Saturday, 30 June 2018

Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Cara Pengiraan Mudah

Kali ini kami ingin berikan sedikit tips dan info berkenaan dengan kelayakan pinjaman sama ada pinjaman kerajaan ataupun swasta. Untuk pengetahuan anda, kelayakan pinjmana ini memang berkait rapat dengan gaji anda, kalau anda mempunyai pendapatan yang besar, lebih besarlah pinjaman yang anda boleh dapatkan tetapi jika anda mempunyai gaji yang tidak besar, memang anda patut membuat kira-kira untuk mengukur kelayakan pinjaman anda yang mana yang sepatutnya.

Untuk mengetahui yang mana yang sepatutnya, artikel ini adalah khusus untuk anda bagi mengetahui kelayakan pinjaman yang anda mahukan. Dan juga cara kiraan untuk pendapatan anda. Ianya tidak susah, dan jika pinjaman anda seorang tidak mencukupi, tiada salah untuk gabung nama anda dengan pasangan atau sebagainya. Apabila gabung nama, maka lebih besar pinjaman yang anda boleh dapat.

Kelayakan Housing Loan Kerajaan

Untuk info anda, kelayakan housing loan untuk mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan ini lebih unik dan mudah tanpa pengiraan yang kompleks. Ianya sudah ada dalam jadual dan jika gaji bersih + elaun anda dalam jumlah tertentu, anda boleh membuat pinjaman berdasarkan kepada jadual tersebut. Mudah kan!

Nak tahu jadual apa yang saya maksudkan, ianya ada di SINI. Kalau anda ingin tahu kadar kelayakan anda boleh ke link atas. Kalau anda pekerja swasta, anda tidak perlu ke link atas ini, cukuplah untuk anda lihat kepada cara pengiraan di bawah ini bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Housing Loan Swasta – Kelayakan Pinjaman Yang Anda Perlu Tahu

Untuk info, kalau anda mahukan pinjaman, anda perlu tahu apa itu Debt Service Ratio ataupun DSR. Ianya adalah satu guideline untuk pinjaman perumahan anda. Biasanya, guideline untuk pinjaman perumahan adalah berdasarkan kepada 60% daripada gaji bersih anda.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai gaji sebanyak RM10000, jumlah hutang yang anda boleh buat adalah RM6000 (60% daripada RM10000). Ianya mudah sahaja dan sebagai contoh, jika anda mempunyai komitmen sebanyak RM1000 untuk kereta sebulan dan personal loan juga RM1000, bererti anda masih boleh membuat pinjaman rumah dengan jumlah RM4000 sebulan. Menarik kan! Tengok ilustrasi di bawah untuk info lanjut berkenaan dengan topik ini.

Gaji RM10,000
DSR 60% = RM6000

Komitmen Kereta = RM1000
Komitmen Personal Loan = RM1000

Jumlah yang boleh dipinjman untuk bayaran bulanan rumah adalah RM4000

Daripada anda membeli 1 biji rumah yang membolehkan anda untuk membayar RM4000 sebulan, anda boleh membeli 4 biji rumah yang membolehkan untuk anda membayar RM1000 setiap satu. Inilah yang dikatakan sebagai property investment. Menarik kan!

Nak info lanjut, saya cadangkan untuk anda mengisi borang di bawah ini bagi anda yang memang serious untuk mencari rumah. Pihak mereka akan membuat kiraan bagi mendapatkan info lanjut untuk pinjaman perumahan anda. Juga, akan membuat kiraan yang sepatutnya untuk housing loan anda.

>>KLIK Untuk Dapatkan Info Lanjut Loan Rumah Anda <<

Ini adalah contoh mudah untuk pinjaman perumahan bagi mereka yang mempunyai pendapatan tetap ataupun dalam istilah sekarang adalah mereka yang “makan gaji”. Kepada mereka yang mempunyai pendapatan berdasarkan kepada income dari insurans, boleh juga mengisi borang di atas. Kepada anda yang bekerja sendiri pun boleh dapatkan info lanjut di atas.

Apapun, ini adalah guideline mudah untuk anda, nak info lebih detail, boleh isi borang dan pihak mereka akan hubungi anda untuk mendapatkan info lanjut.

Nak tahu pakej pinjaman bank lain, boleh rujuk artikel kami yang lain berkenan dengan pakej daripada Bank Muamalat, Bank Islam, CIMB.

