Pinjaman untuk rumah pertama saya telah lulus daripada RHB Bank. Rumah ini saya beli semasa saya baru bekerja dulu dan tujuan pembelian tersebut adalah untuk investment dan bukan untuk duduk. Itupun setelah mencuba beberapa bank dan alhamdulillah RHB memberikan rate yang baik untuk pinjaman perumahan yang mahukan. Setakat artikel ini ditulis, rumah tersebut telahpun dalam proses refinace dan loan telahpun lulus dengan bank rakyat. Apapun, ianya merupakan satu pelaburan yang bagus dan sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.
Khusus untuk anda yang ingin mendapatkan housing loan daripada RHB, ini adalah antara beberapa tips penting yang anda perlu tahu dan juga beberapa dokumen yang anda perlu sediakan sebelum membuat permohonan. Kalau tak tahu dan keliru, boleh isi dahulu borang INI dan pihak bank akan hubungi anda bagi memberikan info lanjut berkenaan dengan pinjaman untuk perumahan anda.
Sebelum Membuat Permohonan
Sebelum membuat permohonan, apa yang penting adalah bagi anda untuk menyediakan dokumen seperti yang ada di bawah ini. Juga jangan lupa untuk selesaikan apa yang tertunggak seperti bayaran rumah dan cantikan CCRIS anda. Jika tidak, ada kemungkinan yang permohonan anda nanti akan ditolak kerana mempunyai rekod yang tidak cantik ataupun tunggakan yang banyak.
Apa itu CCRIS ini? Boleh dapatkan di bank negara atau anda boleh membeli laporan tersebut sahaja secara online. Bil-bil yang tertunggak seperti Astro, bil telefon atau lain-lain tu memang kena selesaikan dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman untuk perumahan anda. Apapun, berikut adalah antara set dokumen yang anda perlu ada untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada RHB khusus bagi mereka yang “makan gaji”. Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, boleh isi borang di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan set dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman perumahan. Apapun, ini adalah antara dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan pinjaman perumahan;
1 IC
2 Employment Letter
3 Slip Gaji 3 bulan
4 Bank Statement 3 bulan
5 Penyata KWSP
6 Surat majikan
Dah ada semua dokumen ini, lebih mudah dan cepat untuk membuat pinjaman perumaha. Kalau tak pasti set dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan, boleh klik borang di bawah dan pihak mereka akan membantu anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman yang anda mahukan.
>> KLIK Untuk Pinjaman Perumahan daripada RHB Bank <<
Cuba Apply Beberapa Bank Serentak Untuk Lihat Mana Yang Berbaloi
Untuk lihat bank mana yang berikan kelulusan yang baik dan berbaloi serta kelulusan yang pantas, adalah lebih baik untuk anda mencuba ataupun apply beberapa bank serentak termasuklah RHB. Juga bank lain seperti Public Bank, Maybank ataupun Bank Islam dan lihat bank mana yang berikan pakej yang terbaik diantara semua yang menawarkan housing loan tersebut. Boleh jadi, daripada semua bank yang menawarkan pinjaman tersebut, hanya satu bank sahaja yang memberikan kelulusan untuk pinjaman perumahan anda.
Apply serentak memang memberikan kelebihan kepada anda sebagai pengguna dan anda boleh memilih yang mana yang menawarkan pakej terbaik ataupun kelulusan yang pantas untuk permohonan pembiayaan anda.
Jangan Berlengah – Lakukan Sekarang
Sama ada anda ingin dapatkan pakej pembiayaan perumahan untuk rumha baru, rumah 2nd hand ataupun refinance, ini adalah antara bank yang anda boleh cuba untuk permohonan pembiayaan anda. Yang penting, berbaloi dan memberikan input terbaik untuk permohonan anda.
The post Pinjaman Perumahan RHB – TIps Untuk Loan Lulus appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/2lv3VWL
No comments:
Post a Comment