Kali ini kami nak berikan sedikit tips berkenaan dengan penamatan program AKPK terutama bagi mereka yang nak tahu berkenaan dengan program ini. Sebelum pergi lebih berkenaan dengan cara untuk terminate program ini, boleh baca dulu ARTIKEL INI untuk tahu lebih detail berkenaan dengan agensi kaunseling ini. Jika anda adalah seorang pegawai kerajaan ataupun penjawat awam, kami galakkan anda baca dulu ARTIKEL DI SINI sebelum teruskan pembacaan di sini.
Kalau anda cari contoh surat keluar dari AKPK pun boleh dapatkan di sini. Sebenarnya, cara nak keluar dari program ini tidaklah sesukar mana, cuma awas, bila dah keluar dah tak boleh nak masuk balik dalam program. Bila dah keluar, memang tak dapat nak masuk semula, lebih baik kalau tak mampu tu, restructure balik pembayaran bulanan. Caranya juga akan diterangkan di dalam artikel ini.
Semua info berkenaan dengan program dan cara untuk penamatan AKPK adalah seperti di bawah;
- Bagaimanakah program PPK boleh terbatal?
PPK akan ditamatkan apabila pelanggan gagal membayar ansuran bulanan. Akibat daripada kegagalan ini, AKPK akan menamatkan program secara automatik. Individu hanya diberi peluang sekali sahaja untuk mendaftar di dalam PPK. Oleh itu, pelanggan seharusnya memantua dan mengekalkan pembayaran PPK untuk mengelakkan penamatan.
- Apakah kesan daripada penamatan program PPK?
a) Segala penangguhan tindakan undang-undang akan terbatal dan pihak bank akan memulakan semula prosiding undang-undang
b) Berpotensi mendapat gangguan daripada pemungut hutang
c) Jumlah bayaran ansuran akan mengikuti jumlah bayaran asal
- Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk membayar ansuran bulanan dan tidak mahu program PPK ditamatkan?
Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran PPK dikehendaki menghubungi AKPK untuk berbincang dan mencari penyelesaian yang sesuai bagi isu tersebut.
- Bolehkah saya mengaktifkan semula PPK selepas ditamatkan daripada program?
AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula DMP melalui penyelesaian semua jumlah tunggakan tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah. Untuk memulakan proses itu, pelanggan perlu membuat rayuan untuk kemasukan semula. Setelah diluluskan pembayaran untuk menyelesaikan jumlah tunggakan diperlukan sebelum PPK di aktifkan.
5. Saya tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan yang tertunggak, Adakah saya masih layak untuk mengikuti PPK?
AKPK boleh membenarkan pengaktifan semula PPK melalui permohonan baru selepas 1 tahun dari tempoh penamatan program tertakluk kepada penilaian yang ketat dan disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah.
Tak susah kan nak buat penamatan ataupun pembatalan program ini, semua info adalah dihujung jari. Yang paling penting adalah, jangan lari dari masalah yang datang terutama yang berkaitan dengan masalah kewangan.
Penarikan Diri Daripada Program Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit
- Bolehkah saya menarik diri dari program PPK?
Ya, anda dibenarkan untuk menarik diri dari PPK
- Apakah kesan sekiranya saya menarik diri dari program PPK?
i) Pihak penyedia kewangan akan mengenakan semula bayaran ansuran mengikut kadar bayaran asal.
ii) Pelanggan dikehendaki berunding secara terus dengan pihak bank.
- Apa yang perlu saya lakukan jika ingin keluar/ menarik diri daripada pogram PPK?
Pelanggan boleh membuat permohonan untuk menarik diri dari program PPK menerusi atas talian dengan cara berikut:
Info lanjut berkenaan dengan program ini boleh anda dapati di SINI.
Harap artikel ini menjawab segala info dan persoalan anda berkenaan dengan cara untuk tamatkan program AKPK. Ianya tidak susah dan harap artikel ini membantu anda. Apapun, kami cadangkan anda gunakan app ini untuk bantu anda berjimat dalam berbelanja. Tips paling mudah untuk cepat membayar hutang adalah, tambahkan pendapatan dan pada masa yang sama, jimatkan perbelanjaan bulanan. Kami pasi, app ini akan membantu.
The post 5 Cara Penamatan Program AKPK appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/2YO8jDi
No comments:
Post a Comment