The post Kelayakan Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Cara Pengiraan Mudah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2yYtARk

Monday, 25 June 2018

Pinjaman Perumahan RHB – TIps Untuk Loan Lulus

Pinjaman untuk rumah pertama saya telah lulus daripada RHB Bank. Rumah ini saya beli semasa saya baru bekerja dulu dan tujuan pembelian tersebut adalah untuk investment dan bukan untuk duduk. Itupun setelah mencuba beberapa bank dan alhamdulillah RHB memberikan rate yang baik untuk pinjaman perumahan yang mahukan. Setakat artikel ini ditulis, rumah tersebut telahpun dalam proses refinace dan loan telahpun lulus dengan bank rakyat. Apapun, ianya merupakan satu pelaburan yang bagus dan sangat berbaloi untuk jangka masa panjang.

Khusus untuk anda yang ingin mendapatkan housing loan daripada RHB, ini adalah antara beberapa tips penting yang anda perlu tahu dan juga beberapa dokumen yang anda perlu sediakan sebelum membuat permohonan. Kalau tak tahu dan keliru, boleh isi dahulu borang INI dan pihak bank akan hubungi anda bagi memberikan info lanjut berkenaan dengan pinjaman untuk perumahan anda.

Sebelum Membuat Permohonan

Sebelum membuat permohonan, apa yang penting adalah bagi anda untuk menyediakan dokumen seperti yang ada di bawah ini. Juga jangan lupa untuk selesaikan apa yang tertunggak seperti bayaran rumah dan cantikan CCRIS anda. Jika tidak, ada kemungkinan yang permohonan anda nanti akan ditolak kerana mempunyai rekod yang tidak cantik ataupun tunggakan yang banyak.

Apa itu CCRIS ini? Boleh dapatkan di bank negara atau anda boleh membeli laporan tersebut sahaja secara online. Bil-bil yang tertunggak seperti Astro, bil telefon atau lain-lain tu memang kena selesaikan dahulu sebelum membuat permohonan pinjaman untuk perumahan anda. Apapun, berikut adalah antara set dokumen yang anda perlu ada untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada RHB khusus bagi mereka yang “makan gaji”. Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, boleh isi borang di atas bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan set dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman perumahan. Apapun, ini adalah antara dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan pinjaman perumahan;

1 IC
2 Employment Letter
3 Slip Gaji 3 bulan
4 Bank Statement 3 bulan
5 Penyata KWSP
6 Surat majikan

Dah ada semua dokumen ini, lebih mudah dan cepat untuk membuat pinjaman perumaha. Kalau tak pasti set dokumen yang diperlukan untuk pinjaman perumahan, boleh klik borang di bawah dan pihak mereka akan membantu anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman yang anda mahukan.

>> KLIK Untuk Pinjaman Perumahan daripada RHB Bank <<

Cuba Apply Beberapa Bank Serentak Untuk Lihat Mana Yang Berbaloi

Untuk lihat bank mana yang berikan kelulusan yang baik dan berbaloi serta kelulusan yang pantas, adalah lebih baik untuk anda mencuba ataupun apply beberapa bank serentak termasuklah RHB. Juga bank lain seperti Public Bank, Maybank ataupun Bank Islam dan lihat bank mana yang berikan pakej yang terbaik diantara semua yang menawarkan housing loan tersebut. Boleh jadi, daripada semua bank yang menawarkan pinjaman tersebut, hanya satu bank sahaja yang memberikan kelulusan untuk pinjaman perumahan anda.

Apply serentak memang memberikan kelebihan kepada anda sebagai pengguna dan anda boleh memilih yang mana yang menawarkan pakej terbaik ataupun kelulusan yang pantas untuk permohonan pembiayaan anda.

Jangan Berlengah – Lakukan Sekarang

Sama ada anda ingin dapatkan pakej pembiayaan perumahan untuk rumha baru, rumah 2nd hand ataupun refinance, ini adalah antara bank yang anda boleh cuba untuk permohonan pembiayaan anda. Yang penting, berbaloi dan memberikan input terbaik untuk permohonan anda.

The post Pinjaman Perumahan RHB – TIps Untuk Loan Lulus appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2lv3VWL

Sunday, 24 June 2018

Pinjaman Perumahan Bank Muamalat – Kenapa 4 Ciri Ini Terbaik

Nak beli rumah tapi tak tahu nak buat pinjaman di bank mana? Saya rekemen untuk anda cuba dahulu apa yang Bank Muamalat tawarkan. Sekarang ini bukan mudah untuk buat pinjaman perumahan, lagi-lagi kelulusan sudahpun semakin ketat sekarang ini. Mahu ataupun tidak, cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman untuk hosing loan anda adalah dengan membuat pinjaman daripada beberapa bank termasuklah bank Muamalat ini.

