalau nak selamat beli je barangan daripada local supplier. Bukan barangan daripada oversea, insyaAllah selamat dan barangan pun cepat sampai. Kalau tak pernah tahu, info berkenaan dengan kapal karam tu anda boleh baca berita ini.

TAIPEI: Sebuah kapal kargo dipercayai membawa muatan barangan ketika promosi Sale 11.11 karam selepas berlaku perlanggaran di perairan Minjiang.

Kapal kargo dari Taiwan itu dikatakan sedang membawa barangan dari TaoBao sebelum dihantar kepada pembeli.

Menurut laporan ETToday dan World off Buzz, sembilan anak kapal berjaya diselamatkan manalaka tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut.

Akibat kejadian itu juga sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut. lagi berita sini.

Untuk Shopping Tools Pelaburan 

Kalau nak cari info berkenaan dengan tools terbaik untuk pelaburan, boleh baca artikel ini. Apapun, harap anda dapat manfaatkan sale kali ini dan alang-alang shopping, dapatkan cashback terus.

The post 12.12 Sale 2019 – Cara Untuk Berjimat appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2OSh9fC

Tips Jana Pendapatan Pasif Saham

Ada ke sesiapa yang boleh menjana pendapatan pasif saham secara konsisten setiap bulan? Sebenarnya, ianya tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan pasif dengan pelaburan saham dengan syarat, anda tahu teknik yang betul untuk melabur dalam saham. Dengan teknik, strategi dan timing yang betul, ianya membolehkan anda untuk membuat pelaburan dengan lebih berkesan dan pada masa yang sama anda boleh menjana pendapatan pasif daripada pelaburan saham.

Pada kali ini, kami ingin berikan beberapa tips penting kepada anda tentang bagaimana cara yang terbaik untuk anda membuat duit dalam pelaburan saham secara konsisten setiap bulan. Dan pada masa yang sama, mengenepikan mitos yang pelaburan saham ini adalah susah.

Strategi yang anda perlu tahu berkenaan dengan pelaburan saham

Pelaburan saham perlukan strategi yang betul kerana tanpa strategi yang betul, apa yang anda lakukan umpama berjudi di pasaran saham. Dengan strategi dan teknik yang betul, ianya akan sedikit sebanyak membantu anda untuk sukses dan berjaya dalam pelaburan saham yang anda ceburi.

Untuk strategi pelaburan saham, boleh dibahagikan kepada 2 cara iaitu teknik fundemaltal analisis dan teknikal analisis. Dapat menguasai salah satu teknik ini membolehkan anda untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelaburan saham anda dan yang penting sekali boleh menjana pendapatan pasif saham.

Teknik teknikal analisis saham

Teknikal analisis adah berkenaan dengan teknik pelaburan menggunakan trend chart dan graf. Susah? tidak juga, saya salah seorang yang menggunakan teknik teknikal analisis dalam pelaburan saham. Untuk menceritakan secara lebih detail berkenaan dengan teknikal analisis memerlukan masa yang panjang dan tidak cukup sekadar info di sini. Saya lebih rekemen untuk anda dapatakan tips panduan SistemSaham ini untuk teknik teknikal analisis terbaik di Malaysia.

Juga, anda boleh dapatkan secara percuma signal penting dalam pelaburan saham di SINI. Ianya penting dan pada masa yang sama membolehkan anda cuba meminimumkan risiko dalam pelaburan saham dan pada masa yang sama memberikan keuntungan jangka panjang dalam pelaburan saham.

Teknik fundemantal analisis saham

Selain daripada teknik teknikal analisis, ada juga teknik fundemantal analisis dalam pelaburan saham ini. Teknik ini mengenengahkan cara untuk melihat laporan kewangan syarikat dan membeli saham-saham ‘undervalue’ daripada syarikat tersebut. Untuk menguasai teknik ini, penting untuk anda megetahui dan pandai membaca laporan kewangan syarikat agar pelaburan anda tidak tersilap.

Pelaburan saham adalah teknik memilih saham yang betul

Membeli saham yang betul dan menjual saham itu diwaktu yang betul adalah macam mana cara untuk membuat untung dalam pelaburan saham. Penting untuk anda berjaya dalam pelaburan saham dan dengan cara itu, memang tiada masalah untuk anda berjaya dalam pelaburan saham sekaligus menjana pendapatan pasif saham.

Tiada yang mustahil dan semuanya memerlukan kesungguhan yang berterusan untuk berjaya dalam pelaburan yang anda lakukan. Inilah serba sedikit tips penting dalam pelaburan saham dan harap anda boleh berjaya dalam pelaburan saham anda.

The post Tips Jana Pendapatan Pasif Saham appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2jnKzzq

Tuesday 3 December 2019

Pengalaman Menjadi Muflis – Satu Perkongsian

Muflis ataupun bankrap merupakan sesuatu yang menjadi “taboo” kepada masyarakat di Malaysia dan ramai yang tak mahu terlibat denganya. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips penting menolong seorang client dan pengalamannya menjadi muflis, proses bankrap dan beberapa keistimewaan pada artikel ini. Menjadi bankrap bukan pengakhiran kepada dunia pun, kerana ramai yang bangkit menjadi jauh lebih baik dari suduk kewangan selepas bankrap. Kekuatan untuk bangkit semula itu yang menjadikan mereka unik.

