Thursday 12 December 2019

Review Kursus Kahwin Johor – Aspek Kewangan Gagal

Berpeluang untuk mengikuti kursus kahwin di Johor pada awal tahun 2019 di Kulai Johor. Kursus tersebut bertempat di Dewan Peladang Kulai. Artikel pada kali ini adalah ingin memberikan review berkenaan dengan kursus tersebut dan mengapa pada pandangan saya, kursus itu gagal memberikan penerangan yang penting terutama dalam aspek kewangan. Ianya seolah-oleh diambil ringan padahal sepatutnya, aspek kewangan untuk pasangan muda adalah antara faktor penting dalam kebahagiaan rumah tangga. 

Kenapa aspek kewangan penting? Ini adalah kerana aspek ini merupakan antara punca perceraian pasangan muda di Malaysia (di Malaysia tidak semestinya terhad kepada bangsa Melayu, tetapi hampir majoriti adalah bangsa Melayu.

Kursus ini memang menerangkan secara detail aspek-aspek lain seperti aspek ibadah, akhlak, adap dan munakahat, tetapi bagaimana dengan aspek kewangan? Ianya hanyalah satu topik sahaja dalam kursus tersebut dan apabila sampai masa untuk topik kewangan, ianya tidak disampaikan dengan baik.

Perjalanan Kursus Kawen

Pernah mengikuti perjalanan kursus kahwin sebelum ini beberapa tahun lepas. Pada ketika itu, kursus kahwin hanyalah cukup untuk sehari tetapi pada awal tahun 2019, 2 hari diperuntukan untuk menghadiri kursus tersebut. Untuk info, ianya wajib,kalau tak menghadiri ceramah tersebut dalam masa 2 hari full, kemungkinan besar anda tidak dapat berkahwin secara sah di Malaysia. 

Jumlah yang kena bayar adalah Rm140 untuk seorang, tetapi anda boleh claim semula kos untuk kursus ini untuk kali pertama. Info tersebut boleh anda dapatkan masa membuat pembayaran. Syaratnya kena buat pembayaran terlebih dahulu dan kemudian claim semula dengan pejabat agama. Jadi, manfaatkan rebate yang anda terima ini.

Kursus tersebut memang padat dengan info, dari aspek kesihatan oleh doktor bertauliah, aspek akhlak dan ibadah oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah, tetapi yang cukup mengecewakan adalah dalam aspek kewangan yang pada saya yang menhadiri kursus 2 hari itu, tidak mencapat matlamat.

Kenapa Aspek Kewangan Tidak Di Ambil Serious

Kenapa aspek kewangan penting? Terutama dalam pasangan muda di Malaysia. Ini kerana menurut timabalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh, aspek kewangan antara aspek ataupun penyebab utama masalah perceraian di Malaysia. Info lanjut dan berita di bawah.

KUALA LUMPUR – Masalah kewangan antara penyebab utama kes perceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Mengambil contoh statistik melibatkan pasangan bukan Islam, beliau berkata daripada 6,901 kes perceraian dalam kalangan pasangan bukan Islam yang dicatatkan sepanjang tahun lepas, 2,971 kes berpunca daripada masalah itu.

Berita penuh di SINI

Apabila tiba masanya untuk penceramah memberikan ataupun menyampaikan aspek kewangan, saya pun nampak ianya macam menarik berdasarkan kepada topik yang ingin disampaikan. Tetapi, apabila tiba masanya, penceramah langsung tak cerita pasal aspek perancangan kewangan. 

Penceramah ceritakan berkenaan dengan ibadah, dan juga adab malam pertama, langsung tiada berkenaan dengan perancangan kewangan. Kadangkala topik yang disampaikan tu lari daripada tajuk sehinggakan pada saya topik yang disampaikan tu agak “lucah”kerana melibatkan topik-topik pada malam pertama. Memang ramai yang tergelak-gelak terutama lelaki tetapi saya masih tak berpuas hati kerana aspek kewangan tidak disampaikan dengan baik. Mungkin pihak agama islam Johor perlu untuk menekankan masalah ini dan diharap kejadian seperti ini tidak berulang. Boleh panggil penceramah yang lebih berpengetahuan untuk menyampaikan aspek kewangan.

Alternatif Lain

Belajar sendiri aspek kewangan, itu adalah antara alternatif yang kami boleh cadangkan. Beli buku-buku berkaitan dengan personal finance di kedai-kedai buku ataupun baca blog yang berkaitan dengan kewangan seperti blog smartinvest101 ini. Perjalanan kewangan ini  penting kerana jika tiada ilmu berkenaan dengan topik ini, dan anda terbelenggu dengan bebanan kewangan yang tinggi, ianya boleh menyebabkan depresi dan mengganggu perjalanan perkahwinan anda. 

Kami juga rekemen anda dapatkan info berkenaan dengan info AKPK ini dan juga tips beli rumah di SINI bagi melengkapkan info berkaitan dengan kewangan. 

The post Review Kursus Kahwin Johor – Aspek Kewangan Gagal appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2LPGchM

No comments:

Post a Comment