Kali ini, kami akan kongsikan pengalaman menggunakan bank Muamalat untuk pinjaman perumahan dan adakah ianya berbaloi ataupun sebaliknya. Yang pasti anda cuba dahulu dan tentukan sama ada ianya berbaloi untuk anda cuba ataupun sebaliknya. Untuk info lanjut berkenaan dengan pinjaman ini, boleh isi borang di sini dan pihak mereka akan menghubungi anda bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pakej terbaik yang ditawarkan oleh pihak Bank Muamalat.

Jika anda ingin mendapatkan pinjaman untuk housing loan anda sama ada untuk pakej refinance, skim rumah pertamaku 100% ataupun pinjaman perumahan biasa, boleh isikan maklumat anda di borang INI. Pihak mereka akan menghubungi anda bagi memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Apa Yang Menarik Berkenaan Dengan Pinjaman Ini

Cara Mendaftar Yang Mudah

Untuk mendaftar bagi mendapatkan pinjaman ini tidaklah terlalu sukar. Salah satu daripada caranya adalah dengan pergi ke mana-mana branch bank Muamalat yang berdekatan. Untuk info, tidak semua branch bank Muamalat menyediakan pinjaman perumaham, oleh itu, cara yang lebih mudah adalah dengan mengisi maklumat dalam borang di atas dan pihak bank akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat dan permohonan pinjaman perumahan anda.

Pakej Yang Disediakan

Approval daripada Bank Muamalat ini tidaklah sepantas kalau dengan bank seperti CIMB ataupun Maybank, tetapi ianya memang mempunyai kelebihan yang tersendiri. Bagi saya, lebih baik untuk anda cuba untuk apply beberapa bank yang berdekatan untuk pinjaman perumahan anda. Salah satunya adalah bank ini yang menawarkan pinjaman perumahan pada kadar yang terbaik dan mampu untuk anda miliki.

#1 Pakej Interest Rate Menarik

Memang bank sentiasa cuba memberikan yang terbaik agar kekal kompetatif dalam industri. Sama juga untuk bank ini dan ianya mengenakan kadar interest rate semasa yang tidak jauh berbeza dengan syarikan perbankan yang lain yang ada di Malaysia.

#2 Tiada Lock In Period

Kalau anda ada merancang untuk menyelesaikan hutang anda lebih awal, pakej ini adalah antara pakej yang anda boleh dapatkan. Tiada penalti dikenakan jika anda menyelesaikan pinjaman lebih awal dan tentu ini membolehkan anda untuk refinance rumah anda pada masa akan datang. Pakej untuk pembiayaan semula pembiayaan perumahan dariapda Bank Muamalat juga tidak kurang hebatnya dan anda boleh mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej ini nanti.

#3 Skim Rumah Pertamaku 100%

Memang pembeli rumah pertama tidak mampu untuk menyediakan cash sebanyak 10% daripada harga rumah, jadi salah satu penyelesaian adalah untuk mendapatkan pinjaman dariapda skim rumah pertamaku Bank Muamalat ini. Ianya menawarkan pinjaman 100% khusus kepada mereka yang tidak mempunyai cash yang banyak dalam mendapatkan pinjaman perumahan.

Apapun, kebiasannya untuk skim ini, anda perlu untuk menyediakan sendiri yuran guaman yang kebiasannya adalah 5% daripada harga pembelian. Kalau tiada masalah dengan ini, memang boleh untuk dapatkan pinjaman 100% loan.

#4 Pinjaman Perbankan Islam

Mencari yang patuh syariah itu sudah menjadi kewajipan kepada muslim dan pakej ini ada menawarkan pinjaman pada kadar terbaik untuk anda dapatkan di pasaran sekarang. Jika sekarang anda sedang menggunakan pakej housing loan yang konventional, digalakkan untuk beralih menggunakan pakej perbankan.

>> KLIK SINI Untuk Dapatkan Pakej Pinjaman Daripada Bank Muamalat <<

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk set dokumen yang diperlukan, berikut adalah apa yang anda perlu sediakan untuk membuat pinjaman perumahan ini;

1 Salinan IC
2 Slip Gaji 3 Bulan
3 Bank Statement 3 bulan
4 Employment Letter
5 Penyata KWSP
6 Geran Tanah / Sales Form

Sudah ada semua dokumen ini, mudahlah urusan pinjaman perumahan anda. Apapun, kalau anda memang serious untuk mendapatkan housing loan anda, boleh ke borang atas dan pihak kami akan menghubungi anda nanti.

Boleh juga untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman daripada Bank Rakyat, CIMB dan Maybank.

