Rumah merupakan satu keperluan dan kali ini, kami ingin memberikan tips kepada anda yang ingin mendapatkan pinjaman perumahan swasta. Memang pinjaman perumahan kerajaan adalah jauh lebih mudah, tetapi bukan semua orang ada dalam sektor kerajaan. Ramai juga yang dalam sektor swasta yang ingin mendapatkan pinjaman perumahan. Asalkan kena teknik dan cara, memiliki rumah sendiri walaupun anda berada dalam sektor swasta tidaklah terlalu sukar.
Apapun, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan sektor swasta mengikut gaji anda. Daripada gaji tersebut, dapatlah anda anggarkan berapa jumlah pinjaman yang anda boleh lakukan dan bajet yang anda perlukan untuk memiliki rumah yang anda idamkan.
Dokumen Yang Anda Perlukan
Memang ada dokumen yang anda perlukan untuk membuat pinjaman perumahan. Dokumen ini adalah bukti yang menunjukkan anda boleh membuat pembayaran apabila pinjaman diluluskan nanti. Apabila ada semua dokumen ini, lebih mudah untuk membuat pinjaman perumahan yang anda mahukan. Apapun, berikut adalah antara dokumen yang anda perlukan untuk membuat pinjaman perumahan;
1 Salinan IC
2 Penyata KWSP
3 Slip Gaji 3 bulan
4 Bank Statement 3 bulan
5 Employment letter
6 Saving di mana-mana bank
Untuk info, ini adalah antara asas penting dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Ini adalah untuk mereka yang mempunyai pekerjaan tetap. Untuk mereka yang bekerja sendiri pula, set dokumen adalah berbeza. Untuk info lanjut, adalah lebih baik untuk anda mengisi maklumat di dalam borang INI.
Ianya adalah borang berkenaan dengan pinjaman perumahan dan pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat. Juga set dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan.
Pengiraan Pinjaman Perumahan Sektor Swasta
Cara untuk membuat pengiraan pinjaman perumahan tidak susah. Asasnya adalah untuk anda tahu apa itu “debt service ratio”, dari situ lebih mudah untuk mengira kelayakan pinjaman anda. Kami akan berikan satu artikel khusus untuk anda mengira kelayakan pinjaman anda.
Nak Buat Pinjaman, Rekod CCRIS Kena Cantik, Tiada Tunggakan
Sebelum membuat pinjaman perumahan, adalah lebih baik untuk anda cantikkan bayaran bulanan anda dan juga, selain daripada itu, untuk anda selesaikan tunggakan yang ada. Ianya akan memberikan kesan kepada pinjaman anda jika anda mempunyai tunggakan ataupun anda mempunyai rekod bayaran yang tidak cantik.
Cara untuk dapatkan rekod CCRIS ini tidaklah susah, anda hanya perlu pergi ke cawangan bank negara yang berdekatan sahaja, kemudian, anda print CCRIS anda di situ secara percuma. Kalau tidak mahu ataupun sukar untuk mendapatkan laporan CCRIS di sana, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan untuk anda mendapatkan laporan CCRIS tetapi dengan bayaran. Boleh ke borang ini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan laporan CCRIS.
Pinjaman Daripada Institiusi Perbankan Islam
Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan pinjaman daripada institiusi perbankan Islam di Malaysia. Ada banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan pada kadar menarik antaranya adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan lain-lain lagi. Pinjaman daripada institiusi ini memang memberikan kelebihan kepada anda untuk membuat pinjaman tanpa keraguan.
Kepada sektor swasta, kami menggalakkan untuk anda gunakan ataupun dapatkan pinjaman perumahan perbankan Islam. Salah satu yang menarik yang anda boleh dapatkan daripada pinjaman ini adalah, ianya patuh syariah dan mempunyai syiling interest rate tersendiri.
Apapun, sekali lagi, untuk info lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan sektor swasta, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.
The post Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Langkah Mudah Dapatkan Loan appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/2MPDfg2
No comments:
Post a Comment