Kepada anda yang sedang dalam proses ini ataupun berdepan dengan situasi ini, nasihat kami adalah jangan lari dan cuba untuk hadapi isu ini. Pergi ke jabatan insolvensi dan dapatkan nasihat dan pandangan. Memang akan ada pemungut hutang melalui telefon ataupun berjumpa tetapi harus diingat, pemungut hutang ini mendapat komisyen daripada hutang yang berjaya diambil, jika diishtihar bankrap, mereka sepatutnya tidak boleh berbuat apa-apa terhadap anda.

Jika diisytihar – Apa anda perlu lakukan?

Memang kebanyakan orang tak mahu status bankrap ini kerana beranggapan habis semua harta akan hilang. Tetapi tidak semestinya bergitu, apapun, ini adalah antara perkara yang diluar pengetahuan anda berkenaan dengan muflis dan manfaat yang anda bakal dapatkan. Nasihat kami, cuba berdepan dengan isu ini

1 Boleh ke seorang yang bankrap guna kad kredit?

Seorang yang muflis boleh menggunakan kad kredit dengan limit RM1k sahaja. Kalau nak gunakan lebih daripada rm1k, hendaklah mendapatkan kebenaran daripada bank ataupun mahkamah. Melangar peraturan ini (limit lebih daripada RM1k) ianya adalah melanggar akta Insolvency Act 1967.

2 Boleh ke seorang yang muflis travel ke luar negara?

Secara umumnya tidak boleh, kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah ataupun DGI (director ganeral of insolvency). Jika telah mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah barulah boleh melancong ke luar negara.

3 Menukar Milik Hartanah

Seseorang yang diishitharkan muflis tidak dibenarkan menukar status hartanah mereka. Sebab itu jika dalam proses jual dan beli rumah, jika seseorang diishtiharkan bankrap, proses penukaran nama tidak dapat dijalankan.

4 Boleh Ke Buka Bank Akaun

Bagi mereka yang sudah diishtihar muflis, kesemua akaun bank akan menjadi tidak aktif. Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes yang kesemua akaun masih boleh digunakan lagi apabila mendapat kebenaran daripada DGI ataupun kebenaran daripada mahkamah. Apabila mendapat kebenaran, dia boleh mengaktifkan kembali akaun lama ataupun membuat akaun baru dengan bank lain.

5 Boleh ke seorang yang bankrap dilepaskan daripada status?

  • Ada 3 cara sahaja untuk dilepaskan daripada status muflis ini.
  • Memohon kepada mahkamah setelah kesemua hutang yang berkaitan dengan proses sebelum ini selesai. Ada 3 cara sahaja untuk dilepaskan daripada status muflis ini.
  • Memohon di mahkamah untuk dilepaskan dari bankrupt. Boleh ke jabatan insolvensi untuk info lanjut. Memohon kepada DGI di bawah seksyen 33A Akta Bankrap 1967.

6 Bolehke seseorang itu dibankrapkan?

Memang ada orang yang mahukan dirinya bankrap. Ini kerana salah satu keistimewaan adalah tidak perlu membayar hutang yang terlalu banyak dan tidak perlu diganggu oleh agen pemungut hutang. Apapun, seseorang itu hanya boleh diishtiharkan muflis hanya setelah mendapat perintah mahkamah. Ada 2 cara untuk dapatkan perintah mahkamah,

  • salah satunya adalah pihak peminjam mengemukakan perintah mahkamah.
  • Satu lagi cara adalah dengan anda sendiri pergi ke mahkamah dan ingin diishtiharkan bankrap dengan mengemukakan dokumen berkaitan dengan hutang dan lain-lain.

7 Bagaimana Dengan Pekerjaan Yang Dilakukan sekarang?

Bankrap tidak menjadikan anda hilang pekerjaan. Tapi memang ada beberapa sektor yang tidak membolehkan seseorang yang muflis bekerja.

Ini adalah antara beberapa persoalan penting bagi mereka yang inginkan info berkenaan dengan muflis. Ianya adalah antara pengalaman yang mereka perlu lalui dan yang paling penting sekali, jangan lari apabila anda mendapat tahu yang anda dalam proses bankrap. Berdepan dengan isu ini dan pergi ke jabatan insolvensi untuk info lanjut. Lagi soalan penting berkenaan dengan info, keistimewaan dan lain-lain, boleh ke SINI untuk dapatkan info lanjut.

Apapun, bankrap jauh lebih baik daripada AKPK, KLIK SINI. Kepada anda yang tidak mampu membayar hutang, AKPK adalah antara jalan terakhir. Kalau AKPK tidak dapat membantu, diishtiharkan muflis pun tidaklah pengakhiran kepada dunia.

The post Pengalaman Menjadi Muflis – Satu Perkongsian appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/34N6pVj

Saturday 30 November 2019

Buka Akaun FCPO – 4 Langkah Mudah

Kali ini kami ingin berikan tips berkenaan dengan cara buka akaun FCPO. Futures Crude Palm Oil ini merupakan salah satu kepada alternatif yang ada untuk pelaburan saham ataupun forex. Lebih menarik lagi, instrument pelaburan FCPO ini adalah salah satu pelaburan yang telah disahkan halal oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia, jadi tak ada isu haram di situ. Forex mempunyai isu status haram dan tidak digalakkan untuk melabur di situ walaupun mempunyai banyak pandangan berkenaan dengan hal ini.