The post Pinjaman Perumahan Bank Muamalat – Kenapa 4 Ciri Ini Terbaik appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2Kg8CBP

Pinjaman Perumahan Maybank – 4 Info Unik Anda Perlu Tahu

Sekarang ini harga rumah semakin naik dan tidak ramai yang mampu untuk membeli rumah dengan menggunakan duit sendiri. Kalau tak guna duit sendiri, nak beli rumah macam mana? Salah satu cara adalah dengan membuat pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh banyak bank di Malaysia ini. Salah satunya adalah pinjaman perumahan Maybank Islamic yang merupakan antara pilihan pinjaman berbaloi untuk anda cuba. Lagipun, pinjaman yang ditawarkan adalah sangat kompetatif dan antara pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda berkenaan dengan kebaikan mendapatkan pinjaman daripada Maybank ini. Juga, beberapa tips penting untuk membuat pinjaman daripada Maybank ini. Untuk pengetahuan anda, Maybank merupakan antara piliahan yang menawarkan pinjaman 100% dan jika ini pakej yang anda cari, boleh cuba untuk dapatkan dan lihat sama ada ianya berbaloi ataupun sebaliknya.

Cara Untuk Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan Maybank

Sama ada anda inginkan pinjaman loan rumah pertamaku ataupun pinjaman biasa, boleh berikan info lanjut di dalam borang di SINI. Setelah anda mengisi borang ini, pihak mereka akan menghubungi anda untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan ini. Yang penting, ianya akan memudahkan anda terutama jika anda memang serius untuk mendapatkan housing loan tetapi tidak berkesempatan untuk menghubungi pegawai bank yang berdekatan.

Ianya semudah ABC dan tiada yang lebih mudah daripada itu. Apapun, berikut adalah antara dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman ini.

1 Salinan IC
2 Slip gaji 3 bulan
3 Bank statement 3 bulan
4 Penyata KWSP
5 Pengesahan Majikan
6 Geran tanah / Sales form

Ini adalah dokumen asas bagi mendapatkan pinjaman bagi mereka yang makan gaji. Bagi mereka yang bekerja sendiri, set dokumen yang diperlukan adalah berbeza. Untuk info lanjut berkenaan dengan dokumen bagi mereka yang berkerja sendiri, boleh isikan borang di bawah untuk bagi memudahkan pihak bank menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan pinjaman yang ditawarkan.

>> KLIK Untuk Daftar Pinjaman Perumahan Maybank <<

Apa Yang Maybank Tawarkan

#1 Interest Rate Yang Kompetatif

Untuk info, interest rate sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Tetapi jangan risau kerana Maybank memang memberikan interest terbaik berdasarakan kepada situasi semasa. Ianya perlukan interest yang sentiasa kompetatif bagi mendapatkan pinjaman daripada pengguna. Jadi, tidak perlu untuk anda untuk terlalu membandingkan interest rate kerana ianya memang sentiasa kompetatif. Selain daripada itu juga, Ianya menawarkan pakej semi fleksi yang merupakan antara pilihan terbaik yang ada di pasaran sekarang.

#2 Approval yang pantas

Untuk approval tidak mengambil masa yang terlalu lama. Biasa dalam seminggu sudah boleh dapat jawapan sama ada lulus ataupun sebaliknya. Disebabkan oleh itu, pilihan yang ada untuk pinjaman daripada Maybank ini memang terbaik dan antara pilihan terbaik untuk anda dapatkan di pasaran sekarang.

#3 Menawarkan Skim 100% Loan

Kalau 100% loan yang anda cari, Maybank adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan selain daripada pakej di CIMB. Untuk info lanjut, boleh klik pada borang yang ada di atas.

#4 Tiada Lock In Period

Bergantung kepada pakej yang ditawarkan, Maybank tiada lock in period. Ini membolehkan anda untuk menyelesaikan pinjaman anda lebih awal tanpa dikenakan sebarang penalti. Terutama kalau anda ada merancang untuk refinance rumah anda pada masa hadapan.

Apa yang anda perlu lakukan sebelum mendapatkan pinjaman perumahan?

Lebih mudah untuk anda mendapatkan pinjaman perumahan dengan mencuba untuk mendapatkan housing loan daripada pelbagai bank serentak. Kemudian, boleh buat pilihan terbaik berdasarkan kepada bank mana yang approve dan berikan pakej terbaik. Maybank adalah antara salah satu bank yang anda boleh cuba sendiri. Apapun, boleh isikan maklumat anda dan pihak mereka akan berikan info lanjut dan akan cuba untuk apply beberapa bank secara serentak.

