Salah satu tugas agen hartanah (perunding hartanah) di sesuatu kawasan adalah untuk selesaikan proses jual ataupun pembelian rumah di kawasan tersebut. Kali ini, kami ingin menceritakan tentang proses jual dan beli rumah mengikut prosedur biasa agen hartanah di Batu Pahat, Johor atau lebih spesifiknya di Putera Indah.
Harapnya, ianya menjadi satu idea kepada anda dalam proses jual dan beli rumah sama ada anda ingin menjual rumah menggunakan khidmat agen seperti saya ataupun nak jual sendiri rumah anda tanpa melalui agen seperti dalam ARTIKEL INI. Proses jual dan beli ini tidaklah mudah dan mengikut pengalaman saya, perkara yang paling sukar adalah untuk mendapatkan pembeli dan bersetuju dengan harga yang penjual mahu jual.
Macam Mana Saya Dapat Deal Dengan Owner?
Macam mana nak jual rumah kalau tiada rumah untuk di jual tersebut. Sebelum pergi lebih jauh, kami cerita bagaimana kami kenal dengan pemilik rumah di Putera Indah, Batu Pahat ini. Dipendekkan cerita, dapat no owner daripada client yang mintak tolong untuk proseskan pinjaman rumah. Disebabkan oleh isu CCRIS yang tidak cantik, pinjaman tersebut telahpun gagal dan saya telah meminta jasa baik untuk terus mendapatkan no telefon pemilik rumah tersebut.
Untuk info, rumah ini merupakan salah satu rumah kos rendah di Batu Pahat. Masa pertama kali berjumpa, owner beritahu yang dia cuba menjual rumah tersebut pada harga RM100k tetapi, harga pasaran rumah tersebut mengikut jurunilai hanyalah RM80k. Ketika berjumpa dengan tuan rumah, kami sempat semak sekali lagi harga pasaran rumah tersebut dengan beberapa penilai yang boleh berikan harga pasaran yang tinggi (di sinilah ejen hartanah berperanan dalam mendapatkan penilai yang boleh berikan harga tinggi). Setelah membuat semakan sekali lagi, rumah tersebut boleh dijual sehingga RM115k, memang jauh beza dengan penilai lainnya.
Sebagai contoh dalam kes ini, ejen hartanah di sesuatu kawasan memang kenal dengan penilai yang berikan harga tinggi. Setelah rundingan selesai dan pihak owner sedia berikan komisyen 3% daripada harga jual, kami teruskan fasa kedua iaitu mencari pembeli. Fasa ini adalah antara fasa yang paling menuntuk kesabaran.
Macam Mana Saya Dapatkan Pembeli?
Iklan, iklan dan iklan, itulah mantra dalam mencari pembeli. Antara headline iklan yang popular adalah rumah ataupun tanah untuk di jual di Batu Pahat. Dapat sahaja rumah untuk dijual, terus iklankan di beberapa platform ini bagi mendapatkan harga dan mencari pembeli yang terbaik. Dimana nak iklan? Berikut adalah antara beberapa platform pengiklanan rumah yang paling popular di Malaysia. Ianya adalah Mudah, Facebook, Instagram, Carousell, Edgeprop, Propertyguru dan lain-lain. Kami sendiri menggunakan kesemua medium ini bagi mendapatkan pembeli.
Dah ada pembeli yang bertanya, apa yang perlu untuk dilakukan? Agen kebiasaannya akan filter pembeli terutama dari segi kelayakan loan pembeli. Kalau owner rumah tau cara nak filter kelayakan pinjaman, tak ada masalah.
Proses viewing rumah selesai dan bakal pembeli berpuas hati dengan rumah yang bakal mereka dapat. Seterusnya adalah proses untuk mendapatkan pinjaman daripada institiusi kewangan di Malaysia. Setelah 2 minggu membuat permohonan beserta dokumen yang lengkap, akhirnya permohonan pinjaman diluluskan. Boleh semak artikel ini berkenaan dengan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Proses Jual Beli Rumah – Dapatkan Loan Pembeli
Setelah membuat permohonan pinjaman dengan beberapa institiusi, akhirnya, Ambank memberikan kelulusan pinjaman rumah menggunakan Skim Rumah Pertamaku. Pinjaman yang dimohon adalah RM115k dan permohonan pun lulus dengan pinjaman 100% loan, juga RM115k. Perlu diingatkan sekali lagi, rumah ini bukanlah rumah lelong, tetapi merupakan rumah subsale di Batu Pahat. Apabila pinjaman sudah lulus, segalanya menjadi lebih mudah dan seterusnya adalah bagi mendapatkan khidmat guaman.
Khidmat guaman
Ada 2 sekatan yang ketara pada rumah ini apabila di lihat daripada geran dan sekatan tersebut adalah;
1 Bumi Lot (rumah boleh dijual kepada Bumi sahaja) – tiada masalah
2 Proses jual beli perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri Johor
Yang menjadi masalah adalah sekatan no 2 iaitu bagi mendapatkan kebenaran pihak berkuasa johor. Kalau tidak pasti, boleh berhubung dengan kami untuk mendapatkan info lanjut terutama sekatan no 2. Jika ada sekatan no 2, boleh expect proses jual dan beli akan amik masa lebih kurang setahun. Ianya lebih popular kalau dipanggil consent dari SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Johor). Kalau rumah yang ada consent, memang boleh expect untuk proses pindah milik selesai dalam 1 tahun.
Dapat Kunci
Setahun telahpun berlalu dan kini semuanya selesai. Pembeli telahpun mendapat kunci dan rumah pun dalam keadaan baik (tidak ada kerosakan yang ketara).
Boleh hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan dengan jual beli rumah di Batu Pahat. Sama ada anda ingin jual rumah, beli rumah, ataupun nak periksa harga pasaran untuk refinance, boleh hubungi kami. Kalau anda nak jual rumah anda, boleh KLIK link ini untuk kami periksa harga pasaran secara percuma. Kalau anda nak beli rumah, boleh tengok pula BORANG INI bagi mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik.
Harapnya semuanya berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.
The post Agen Hartanah Batu Pahat – Jual Beli Rumah Putera Indah appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/32XFq7V
No comments:
Post a Comment