Kalau anda datang ke artikel ini untuk membuka akaun FCPO, anda memang datang ke artikel yang tepat. Selain itu juga, kami ingin berikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang trader FCPO. Untuk info, saya merupakan agen hartanah full time, boleh ke SINI untuk tahu siapa saya dan pada masa yang sama, disebabkan oleh masa sebagai agen yang agak fleksible iaitu tidak terikat dengan masa, saya juga seorang trader FCPO. Stail pelaburan saya adalah swing dan kebanyakan masa saya lebih prefer “day trade” untuk dapatkan beberapa tick sehari. Jadi, pada kali ini, saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buka akaun dan sedikit tips untuk bermula.

Buka Akaun

Saya bermula dengan membuka akaun dengan RHB Investment, pada ketika saya bermula, broker mengenakan RM20 in RM20 out untuk brokerage fee. Untuk margin, RM4000 untuk overnight ataupun ov (ov diistilahkan kalau anda hold position semalaman) dan untuk daytrade pula adalah 50% daripada margin RM2000. Disebabkan pada ketika itu, beberapa senior trader boleh dapat sekitar RM8 in RM8 out, saya cuba nego dgn remiser dan final broker fee pada masa itu adalah RM15 in RM15 out. 

Tak puas hati, saya dapat contact number remiser Kenanga yang offer RM9 in dan RM9 out. Terus amik offer tanpa ragu. Telahpun sukses dalam trade beberapa kali dan seteleh menimbang banyak perkara, sekarang konsider untuk berhijrah ke TA Futures. Apa yang menarik di TA Futures adalah;

  • Margin OV = Rm4000
  • Margin Intraday = RM1000 (25% daripada asal)
  • Brokerage intraday = RM8 in RM8 out (murah la)
  • Brokerage ov = RM12.5 in RM12.5 out (agak mahal banding lain)

Apa yang menarik dan kenapa saya memilih untuk trade dengan TA Futures adalah, margin intraday yang paling murah antara semua broker. Bayangkan kalau anda ada RM4k, terus boleh trade 4 lot dan jika memang anda confident dengan strategi anda, memang cepat untuk buat profit. Jika anda baru bermula, saya rekemen untuk anda kekal pada satu lot sehingga nampak sukses. Kalau tak dapat nak sukses dengan 1 lot, apa bakal jadi dengan 4 lot? Sebelum bermula, saya rekemen untuk anda mantapkan diri dengan ilmu trading dan cuba paper trade selama beberapa bulan. Dah ada result yang OK daripada paper trade, barulah beralih ke real trade. Jangan lupa untuk mantapkan diri dengan strategi dan ilmu untuk berdagang. Untuk bermula saya cadangkan ebook SISTEM SAHAM ini.

Ianya memang berkaitan dengan saham, tetapi ada beberapa info berkaitan dengan teknikal analisis yang asas dan advanced yang ada di situ. Terutama strategi berkenaan dengan volume trading. 

Bagaimana Untuk Bermula

Buka akaun dengan broker, sediakan dokumen seperti IC, bank statement dan borang – borang yang bakal anda download. Buka akaun tak ada masalah untuk bermula, cuma kalau nak real trade tu, saya sangat rekemen untuk untuk anda dapatkan ilmu dan cuba untuk paper trade sampai nampak sukses.

Charting Platform

Niaga Hadapan Kelapa Sawit ini memang akan lebih menggunakan technical analysis. Boleh kata 90% technical analysis, lain-lain fundemantal itu mungkin tak mempengaruhi sangat (hanya pendapat peribadi, mungkin tidak betul bagi sesetengah orang). Untuk CPO ini, charting platform memainkan peranan dalam trading. Saya sendiri tidak prefer menggunakan broker seperti RHB, Kenanga punya platform kerana charting mereka tidak menarik. Untuk charting sahaja ada beberapa alternatif yang ada dan salah satunya adalah Tradingview. Saya sendiri menggunakan tradingview akaun berbayar untuk charting. Ada beberapa kenalan trader lain menggunakan bursastation. Apapun ianya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Ianya adalah antara beberapa tips untuk bermula, kalau anda nakkan tips dari segi teknikal analisis, saya akan cover beberapa strategi pada post ataupun artikel yang akan datang.

The post Buka Akaun FCPO – 4 Langkah Mudah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2R89NWP

Friday 29 November 2019

Agen Hartanah Pasir Gudang – 5 Pengalaman Jual Rumah Kota Masai

Pasir Gudang merupakan salah satu kawasan yang menjadi tempat untuk kami menjalankan proses jual dan beli rumah. Kami juga merupakan agen hartanah di Pasir Gudang dan pada kali ini, kami ingin berikan beberapa kisah untuk menjual satu rumah kos sederhana di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Selain daripada rumah di sini, kami juga pernah menjual perumahan baru di Meridian East dan juga di Taman Scientex PG. Kisah jual beli di Meridian East dan Scientex akan kami ceritakan pada artikel lain.

Rumah yang kami jual tersebut bukanlah rumah lelong di Pasir Gudang, tetapi merupakan rumah subsale ataupun 2nd hand. Seperti juga perumahan di kawasan lain yang telah kami cover seperti di Skudai ataupun di Batu Pahat, penjualan bermula dengan mencari rumah yang ingin dijual tersebut. Dah ada rumah yang ingin dijual, barulah proses seterusnya berjalan iaitu mencari pembeli, proses apply pinjaman rumah dan lain-lain.