The post Pinjaman Perumahan Maybank – 4 Info Unik Anda Perlu Tahu appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2MjccbT

Pinjaman Perumahan CIMB Islamik – 4 Info Wajib Sebelum Apply

Sekarang ini makin ramai yang ingin memiliki rumah dan salah satu cara untuk memiliki rumah adalah dengan membuat pinjaman perumahan. Sekarang ini ada banyak pakej menarik yang ditawarkan untuk pinjaman perumahan dan antara pakej yang akan kami berikan info lanjut pada kali ini adalah berkenaan dengan pakej pinjaman perumahan CIMB islamik yang merupakan antara pakej yang baik kepada anda yang serious untuk memiliki rumah.

Apa yang menarik, CIMB menawarkan Skim Rumah Pertamaku 100% loan dan tidak semua bank yang menawarkan skim seperti ini. Antara bank lain yang menawarkan skim seperti ini adalah Bank Rakyat, Bank Islam dan lain lain lagi. Apapun, kepada anda yang serious untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim pinjaman ini, bolehlah untuk anda isi borang yang ada di SINI. Pihak mereka anda berikan info percuma untuk anda dapatkan pinjaman ini secara step by step dan ianya pasti akan memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman.

Pengalaman Saya Dapatkan Pinjaman Perumahan Daripada CIMB

Untuk pengetahuan anda, saya mempunyai sebuah rumah yang saya biasa daripada Bank Simpanan Nasional. Setelah 5 tahun, saya bercadang untuk refinance rumah tersebut. Saya beli rumah tersebut di salah satu daerah di Johor dengan harga RM330k dan refinance rumah itu selepas 5 tahun dengan harga RM400k. Disebabkan oleh kenaikan harga pasaran rumah tersebut, saya bercadang untuk refinance rumah pada harga Rm400k dan mendapat cash back RM50k selepas pembiayaan semula. Ini adalah pengalaman saya. Apapun, kali ini, saya akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan pengalaman saya mendapatkan pinajaman perumahan ini.

Apa Yang Menarik Pakej Loan Rumah Dengan CIMB

#1 Harga Pasaran Yang Tinggi dan Menarik

Pertama sekali adalah harga pasaran yang tinggi. Pegawai bank yang saya berurusan memberikan harga pasaran yang tinggi untuk pinjaman perumahan yang saya tawarkan tersebut. Ini membolehkan saya mendapatkan pinjaman pada harga yang berbaloi dan terbaik berbanding dengan pilihan daripada bank lain.

#2 Approval Yang Pantas

Untuk loan saya approve ini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Dalam 2 minggu selepas saya submit semua dokumen, loan saya sudah diluluskan. Ada bank yang mengambil masa sehingga sebulan hanya untuk approval. Apapun, ini adalah antara faktor yang menarik yang diberikan oleh pihak CIMB ini.

#3 Pakej Interest Rate Yang Menarik

Pakej interest rate yang ditawarkan CIMB adalah sangat fleksible. Saya mendapat pakej interest yang menari dan juga pakej semi fleksi. Apa itu semi fleksi, saya boleh selesaikan pinjaman ini dalam tempoh yang lebih singkat juga lebih mudah dan jimat interest. Kalau boleh elakkan daripada bank yang tidak menawarkan pakej semi fleksi.

#4 Tiada Lock In Period

Mudah untuk selesaikan pinjaman ada. Bila tiada lock in period, tiada penalti dikenakan kalau anda selesaikan pinjaman lebih awal sama ada melalui cara refinance ataupun buat pembayaran penuh. Menarik kan pakej yang dikenakan ini? Apapun, bagi saya, lebih baik anda cuba dahulu pakej ini dan lihat sama ada anda sudah dapat pinjaman ataupun sebaliknya.

Sekali lagi, kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan pakej pinjaman daripada CIMB ini, boleh isikan maklumat anda di bawah ini dan dan pihak yang berkenaan akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

>> Klik Untuk Pakej Pinjaman Loan Untuk Rumah Daripada CIMB <<

Jadual Bayaran Balik Pinjaman CIMB Untuk Housing Loan

Untuk jadual bayaran balik pinjaman dan juga baki pinjaman daripada CIMB ini, anda boleh merujuk kepada branch terdekat untuk maklumat lanjut. Ataupun anda boleh download CCRIS dan dari situ, anda boleh lihat berapa baki pinjaman yang ada untuk perumahan anda.

Kami sangat menggalakkan anda untuk mencuba apa yang CIMB tawarkan untuk pakej housing loan mereka. Untuk refinance, biasanya bayaran guaman dan valuation fee boleh dimasukkan dalam loan dan ini membolehkan anda untuk tidak keluarkan duit yang terlalu banyak dalam membeli rumah yang anda mahukan sama ada untuk duduk sendiri ataupun untuk pelaburan.

