Antara bank yang mendapat tempat dalam masyarakat di Malaysia adalah bank rakyat. Ianya merupakan antara bank komuniti yang banyak membantu masyarakat dalam mendapatkan banyak kemudahan pinjaman. Kali ini, saya nak menceritakan tentang saham bank rakyat yang merupakan antara pilihan pelaburan yang popular yang menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga 15% setahun.
Kebanyakan dana hanya memberikan pulangan dividen sebanyak 8% setahun, tetapi yang unik berkenaan dengan bank rakyat ini adalah, pulangan yang dijanjikan adalah sebanyak 15% dan ianya merupakan satu jumlah yang besar untuk dana yang diberikan. Khusus untuk kali ini, kami ingin memberikan beberapa tips dan cara untuk beli saham bank rakyat ini agar anda mendapat manfaat daripada pulangan dividen yang tinggi.
Mula Dengan RM500
Untuk pengetahuan anda, apa yang bakal anda laburkan ini adalah merupakan unit trust. Anda memberikan duit anda kepada pihak ketiga dalam kes ini adalah Bank Rakyat untuk diuruskan. Pihak bank memang akan mengenakan cas kepada anda sebagai kos pengurusan dan apa yang anda dapat, adalah pulangan daripada pelaburan yang anda lakukan. Boleh baca artikel panjang lebar dari kami berkenaan dengan unit trust atau unit amanah di SINI.
Sebenarnya, adalah lebih baik kalau anda sendiri yang menguruskan duit anda, tetapi kalau memang anda seorang yang sibuk dan tidak sempat untuk menguruskan dana simpanan anda, boleh mulakan dengan beli saham-saham ini.
Apapun, untuk bank rakyat ini, memang anda boleh memulakan pelaburan anda dengan hanya RM500. Ianya adalah modal permulaan untuk menyertai unit amanah yang diuruskan ini. Macam mana nak daftar? Anda hanya perlu ke cawangan bank rakyat terdekat dan , beritahu kepada pihak yang berkaitan, yang anda mahu menyertai skim pelaburan atau saham bank rakyat. Masa datang, sediakan RM500 untuk memudahkan pelaburan anda.
Takkan RM500 Je?
Kalau setakat melabur RM500 memang susah, jadi untuk itu, anda perlu tunggu bila lagi saham untuk bank rakyat ini akan dibuka lagi. Bila dibuka, barulah anda masuk semula dan sertai lagi. Untuk ini, memang anda perlu membuat permohonan untuk sertai lagi dan kadangkala, bank rakyat akan beritahu sama ada permohonan anda berjaya dan berapa jumlah yang anda boleh tambah di dalam surat yang akan dihantar ke rumah. Selain daripada itu juga, perlu lihat notifikasi dan berita untuk perkara ini, memang kadangkala, pihak bank akan membuat kenyataan akhbar menyatakan yang kemasukan dana baru boleh dilakukan. Masa ini bolehlah anda datang dengan wang tambahan.
Tambah Ilmu Untuk Lebih Sukses
Apa yang penting adalah, ilmu dan teknik pelaburan kena jelas. Kalau anda masih muda, banyak risiko yang anda boleh ambil untuk pelaburan anda. Salah satunya adalah untuk mempelajari pelaburan saham yang merupakan antara beberapa jenis pelaburan yang sentiasa hangat dan ramai yang ingin belajar. Apapun, boleh dapatkan info lanjut pelaburan saham di SINI.
Sebagai bonus, jangan lupa untuk mendapatkan ebook percuma signal penting dalam pelaburan saham di SINI. Ianya adalah kompilasi signal-signal penting dalam pelaburan saham untuk anda sukses dalam pelaburan yang anda lakukan. Dengan teknik dan kemahiran yang betul, memang membolehkan anda untuk sukses dalam pelaburan yang anda lakukan.
Apapun jangan berhenti belajar dan yang penting sekali, lakukan dari sekarang. Sediakan RM500 dan pergi ke kaunter bank rakyat terdekat untuk membukan akaun pelaburan ini. Lagi cepat anda bertindak, lagi cerah peluang anda untuk berjaya.
The post Cara Beli Saham Bank Rakyat appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2yatCEe
No comments:
Post a Comment