Kalau anda ada mempunyai rumah di Pasir Gudang, ataupun di dalam Johor tetapi tidak tahu macam mana proses jual beli, ataupun tak mempunyai masa untuk menjual rumah anda, boleh dapatkan khidmat periksa harga pasaran secara PERCUMA di SINI.

Macam Mana Dapat Penjual

Ada banyak cara untuk dapatkan listing penjual. Bagi seorang agen hartanah berdaftar, listing adalah umpama nyawa bagi seorang perunding. Kerana jika tiada lisitng, macam mana nak jual, jika tiada barang untuk dijual, macam mana nak dapat income? Cara untuk dapatkan listing akan kami cover pada artikel lain.

Untuk rumah di Kota Masai ini, kami dapat listing daripada rakan agen. Beliau merupakan seorang agen hartanah separuh masa dan apa yang kami lakukan adalah hanya iklankan unit tersebut. Lebih menarik, kami hanya iklankan rumah ini di satu medium pengiklanan sahaja iaitu Mudah.my. Ya, hanya di situ dan tiada Facebook, Instagram dan lain-lain. Detail rumah yang kami iklankan adalah seperti berikut;

  • Rumah – 2 Tingkat Low Cost
  • Hold Status – Freehold
  • Lokasi – Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, Pasir Gudang
  • Harga – RM140k

Ini adalah detail rumah tersebut dan tidak lama selepas iklan, terus ada pembeli PM. Tak sempat nak iklankan di Facebook dan beberapa marketing lain.

Masalah Pembeli dalam Dapatkan Rumah

Untuk kes rumah ini, pembeli mempunyai masalah kerana beberapa rumah yang mereka cuba dapatkan walaupun pinjaman rumah telahpun lulus, tetapi mereka tidak mendapat rumah tersebut. Kalau di Johor, perkara ini tidaklah pelik terutama apabila berurusan dengan perunding hartanah yang tidak berdaftar (baca : broker). Walaupun anda sudah booking unit tersebut, tetapi tidak semestinya unit yang anda book itu bakal menjadi milik anda. Sebab itu adalah lebih baik bagi pihak penjual atau pembeli untuk berurusan dengan perunding yang berdaftar dengan LPPEH.

Loan pembeli telahpun lulus, pada ketika itu loan lulus oleh MBSB bank cuma yang menjadi masalahnya adalah, tiada rumah yang sesuai. Jadi apabila kami iklankan unit ni, terus pembeli ajak tengok rumah dan terus dapatkan rumah tersebut. Disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi, earnest deposit RM500 pun diterima asalkan rumah tu ada pembeli.

Dalam masa seminggu sahaja pinjaman perumahan dari MBSB ini telahpun lulus. Banker cuma submit dokumen yang sama dan ada pertukaran alamat sikit, sebab itu proses untuk kelulusan agak singkat. Apabila urusan pinjaman rumah selesai, proses seterusnya adalah berkaitan dengan urusan guaman.

Peguam Hartanah di Pasir Gudang

Seperti kes di SINI, kes ini juga memerlukan consent daripada SUK Johor untuk proses pertukaran nama. Boleh baca di artikel yang kami sebutkan tadi untuk memahami lebih lanjut berkenaan dengan sekatan di dalam geran. Sekatan yang dimaksudkan adalah sekatan SUK. Jika anda seorang penjual rumah dan tak biasa dengan perkara ini, boleh hubungi kami untuk dapatkan info lanjut.

Proses pertukaran nama tidak ambil masa yang terlalu lama, cuma kalau ada sekatan daripada SUK ini, boleh estimate proses pertukaran nama mengambil masa 1 tahun. Semuanya tiada masalah selepas proses tukar nama dan semuanya selesai selepas 1 tahun. Yang penting pembeli gembira dapat rumah idaman untuk duduk dan penjual lega rumah mereka terjual.

Apapun kepada anda yang nak menjual rumah ataupun nak membeli rumah di sekitar Johor khususnya Pasir Gudang, boleh PM kami untuk info lanjut.

The post Agen Hartanah Pasir Gudang – 5 Pengalaman Jual Rumah Kota Masai appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/33xW26o

Sunday 24 November 2019

Cara Guna Touch N Go Ewallet

Sekarang sudah menjadi satu fanomena berkenaan dengan penggunaan ewallet ataupun dompet digital. Pada mulanya, kami sendiri sangsi dengan kemunculan dompet digital ini sehinggalah mencuba salah satu daripada ewallet yang popular. Jadi, artikel kali ini, kami ingin memberikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara guna Touch N Go Ewallet dan manfaat yang anda boleh dapat serta kelebihan yang anda boleh manfaatkan dalam penggunaan dompet digital tersebut.

Mudah, jimat dan memberi manfaat, itulah yang dapat kami simpulkan setelah menggunakan dompet digital dari T&G ini selama sebulan. Ada banyak perkara yang diluar jangkaan terutama berkaitan dengan “cashback” yang bakal anda terima jika terus menggunakan app ini. Anda tidak akan rugi apa-apa dan ianya sangat berbaloi. Lagilah sekarang ini pihak pengurusan menggunakan pelbagai medium untuk mengiklan app ini dan pastinya banyak promosi menarik yang ditawarkan pada masa akan datang.