Info berkaitan:

1 Cara peniraan pinjaman perumahan

2 Pinjaman Perumahan Public Bank

The post Pinjaman Perumahan CIMB Islamik – 4 Info Wajib Sebelum Apply appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2tpO8gf

Friday, 22 June 2018

Pinjaman Perumahan Public Bank – Tips Untuk Apply & Kebaikan

Rumah memang satu keperluan dan untuk memiliki rumah, salah satu cara yang paling popular adalah dengan mendapatkan pinjaman daripada bank. Bagi mereka yang mempunyai duit, memang tidak salah untuk membeli rumah secara cash, tetapi, kalau tiada cash, tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Salah satu bank yang popular dalam menawarkan housing loan adalah pinjaman perumahan Public Bank.

Public bank merupakan bank yang tidak asing lagi di Malaysia ini dan ianya mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Pakej yang ditawarkan sama ada untuk pinjaman perumahan ataupun housing loan refinancing adalah sangat kompetatif dan sangat berbaloi untuk anda dapatkan. Apapun, kepada anda yang inginkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman untuk membeli rumah sama daripada Public Bank ini, boleh isi maklumat anda di dalam BORANG INI. Pihak mereka akan hubungi anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat berkenaan dengan pinjaman yang ditawarkan.

Tempoh Kelulusan Pinjaman Perumahan Public Bank

Public bank menawarkan pakej yang menarik untuk pinjaman perumahan dan untuk kelulusan, biasanya tidak akan ambil masa yang terlalu lama. Kalau dokumen anda kuat, dalam tempoh 3 hari sudah boleh dapat keputusan sama ada pinjaman anda boleh lulus ataupun sebaliknya.

Tepi kena pastikan yang dokumen pinjaman anda betul-betul kuat, kalau banyak yang tidak lengkap, biasa susah sikit untuk dapatkan pinjaman daripada Public Bank ini. Apapun, boleh isikan maklumat dan borang yang ada di atas ini untuk info lanjut berkenaan dengan housing loan ini. Manakala untuk dokumen pula, boleh tengok di bawah.

Dokumen Untuk Kelulusan Pinjaman Perumahan

Ini adalah untuk mereka yang “makan gaji”, untuk itu, berikut adalah apa yang anda boleh sediakan sebelum membuat pinjaman daripada bank ini;

1 Slip Gaji 3 Bulan
2 Bank Statement 3 bulan
3 Salinan IC
4 Penyata KWSP
5 Pengesahan Majikan
6 Geran Rumah / Sales Form

Ini adalah dokumen asas untuk membuat pinjaman. Bagi yang bekerja sendiri pula ada set dokumen yang berbeza. Untuk yang bekerja sendiri, adalah digalakkan untuk anda “declare” income tax anda. Kalau tak declare, memang bank ini tidak akan teruskan permohonan anda. Tetapi, ada bank lain yang boleh teruskan pinjaman anda walaupun anda tidak declare income tax. Nak tahu bank mana, boleh klik link di bawah ini dan pihak kami akan hubungi anda nanti

>>Borang Pinjaman Untuk Perumahan<<

Interest Rate

Bank ini menawarkan interest rate yang sangat kompetatif dan antara yang berbaloi yang ada di pasaran buat masa ini. Ianya juga menawarkan pakej semi fleksi dan antara pilihan yang baik untuk anda pilih. Pinjaman untuk perbankan islam juga ditawarkan dengan kadar dan pakej yang menarik untuk anda. Apapun, kalau anda mahukan pakej yang menarik dan terbaik, bank ini sangat kami galakkan untuk anda dapatkan pinjaman dari mereka.

Kalau anda ada perancangan untuk selesaikan pinjaman anda dalam tempoh beberapa tahun pun tak ada masalah. Tiada “lock in period” yang dikenakan untuk pinjaman ini. Memang berbaloi dan antara pilihan terbaik yang anda di pasaran buat masa ini.

Apapun, kami galakkan untuk anda mencuba untuk mendapatkan pinjaman ini. Memang berbaloi dan antara pilihan terbaik yang ada di dalam pasaran sekarang. Info lanjut, boleh dapatkan di borang yang ada di atas.

