Kali ini kami ingin berikan sedikit tips dan info berkenaan dengan kelayakan pinjaman sama ada pinjaman kerajaan ataupun swasta. Untuk pengetahuan anda, kelayakan pinjmana ini memang berkait rapat dengan gaji anda, kalau anda mempunyai pendapatan yang besar, lebih besarlah pinjaman yang anda boleh dapatkan tetapi jika anda mempunyai gaji yang tidak besar, memang anda patut membuat kira-kira untuk mengukur kelayakan pinjaman anda yang mana yang sepatutnya.
Untuk mengetahui yang mana yang sepatutnya, artikel ini adalah khusus untuk anda bagi mengetahui kelayakan pinjaman yang anda mahukan. Dan juga cara kiraan untuk pendapatan anda. Ianya tidak susah, dan jika pinjaman anda seorang tidak mencukupi, tiada salah untuk gabung nama anda dengan pasangan atau sebagainya. Apabila gabung nama, maka lebih besar pinjaman yang anda boleh dapat.
Kelayakan Housing Loan Kerajaan
Untuk info anda, kelayakan housing loan untuk mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan ini lebih unik dan mudah tanpa pengiraan yang kompleks. Ianya sudah ada dalam jadual dan jika gaji bersih + elaun anda dalam jumlah tertentu, anda boleh membuat pinjaman berdasarkan kepada jadual tersebut. Mudah kan!
Nak tahu jadual apa yang saya maksudkan, ianya ada di SINI. Kalau anda ingin tahu kadar kelayakan anda boleh ke link atas. Kalau anda pekerja swasta, anda tidak perlu ke link atas ini, cukuplah untuk anda lihat kepada cara pengiraan di bawah ini bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Housing Loan Swasta – Kelayakan Pinjaman Yang Anda Perlu Tahu
Untuk info, kalau anda mahukan pinjaman, anda perlu tahu apa itu Debt Service Ratio ataupun DSR. Ianya adalah satu guideline untuk pinjaman perumahan anda. Biasanya, guideline untuk pinjaman perumahan adalah berdasarkan kepada 60% daripada gaji bersih anda.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai gaji sebanyak RM10000, jumlah hutang yang anda boleh buat adalah RM6000 (60% daripada RM10000). Ianya mudah sahaja dan sebagai contoh, jika anda mempunyai komitmen sebanyak RM1000 untuk kereta sebulan dan personal loan juga RM1000, bererti anda masih boleh membuat pinjaman rumah dengan jumlah RM4000 sebulan. Menarik kan! Tengok ilustrasi di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan topik ini.
Gaji RM10,000
DSR 60% = RM6000
Komitmen Kereta = RM1000
Komitmen Personal Loan = RM1000
Jumlah yang boleh dipinjman untuk bayaran bulanan rumah adalah RM4000
Daripada anda membeli 1 biji rumah yang membolehkan anda untuk membayar RM4000 sebulan, anda boleh membeli 4 biji rumah yang membolehkan untuk anda membayar RM1000 setiap satu. Inilah yang dikatakan sebagai property investment. Menarik kan!
Nak info lanjut, saya cadangkan untuk anda mengisi borang di bawah ini bagi anda yang memang serious untuk mencari rumah. Pihak mereka akan membuat kiraan bagi mendapatkan info lanjut untuk pinjaman perumahan anda. Juga, akan membuat kiraan yang sepatutnya untuk housing loan anda.
>>KLIK Untuk Dapatkan Info Lanjut Loan Rumah Anda <<
Ini adalah contoh mudah untuk pinjaman perumahan bagi mereka yang mempunyai pendapatan tetap ataupun dalam istilah sekarang adalah mereka yang “makan gaji”. Kepada mereka yang mempunyai pendapatan berdasarkan kepada income dari insurans, boleh juga mengisi borang di atas. Kepada anda yang bekerja sendiri pun boleh dapatkan info lanjut di atas.
Apapun, ini adalah guideline mudah untuk anda, nak info lebih detail, boleh isi borang dan pihak mereka akan hubungi anda untuk mendapatkan info lanjut.
Nak tahu pakej pinjaman bank lain, boleh rujuk artikel kami yang lain berkenan dengan pakej daripada Bank Muamalat, Bank Islam, CIMB.
The post Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Cara Pengiraan Mudah appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/2yYtARk
No comments:
Post a Comment