Cara Guna T&G EWallet

Cara guna tak susah, pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda download app ini di google play store ataupun apple store. Untuk mudahkan anda, boleh KLIK JE LINK ini dan boleh terus dapatkan app ini.

Dah download, cuba top up seberapa yang boleh, kami rekemen cuba dlu RM100. Nak tambah nilah ada banyak pilihan sama ada dengan kad kredit, kad debit mahupun dengan pilihan online banking. Nak reload di 7 Eleven pun tak menjadi masalah. Lepas dah reload nak buat macam mana?

Lepas reload anda dah boleh shopping menggunakan app ini. Boleh tengok gambar di bawah ini dan tekan “pay” untuk membuat pembayaran. Special QR code akan keluar dan apabila anda nak buat pembayaran, boleh scan QR Code ini dan jumlah amount perbelanjaan akan terus ditolak daripada akaun anda. Memang menarik dan ianya cashless.

Apabila anda scroll bawah sedikit, anda akan nampak bahagian promotion. DI sini ada banyak pilihan promosi-promosi menarik dari merchant yang bekerjasama dengan syarikat Touch N Go wallet. Juga special cashback yang anda bakal dapat apabila anda menggunakan app ini. Cuba tengok promosi yang ada dan manfaatkan sebaiknya, Cuba maksimumkan sebanyak mungkin promosi yang ditawarkan.

Pengalaman Menggunakan App ini Selama Sebulan

Banyak kejutan terutama adalah untuk cashback yang anda bakal terima setelah menggunakan app ini. Ketika kami menggunakan app ini, setiap perbelanjaan kali pertama, pengguna akan mendapat 50% cashback daripada pihak touch n go. Menarik kan! Ingat lagi masa tu berbelanja di Speedmart sebanyak Rm40 membeli barangan keperluan di dapur. Setelah membuat pembayaran dan selesai, dapat notification yang pihak T&G memberikan rebate sebanyak 50% ke dalam akaun. Memang berbaloi.

Selain itu juga, promosi sehingga 31 Disember 2019, setiap pembayaran dalam satu resit melebihi RM5, pengguna akan memperolehi cashback lagi sehingga RM1 untuk setiap pembeli. Ianya ditawarkan pada setiap hari. Jadi memang tidak melepaskan peluang ini untuk berbelanja di speedmart dan 7 Eleven bagi mamanfaatkan cashback yang diberikan.

Kelebihan Touch N Go e-wallet

Kelebihan yang ketara adalah pada cashback yang diberikan. Ianya ternyata satu perbelanjaan yang menjimatkan dan menguntungkan pada jangka masa panjang. Siapa yang tak mahu pembelian barangan pada harga yang jauh lebih murah daripada biasa kan.

Ada juga promosi yang apabila anda top up menggunakan debit kad, akan entitle RM5 cashback. Perkara-perkara seperti ini memang sentiasa ada dan sering berlaku.

Cashless adalah antara kelebihan yang paling kami gemar. Tidak perlu untuk withdraw duit dari ATM, terus je transfer ke dompet digital ini. Lagila kalau ada amount yang terlalu kecil terutama sen-sen, memang akan hilang, sebalinya dengan ewallet ini, tiada masalah wang kecil kerana semuanya dalam bentuk digital.

Akan Datang

Tentunya akan lebih banyak promosi yang akan diberikan dan kami juga akan berikan sedikit review dan perbandingan dengan dompet digital lain seperti Boost, Maybank Pay dan lain-lain. Harap ianya dapat sedikit sebanyak memberikan penjimatan kepada anda dan membolehkan anda untuk mengamalkan gaya hidup cashless. Pastinya lebih berbaloi.

Nantikan tips-tips personal finance kami yang lain terutaman berkaitan dengan pelaburan dan cara untuk mendapatkan cash agar anda boleh berjimat cermat.

The post Cara Guna Touch N Go Ewallet appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2KPp37g

Friday 22 November 2019

No 1 Rumah Untuk Di Jual Segamat – Taman Yayasan

Harga rumah memang semakin lama semakin mahal terutama di kawasan-kawasan yang panas seperti Lembah Klang ataupun Johor Bahru. Lagila kalau nak cari projek perumahan baru di kawasan tersebut. Tak dinafikan ada juga yang ingin mencari rumah baru dengan bajet bawah RM400k, malahan ada yang nak cari dengan bajet bawah Rm300k. Berita baik, projek perumahan baru dengan bajet bawah Rm300k memang ada tetapi lokasi mungkin kena pertimbangkan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin berpencen dan duduk jauh daripada bandar-bandar besar.

Rumah yang kami maksudkan itu adalah satu perumahan baru untuk dijual di Taman Yayasan, Segamat. Setakat artikel ini ditulis, harga projek tersebut adalah di bawah RM300k dan merupakan antara perumahan baru yang paling berbaloi yang anda boleh miliki. Masih ada beberapa unit perumahan yang ada dan jika ada projek baru pun, masih lagi pada harga yang OK kerana ianya adalah di dalam kawasan yang masih lagi murah.