The post Pinjaman Perumahan Public Bank – Tips Untuk Apply & Kebaikan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2yybANd

Pinjaman Perumahan Bank Rakyat – Info Terkini & Cara Apply

Kali ini kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman perumahan bank Rakyat yang merupakan antara pakej pinjaman perumahan yang bagus untuk anda gunakan. Sedikit pengalaman saya gunakan khidmat pinjaman perumahan bank rakyat, ianya tidaklah fleksible berbanding dengan pakej pinjaman daripada bank lain seperti Public Bank, CImb, Bank Islam ataupun lain-lain, tetapi ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kali ini, kami ingin berikan info berkenaan dengan pinjaman bank rakyat ini dan perkara yang anda perlu tahu berkaitan dengan pinjaman ini. Harap anda dapat membuat keputusan yang betul dan jika ianya sesuai, bolehlah ambil pinjaman daripada bank ini. Lagipun, masih belum terlambat untuk anda mencuba pakej daripada bank lain juga. Untuk dapatkan pakej pinjaman daripada bank lain, boleh KLIK di sini dan dapatkan info lanjut. Mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pinjaman Bank Rakyat

Sebelum pergi kepada kelebihan dan kekurangan pinjaman ini, adalah lebih baik untuk anda tahu dokumen yang diperlukan. Dengan itu, lebih mudah dan cepat untuk anda mendapatkan pinjaman. Nak tahu dokumen yang diperlukan pula tidaklah susah, boleh tengok beberapa pilihan di bawah ini;

1 Salinan IC
2 Slip gaji 3 bulan (wajib ada cop majikan)
3 Bank statement 3 bulan
4 Employment Letter
5 Penyata KWSP
6 Geran Tanah / Sales Form

Ini adalah 6 item yang paling asas untuk memohon pinjaman daripada Bank Rakyat. Paling leceh adalah untuk item no 2 iaitu wajib kena ada cop majikan. Kalau tiada cop ataupun pengesahan majikan, memang tak boleh nak proceed dengan pinjaman perumahan ini. Pengalaman saya untuk submit dengan Bank Rakyat, ini adalah antara perkara yang melecehkan dan kalau anda tak ada masalah dengan pengesahan majikan, boleh dapatkan pinjaman daripada mereka. Untuk info, pinjaman bank rakyat untuk housing loan ini adalah mesra sektor swasta.

Apa Yang Menarik Bank Rakyat Tawarkan

#1 Pinjaman Bawah Rm100k tidak banyak yang ditawarkan oleh pihak bank. Tetapi, bank rakyat tawarkan pinjaman di bawah RM100k dan kalau anda beli rumah murah dengan harga bawah RM100k, bank rakyat adalah antara tempat yang anda boleh pergi untuk dapatkan pinjaman perumahan. Selain daripada bank rakyat, ada bank lain yang tawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, untuk info lanjut berkenaan dengan bank yang menawarkan khidmat pinjaman bawah RM100k ini, boleh ke link INI dan isi maklumat anda. Pihak mereka akan membantu satu persatu berkenaan dengan pakej pinjaman yang terbaik yang boleh ditawarkan untuk anda.

#2 Tiada Lock In Period

Lock in period adalah tempoh untuk selesaikan pinjaman perumahan tersebut. Untuk detail boleh tengok sini. Disebabkan oleh pakej ini tidak mempunyai lock in period, anda boleh membuat pembayaran penuh tanpa dikenakan sebarang penalti. Ianya sangat bagus kalau anda ingin refinance rumah anda dalam masa terdekat.

Yang Kurang Menarik Daripada Bank Rakyat – Setakat Artikel ini Di Tulis

#1 Bukan Pinjaman Fleksi ataupun Semi Fleksi

Disebabkan oleh pinjaman ini bukan pinjaman Fleksi, agak sukar untuk anda selesaikan pinjaman ini lebih awal. Untuk pinjaman fleksi ataupun semi fleksi, anda boleh selesaikan pinjaman lebih awal dengan membuat bayaran lebih sedikit setiap bulan. Misalkata bayaran pinjaman bulanan anda adalah Rm1200 sebulan, dengan membuat bayaran RM1400 lebihan RM200, tempoh pembiayaan anda akan menjadi kurang sedikit dan anda dapat jimat dari segi bayaran interest kepada bank.

Bank Rakyat tidak mempunyai pakej ini dan ianya hanya menawarkan pembayaran penuh tanpa lock ini period.

#2 Wajib Kena Isi Application Form

Application Form adalah item yang wajib di isi di sini. Bank lain tidak mewajibkan untuk anda isi application form dan ini memang memudahkan pelanggan dan menjimatkan masa anda.

#3 Approval Ambil Masa Sedikit

Approval memang ambil masa sedikit. Memang tidak dinafikan ada bank yang mempunyai approval yang lebih pantas dan ada yang ambil masa sedikit.

