Wednesday 20 November 2019

Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra

Kulai, Johor adalah salah satu tempat fokus saya dalam memberikan untuk servis jual dan beli rumah. Agen Hartanah di Kulai ataupun nama lainnya adalah perunding hartanah memang patut memberikan keutamaan ataupun beberapa daerah yang menjadi tempat untuk mereka fokus, dan daerah Kulai ini adalah tempat di mana saya tinggal. Kali ini, kami ingin berikan gambaran perjalanan kes untuk sebuah rumah untuk dijual di Bandar Putra, Kulai yang lebih speasifik di Jalan Ara. Rumah ini telahpun selesai daripada proses dapat penjualan sehingga ke proses dapat kunci.

Harapnya, ianya menjadi satu pengalaman untuk proses jual beli rumah terutama yang tiada langsung pengalaman ataupun tidak tahu macam mana proses ini berlangsung. Terutama dalam membabitkan cara pengiklanan, cara untuk periksa harga pasaran, kos guaman jual rumah dan perkara lain yang berkaitan. Kami akan cuba ceritakan secara ringkas berkenaan dengan semua perkara ini.

Bagaimana Berjumpa Dengan Tuan Rumah?

Berbeza dengan pengalaman kami dalam menguruskan proses penjualan rumah di Batu Pahat INI, rumah ini kami dapat melalui rakan agen yang memperkenalkan kepada tuan rumah. Perkara berkenaan dengan komisyen dan harga pasaran rumah ini sudah diketahui dari awal dan untuk info, pada ketika rumah ini dijual, harga yang ditawarkan hanyalah RM200k sahaja. Komisyen yang dipersetujui adalah 3% daripada harga jual dan ianya merupakan standard dalam pasaran.

Untuk info, rumah ini bukanlah rumah lelong di Kulai, tetapi adalah rumah subsale ataupun 2nd hand. Rumah ini juga merupakan satu kawasan perumahan kos rendah di kawasan Kulai dan atas sebab itu, harga yang ditawarkan boleh dikatakan sebagai mampu milik. Apabila semuanya telahpun dipersetujui, proses mencari pembeli pun dilakukan.

Sebab Tuan Rumah Jual Rumah

Yang ini agak unik kerana memang ada sebab untuk setiap tuan rumah menjual rumah mereka. Tuan rumah ini ingin menjual rumah mereka kerana masalah terjerat dengan hutang kad kredit dan membawa kepada AKPK. Info lanjut berkenaan dengan AKPK boleh lihat di sini. Disebabkan terjerat dengan masalah hutang kad kredit yang serious (sehingga RM11k), AKPK adalah solusi awal dan cara untuk menghilangkan masalah ini adalah dengan menjual rumah tersebut dan cuba dapatkan rumah lain yang lebih berbaloi.

Jika anda merupakan seorang tuan rumah yang berkira untuk menjual rumah anda, tidak mengapa, anda memang mempunyai sebab tersendiri. Untuk kami bantu anda dalam pemeriksaan harga pasaran PERCUMA, boleh KLIK BORANG INI. Harap ianya sedikit sebanyak membantu.

Cari Pembeli – Akhirnya Setelah pembeli ke 8

Seperti biasa, proses pengiklanan melibatkan banyak medium antaranya adalah Facebook, Mudah, Instagram, PropertyGuru dan lain-lain. Walaupun rumah ini boleh dikatakan murah dan condition rumah pun masih lagi dalam keadaan cantik, yang lebih menghairankan adalah banyak pembeli yang datang untuk tengok keadaan rumah, tetapi langsung tiada yang “sangkut”. Sampailah kepada pembeli yang ke 8 yang merupakan pasangan suami isteri beranak seorang.

Sebelum bawa pembeli tengok keadaan rumah, apa yang kami lakukan adalah filter kelayakan loan pembeli paling minimum boleh lepas untuk membuat pinjaman rumah. Selepas proses filtering dilakukan dan kelayakan pembeli menunjukkan yang pembeli boleh lepas, temujanji di buat untuk melihat keadaan rumah. Semasa bakal pembeli datang tengok rumah, semua dokumen berkaitan dengan pinjaman perumahan sudah disediakan dan tidak lama selepas itu, boleh teruskan proses untuk pinjaman rumah.

Tidak lama selepas permohonan pinjaman dihantar kepada pihak bank, dalam masa 2 minggu sahaja permohonan pinjaman telahpun lulus dengan margin 90% daripada harga pasaran. Tahniah kepada pembeli dan memang tugas seorang ejen hartanah untuk mempunyai banyak connection dengan pegawai bank bagi mendapatkan pinjaman yang berbaloi dan kena pada harga pasaran.

Proses Guaman dan Consent Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Johor

Setelah pinjaman rumah selesai, proses seterusnya adalah untuk urusan dengan peguam bagi menandatangani dokumen Sales Purchase Agreement(SPA) dan Loan Agreement. Disebabkan rumah ini mempunyai sekatan penjualan perlu mendapat kebenaran SUK (rujuk di geran bahagian sekatan), proses penjualan pastinya mengambil masa yang panjang dan kebiasaannya dalam tempoh setahun. Kalau perumahan baru kebiasaannya tidak terlibat dengan masalah seperti ini.

Perlu diingat, tidak semua lawyer terutama kalau tak biasa, untuk uruskan proses penjualan yang melibatkan consent SUK. Kerana ianya agak sedikit rumah berbanding dengan kes-kes kebiasaan.

Serahan Kunci

Serahan kunci adalah yang terakhir sekali selepas semuanya selesai. Pada ketika itu, memang cuba untuk berikan rumah dalam keadaan baik. Pembeli dapat kunci dan penjual dapat cash untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Sekali lagi, kepada anda yang mencari info berkenaan dengan cara untuk menjual rumah tapi tak tahu bagaimana nak bermula, boleh KLIK LINK ini.

Kalau anda seorang pembeli dan ingin mendapatkan pinjaman rumah, boleh KLIK LINK ini bagi mendapatkan info berkenaan dengan pinjaman perumahan dan stok rumah yang ditawarkan.

The post Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/35mCenM

No comments:

Post a Comment