Rumah Taman Yayasan Segamat By Ishtihar Development

Ketika artikel ini di tulis, perumahan yang kami maksudkan tersebut telahpun siap dibina dan sedia untuk diduduki. Maksudnya, setelah proses pinjaman perumahan sama ada pinjaman dengan bank atapun dengan pihak LPPSA lulus dan proses tukar nama selesai, anda boleh terus tinggal di rumah ini. Ianya menarik kerana dibina 2 tingkat dengan keluasan yang besar. Tetapi jangan expect untuk dapatkan corner lot unit kerana kemungkinan sudah habis kerana ditawarkan pada harga yang sangat murah berbanding projek-projek lain.

Ishtihar Development juga antara yang “deliver” projek mereka di Segamat dan setakat ini tiada masalah dengan projek-projek yang mereka tawarkan. Info rumah berkenaan dengan projek ini adalah seperti di bawah;

Apa Yang Menarik?

Ada 2 rebate yang ditawarkan, pertama adalah rebate diskaun 10% daripada harga rumah yang dijual. Dengan erti kata lain, jika pinjaman anda lulus 90%, anda tidak perlu membayar apa-apa deposit untuk rumah ini. Memang menarik.

Yang kedua adalah untuk projek ini, tiada bayaran untuk caj gumaan bagi Sales Purchase Agreement dikenakan. Dapat la jimat dalam RM10k di situ kerana kalau anda membeli rumah subsale, memang akan ada caj guaman SPA yang akan dikenakan. Ini adalah antara rebate yang ditawarkan buat masa ini dan mungkin akan berubah pada masa akan datang. Apapun, boleh confirm dengan menghubungi salah seorang agen jualan untuk projek ini di nombor bawah

Mohd – Whatsapp / SMS – 010 8435381

Detail lain berkenaan dengan projek ini

DETAILS:

(+) Harga bermula RM298k sahaja selepas diskaun
(+) Total unit: 80 unit
(+) Keluasan tanah: 22 x 70 sq.ft
(+) Keluasan bangunan: 2,001 sq.ft
(+) 4 bilik & 4 bilik air

KEMUDAHAN / FASILITI:

(+) Berdekatan dengan Pasar Borong, Pasaraya Nirwana & Pasaraya Billion.
(+) Stesyen minyak: Petronas & Shell
(+) Masjid
(+) Yayasan Industrial Park
(+) 6km ke Bandar Segamat
(+) 8km ke Bandar IoI Segamat
(+) Pusat Operasi Petronas
(+) Bersebelahan dengan Tapak Projek Perindustrian Kerajaan Negeri seluas 200 ekar

PAKEJ MENARIK:

(+) Diskaun sehingga 15%
(+) Booking hanya RM1000
(+) Tanpa deposit (Zero-Downpayment)
(+) Pulangan tunai (cashback) yang lumayan!
(+) PERCUMA Legal SPA

Baki unit sangat terhad, boleh terus hubungi kami untuk viewing & set appoinment.

Mohd – Whatsapp / Call – 010 8435381
Mohd – Whatsapp / Call – 010 8435381

Lokasi projek ini sangat strategik dan dekat sangat dengan pelbagai kemudahan awam dan bandar Segamat. Kalau nak cari projek perumahan di Segamat ataupun projek yang di bawah harga RM400k ataupun RM300k, ini memang antara pilihan yang anda boleh fikirkan. Yang penting berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

Rumah Baru Ada Rebate – Subsale Belum Tentu

Perumahan baru memang banyak rebate dan anda boleh dapatkan waranti daripada pihak pemaju jika ada kerosakan dalam tempoh 2 tahun selepas memiliki rumah. Kalau rumah subsale masih belum tentu lagi anda bakal mempeolehi rumah ini. Antara pelanggan kami yang dah berjaya memperolehi rumah ini adalah mereka yang bekerja Singapura dan ada juga mereka yang bekerja di Malaysia dan menggunakan Loan LPPSA. Sekali lagi, jika berminat, boleh terus hubungi no di atas untuk info lanjut berkenaan dengan detail hartanah, gambar, kelayakan pinjaman dan lain-lain lagi.

The post No 1 Rumah Untuk Di Jual Segamat – Taman Yayasan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2sc2FP1

Agen Jual Beli Rumah – Hartanah di Taman Universiti Skudai

Pada tahun ini, pihak kami berjaya menyelesaikan proses jual beli rumah yang berlaku di Jalan Kebangsaan, Taman Universiti, Skudai, Johor. Sebagai agen hartanah berdaftar, Skudai merupakan antara kawasan tumpuan kami selain daripada Kulai dan Batu Pahat yang merupakan antara kawasan yang kerap kami dapatkan pihak penjual. Kawasan ini juga merupakan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan antara kawasan yang mempunyai banyak transaksi jual dan beli rumah.

Pada artikel ini, kami akan berikan beberapa info yang perlu anda tahu berkenaan dengan proses jual dan beli rumah di Jalan Kebangsaan, Taman U, Skudai. Ianya merupakan step by step proses dari bagaimana kami mendapatkan penjual, pengiklanan dan akhirnya adalah bagaimana kami dapatkan pembeli. Juga proses bagaimana kami periksa harga pasaran, mendapatkan pinjaman perumahan untuk pembeli dan akhir sekali adalah proses yang berkaitan dengan guaman. Harap ianya memberikan beberapa tips dan kemudahan untuk anda mendapatkan info berkenaan dengan proses jual dan beli rumah.

