Kali ini kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman perumahan bank Rakyat yang merupakan antara pakej pinjaman perumahan yang bagus untuk anda gunakan. Sedikit pengalaman saya gunakan khidmat pinjaman perumahan bank rakyat, ianya tidaklah fleksible berbanding dengan pakej pinjaman daripada bank lain seperti Public Bank, CImb, Bank Islam ataupun lain-lain, tetapi ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Kali ini, kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman bank rakyat ini dan perkara yang anda perlu tahu berkaitan dengan pinjaman ini. Harap anda dapat membuat keputusan yang betul dan jika ianya sesuai, bolehlah ambil pinjaman daripada bank ini. Lagipun, masih belum terlambat untuk anda mencuba pakej daripada bank lain juga. Untuk dapatkan pakej pinjaman daripada bank lain, boleh KLIK di sini dan dapatkan info lanjut. Mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Bank Rakyat
Sebelum pergi kepada kelebihan dan kekurangan pinjaman ini, adalah lebih baik untuk anda tahu dokumen yang diperlukan. Dengan itu, lebih mudah dan cepat untuk anda mendapatkan pinjaman. Nak tahu dokumen yang diperlukan pula tidaklah susah, boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini;
1 Salinan IC
2 Slip gaji 3 bulan (wajib ada cop majikan)
3 Bank statement 3 bulan
4 Employment Letter
5 Penyata KWSP
6 Geran Tanah / Sales Form
Ini adalah 6 item yang paling asas untuk memohon pinjaman daripada Bank Rakyat. Paling leceh adalah untuk item no 2 iaitu wajib kena ada cop majikan. Kalau tiada cop ataupun pengesahan majikan, memang tak boleh nak proceed dengan pinjaman perumahan ini. Pengalaman saya untuk submit dengan Bank Rakyat, ini adalah antara perkara yang melecehkan dan kalau anda tak ada masalah dengan pengesahan majikan, boleh dapatkan pinjaman daripada mereka. Untuk info, pinjaman bank rakyat untuk housing loan ini adalah mesra sektor swasta.
Apa Yang Menarik Bank Rakyat Tawarkan
#1 Pinjaman Bawah Rm100k tidak banyak yang ditawarkan oleh pihak bank. Tetapi, bank rakyat tawarkan pinjaman di bawah RM100k dan kalau anda beli rumah murah dengan harga bawah RM100k, bank rakyat adalah antara tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan pinjaman perumahan. Selain daripada bank rakyat, ada bank lain yang tawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, untuk info lanjut berkenaan dengan bank yang menawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, boleh ke link INI dan isi maklumat anda. Pihak mereka akan membantu satu persatu berkenaan dengan pakej pinjaman yang terbaik yang boleh ditawarkan untuk anda.
#2 Tiada Lock In Period
Lock in period adalah tempoh untuk selesaikan pinjaman perumahan tersebut. Untuk detail boleh tengok sini. Disebabkan oleh pakej ini tidak mempunyai lock in period, anda boleh membuat pembayaran penuh tanpa dikenakan sebarang penalti. Ianya sangat bagus kalau anda ingin refinance rumah anda dalam masa terdekat.
Yang Kurang Menarik Daripada Bank Rakyat – Setakat Artikel ini Di Tulis
#1 Bukan Pinjaman Fleksi ataupun Semi Fleksi
Disebabkan oleh pinjaman ini bukan pinjaman Fleksi, agak sukar untuk anda selesaikan pinjaman ini lebih awal. Untuk pinjaman fleksi ataupun semi fleksi, anda boleh selesaikan pinjaman lebih awal dengan membuat bayaran lebih sedikit setiap bulan. Misalkata bayaran pinjaman bulanan anda adalah Rm1200 sebulan, dengan membuat bayaran RM1400 lebihan RM200, tempoh pembiayaan anda akan menjadi kurang sedikit dan anda dapat jimat dari segi bayaran interest kepada bank.
Bank Rakyat tidak mempunyai pakej ini dan ianya hanya menawarkan pembayaran penuh tanpa lock ini period.
#2 Wajib Kena Isi Application Form
Application Form adalah item yang wajib di isi di sini. Bank lain tidak mewajibkan untuk anda isi application form dan ini memang memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa anda.
#3 Approval Ambil Masa Sedikit
Approval memang ambil masa sedikit. Memang tidak dinafikan ada bank yang mempunyai approval yang lebih pantas dan ada yang ambil masa sedikit.
Apapun, pinjaman bukan jenis fleksi ataupun semi fleksi adalah kekurangan daripada bank rakyat. Apapun, kalau anda mahukan pinjaman yang lebih fleksible untuk rumah anda, bolehlah isi maklumat anda di borang ini dan pihak mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat berkenaan dengan pakej pinjaman terbaik yang anda mahukan.
The post Pinjaman Perumahan Bank Rakyat – Info Terkini & Cara Apply appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/2JXwSt0
No comments:
Post a Comment