Apapun, pinjaman bukan jenis fleksi ataupun semi fleksi adalah kekurangan daripada bank rakyat. Apapun, kalau anda mahukan pinjaman yang lebih fleksible untuk rumah anda, bolehlah isi maklumat anda di borang ini dan pihak mereka akan hubungi anda dalam masa terdekat berkenaan dengan pakej pinjaman terbaik yang anda mahukan.

The post Pinjaman Perumahan Bank Rakyat – Info Terkini & Cara Apply appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2JXwSt0

Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Langkah Mudah Dapatkan Loan

Rumah merupakan satu keperluan dan kali ini, kami ingin memberikan tips kepada anda yang ingin mendapatkan pinjaman perumahan swasta. Memang pinjaman perumahan kerajaan adalah jauh lebih mudah, tetapi bukan semua orang ada dalam sektor kerajaan. Ramai juga yang dalam sektor swasta yang ingin mendapatkan pinjaman perumahan. Asalkan kena teknik dan cara, memiliki rumah sendiri walaupun anda berada dalam sektor swasta tidaklah terlalu sukar.

Apapun, kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting kepada anda untuk mengira kelayakan pinjaman perumahan sektor swasta mengikut gaji anda. Daripada gaji tersebut, dapatlah anda anggarkan berapa jumlah pinjaman yang anda boleh lakukan dan bajet yang anda perlukan untuk memiliki rumah yang anda idamkan.

Dokumen Yang Anda Perlukan

Memang ada dokumen yang anda perlukan untuk membuat pinjaman perumahan. Dokumen ini adalah bukti yang menunjukkan anda boleh membuat pembayaran apabila pinjaman diluluskan nanti. Apabila ada semua dokumen ini, lebih mudah untuk membuat pinjaman perumahan yang anda mahukan. Apapun, berikut adalah antara dokumen yang anda perlukan untuk membuat pinjaman perumahan;

1 Salinan IC
2 Penyata KWSP
3 Slip Gaji 3 bulan
4 Bank Statement 3 bulan
5 Employment letter
6 Saving di mana-mana bank

Untuk info, ini adalah antara asas penting dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Ini adalah untuk mereka yang mempunyai pekerjaan tetap. Untuk mereka yang bekerja sendiri pula, set dokumen adalah berbeza. Untuk info lanjut, adalah lebih baik untuk anda mengisi maklumat di dalam borang INI.

Ianya adalah borang berkenaan dengan pinjaman perumahan dan pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat. Juga set dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman perumahan.

Pengiraan Pinjaman Perumahan Sektor Swasta

Cara untuk membuat pengiraan pinjaman perumahan tidak susah. Asasnya adalah untuk anda tahu apa itu “debt service ratio”, dari situ lebih mudah untuk mengira kelayakan pinjaman anda. Kami akan berikan satu artikel khusus untuk anda mengira kelayakan pinjaman anda.

Nak Buat Pinjaman, Rekod CCRIS Kena Cantik, Tiada Tunggakan

Sebelum membuat pinjaman perumahan, adalah lebih baik untuk anda cantikkan bayaran bulanan anda dan juga, selain daripada itu, untuk anda selesaikan tunggakan yang ada. Ianya akan memberikan kesan kepada pinjaman anda jika anda mempunyai tunggakan ataupun anda mempunyai rekod bayaran yang tidak cantik.

Cara untuk dapatkan rekod CCRIS ini tidaklah susah, anda hanya perlu pergi ke cawangan bank negara yang berdekatan sahaja, kemudian, anda print CCRIS anda di situ secara percuma. Kalau tidak mahu ataupun sukar untuk mendapatkan laporan CCRIS di sana, pihak kami ada menyediakan perkhidmatan untuk anda mendapatkan laporan CCRIS tetapi dengan bayaran. Boleh ke borang ini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan laporan CCRIS.

Pinjaman Daripada Institiusi Perbankan Islam

Adalah lebih baik untuk anda mendapatkan pinjaman daripada institiusi perbankan Islam di Malaysia. Ada banyak bank yang menawarkan pinjaman perumahan pada kadar menarik antaranya adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan lain-lain lagi. Pinjaman daripada institiusi ini memang memberikan kelebihan kepada anda untuk membuat pinjaman tanpa keraguan.

Kepada sektor swasta, kami menggalakkan untuk anda gunakan ataupun dapatkan pinjaman perumahan perbankan Islam. Salah satu yang menarik yang anda boleh dapatkan daripada pinjaman ini adalah, ianya patuh syariah dan mempunyai syiling interest rate tersendiri.

Apapun, sekali lagi, untuk info lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan sektor swasta, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat bagi membantu anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik untuk anda.

The post Pinjaman Perumahan Swasta – 3 Langkah Mudah Dapatkan Loan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2MPDfg2