Jual Beli Rumah di Skudai

Macam mana nak jual rumah kalau tak ada rumah tersebut. Sebelum pergi lebih jauh, kami dapat rumah tersebut daripada salah seorang client yang nak buat permohonan pinjaman rumah, tetapi malangnya disebabkan komitmen pinjaman yang tinggi, pinjaman tidak dapat diluluskan. Disebabkan perkara tersebut, kami telahpun menghubungi pihak penjual dan penjual bersetuju untuk menjual rumah tersebut yang mana, kami sebagai perunding hartanah berdaftar menjadi orang tengah dalam proses tersebut.

Lebih menarik, pihak tuan rumah tidak mahu menjual pada harga yang terlalu mahal, cukup hanya RM180k untuk rumah kos rendah 3 bilik di Taman Universiti Skudai. Komisyen yang kami caj pula adalah memang ikut standard market iaitu 3% sahaja daripada harga jual. Setelah semua detail berkenaan dengan proses perumahan ini selesai, seterusnya adalah mencari pembeli. Kalau anda ingin dapatkan konsultasi percuma harga pasaran untuk rumah dijual, bolek KLIK link INI.

Harga pasaran rumah tersebut juga tidaklah terlalu sukar kerana pihak penjual ingin menjual rumah tersebut di bawah harga pasaran. Dalam erti kata lain, bakal pembeli bakal memperolehi cashback untuk membaiki kerosakan rumah dan membayar yuran guaman dan kos-kos lain yang berkaitan. Pembeli bakal memperolehi rumah pada bawah harga pasaran.

Mencari Pembeli Rumah di Skudai, Johor

Setelah deal dengan tuan rumah selesai, proses seterusnya adalah mencari pembeli. Marketing, dan terus marketing dan menggunakan semua platform yang ada untuk promosikan rumah yang ingin dijual. Seperti biasa, berikut adalah antara platform yang paling sesuai untuk marketkan rumah antaranya adalah Mudah, Facebook, Instagram, Carousell dan lain-lain lagi. Kami memang marketkan rumah yang kami ingin jual di sini dan kalau anda sebagai tuan rumah tak biasa dengan proses memarketkan rumah, memang patut serahkan kepada agen yang biasa di kawasan anda.

Lebih menarik, sehari selepas kami iklankan rumah ini di beberapa marketing channel, memang dapat call dan whatsapp bertalu-talu daripada bakal pembeli. Sehari selepas mengiklankan rumah tersebut, terdapat 3 pembeli yang view rumah tersebut! Daripada 3 pembeli yang datang tersebut, seorang terus membuat booking dan ingin terus masuk loan. Ternyata rumah tersebut memang hot dan tidak terlalu sukar untuk mendapatkan pembeli.

 

Dapatkan Pinjaman Rumah

Ini merupakan antara rumah yang paling cepat kami dapatkan pembeli kerana baru sehari iklan, keesokannya ada pembeli yang berminat dan terus membuat booking. Ianya bukanlah rumah lelong tetapi rumah subsale dan mungkin kawasan Taman Universiti ini memang sentiasa ada pembeli dan harga yang penjual ingin jual itu jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Pinjaman pula tidak sukar kerana pembeli mempunyai kekuatan kredit yang kuat dan komitmen yang rendah. Bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah, selama 5 tahun dan dalam tempoh 1 minggu sahaja, pinjaman beliau telahpun lulus dengan mudah.

Proses Guaman Melibatkan SUK Johor

Proses guaman akan ambil masa kerana melibatkan SUK Johor. Terdepat sekatan yang perlukan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan atas sebab tersebut, proses jual beli ini mengambil masa sehingga 1 tahun untuk selesai. Dalam tempoh tersebut, memang tiada apa-apa masalah selain daripada masa untuk semuanya selesai.

Semasa artikel ini ditulis, semua proses telahpun selesai dan pembeli telahpun mendapatkan kunci dan selesai renovasi. Pembeli telahpun tinggal di rumah tersebut. Setakat ini berjalan dengan lancar.

Transaksi Paling Banyak di Johor

Menurut saudara Ahyat Ishak, taman universiti mencatatkan jumlah transaksi paling banyak untuk tahun 2019. Kawasan ini sangat aktif dari segi proses jual dan beli dan jika anda ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA untuk harga pasaran, bolek KLIK SINI untuk dapatkan info lanjut.

Jika anda pembeli dan ingin dapatkan info rumah yang ingin dijual di kawasan anda, boleh tengok LINK ini untuk info lanjut.

The post Agen Jual Beli Rumah – Hartanah di Taman Universiti Skudai appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/33b6ReC

Wednesday 20 November 2019

Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra

Kulai, Johor adalah salah satu tempat fokus saya dalam memberikan untuk servis jual dan beli rumah. Agen Hartanah di Kulai ataupun nama lainnya adalah perunding hartanah memang patut memberikan keutamaan ataupun beberapa daerah yang menjadi tempat untuk mereka fokus, dan daerah Kulai ini adalah tempat di mana saya tinggal. Kali ini, kami ingin berikan gambaran perjalanan kes untuk sebuah rumah untuk dijual di Bandar Putra, Kulai yang lebih speasifik di Jalan Ara. Rumah ini telahpun selesai daripada proses dapat penjualan sehingga ke proses dapat kunci.

Harapnya, ianya menjadi satu pengalaman untuk proses jual beli rumah terutama yang tiada langsung pengalaman ataupun tidak tahu macam mana proses ini berlangsung. Terutama dalam membabitkan cara pengiklanan, cara untuk periksa harga pasaran, kos guaman jual rumah dan perkara lain yang berkaitan. Kami akan cuba ceritakan secara ringkas berkenaan dengan semua perkara ini.

Bagaimana Berjumpa Dengan Tuan Rumah?

Berbeza dengan pengalaman kami dalam menguruskan proses penjualan rumah di Batu Pahat INI, rumah ini kami dapat melalui rakan agen yang memperkenalkan kepada tuan rumah. Perkara berkenaan dengan komisyen dan harga pasaran rumah ini sudah diketahui dari awal dan untuk info, pada ketika rumah ini dijual, harga yang ditawarkan hanyalah RM200k sahaja. Komisyen yang dipersetujui adalah 3% daripada harga jual dan ianya merupakan standard dalam pasaran.

Untuk info, rumah ini bukanlah rumah lelong di Kulai, tetapi adalah rumah subsale ataupun 2nd hand. Rumah ini juga merupakan satu kawasan perumahan kos rendah di kawasan Kulai dan atas sebab itu, harga yang ditawarkan boleh dikatakan sebagai mampu milik. Apabila semuanya telahpun dipersetujui, proses mencari pembeli pun dilakukan.

Sebab Tuan Rumah Jual Rumah

Yang ini agak unik kerana memang ada sebab untuk setiap tuan rumah menjual rumah mereka. Tuan rumah ini ingin menjual rumah mereka kerana masalah terjerat dengan hutang kad kredit dan membawa kepada AKPK. Info lanjut berkenaan dengan AKPK boleh lihat di sini. Disebabkan terjerat dengan masalah hutang kad kredit yang serious (sehingga RM11k), AKPK adalah solusi awal dan cara untuk menghilangkan masalah ini adalah dengan menjual rumah tersebut dan cuba dapatkan rumah lain yang lebih berbaloi.

Jika anda merupakan seorang tuan rumah yang berkira untuk menjual rumah anda, tidak mengapa, anda memang mempunyai sebab tersendiri. Untuk kami bantu anda dalam pemeriksaan harga pasaran PERCUMA, boleh KLIK BORANG INI. Harap ianya sedikit sebanyak membantu.

Cari Pembeli – Akhirnya Setelah pembeli ke 8

Seperti biasa, proses pengiklanan melibatkan banyak medium antaranya adalah Facebook, Mudah, Instagram, PropertyGuru dan lain-lain. Walaupun rumah ini boleh dikatakan murah dan condition rumah pun masih lagi dalam keadaan cantik, yang lebih menghairankan adalah banyak pembeli yang datang untuk tengok keadaan rumah, tetapi langsung tiada yang “sangkut”. Sampailah kepada pembeli yang ke 8 yang merupakan pasangan suami isteri beranak seorang.

Sebelum bawa pembeli tengok keadaan rumah, apa yang kami lakukan adalah filter kelayakan loan pembeli paling minimum boleh lepas untuk membuat pinjaman rumah. Selepas proses filtering dilakukan dan kelayakan pembeli menunjukkan yang pembeli boleh lepas, temujanji di buat untuk melihat keadaan rumah. Semasa bakal pembeli datang tengok rumah, semua dokumen berkaitan dengan pinjaman perumahan sudah disediakan dan tidak lama selepas itu, boleh teruskan proses untuk pinjaman rumah.

Tidak lama selepas permohonan pinjaman dihantar kepada pihak bank, dalam masa 2 minggu sahaja permohonan pinjaman telahpun lulus dengan margin 90% daripada harga pasaran. Tahniah kepada pembeli dan memang tugas seorang ejen hartanah untuk mempunyai banyak connection dengan pegawai bank bagi mendapatkan pinjaman yang berbaloi dan kena pada harga pasaran.

Proses Guaman dan Consent Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Johor

Setelah pinjaman rumah selesai, proses seterusnya adalah untuk urusan dengan peguam bagi menandatangani dokumen Sales Purchase Agreement(SPA) dan Loan Agreement. Disebabkan rumah ini mempunyai sekatan penjualan perlu mendapat kebenaran SUK (rujuk di geran bahagian sekatan), proses penjualan pastinya mengambil masa yang panjang dan kebiasaannya dalam tempoh setahun. Kalau perumahan baru kebiasaannya tidak terlibat dengan masalah seperti ini.

Perlu diingat, tidak semua lawyer terutama kalau tak biasa, untuk uruskan proses penjualan yang melibatkan consent SUK. Kerana ianya agak sedikit rumah berbanding dengan kes-kes kebiasaan.

Serahan Kunci

Serahan kunci adalah yang terakhir sekali selepas semuanya selesai. Pada ketika itu, memang cuba untuk berikan rumah dalam keadaan baik. Pembeli dapat kunci dan penjual dapat cash untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Sekali lagi, kepada anda yang mencari info berkenaan dengan cara untuk menjual rumah tapi tak tahu bagaimana nak bermula, boleh KLIK LINK ini.

Kalau anda seorang pembeli dan ingin mendapatkan pinjaman rumah, boleh KLIK LINK ini bagi mendapatkan info berkenaan dengan pinjaman perumahan dan stok rumah yang ditawarkan.

The post Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/35mCenM