Antara masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelabur-pelabur baru adalah modal! Disebabkan oleh kekangan modal, memang tidak dapat melabur saham dengan lebih agresif dan antara lainnya, tidak dapat membeli saham-saham “blue chip” yang ada di pasaran sekarang ini. Jadi, macam mana caranya bermain saham dengan modal kecil yang minima dan pada masa yang sama memberikan keuntungan yang besar pada modal yang dilaburkan.
Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan cara penting kepada anda untuk melabur dalam pelaburan saham. Cara ini membolehkan anda untuk membuat pelaburan dengan modal yang minima dan pada risiko yang rendah. Harap ianya dapat membantu anda untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi.
Tips dan Teknik Yang Sesuai
Tanpa berlengan masa, kami tunjuk beberapa cara yang sesuai untuk anda dan cara ini juga kami gunakan dalam pelaburan kami. Ianya teknik yang saya sendiri gunakan suatu masa dahulu ketika modal saham tidak terlalu banyak dan pada masa yang sama, inginkan pulangan lumayan dalam pelaburan saham.
#1 Elakkan Syarikat Besar dan Saham Blue Chip
Satu yang anda kena ingat adalah, ukur baju dibadan sendiri. Kalau baru nak mula pelaburan saham dengan modal hanya RM3k, elakkan syarikat-syarikat besar ini. Maksud syarikat besar pada saya mudah sahaja, ianya berharga RM1 dan ke atas untuk harga seunit. Kalau harganya RM1 ke atas, cuba elakkan, tetapi kalau anda mempunyai modal yang lebih besar seperti RM10k, tiada masalah untuk mencuba syarikat ini kerana ianya lebih berbaloi. Apapun terpulang kepada anda kerana ini merupakan pendapat peribadi dari saya sendiri.
#2 Melabur Dalam Saham Penny Stock
Ini cara yang kedua yang saya sendiri gunakan iaitu melabur dalam saham yang bernilai rendah seperti RM0.7 ke bawah. Sebarang kenaikan dengan kaunter seperti ini, akan mendapat pulangan yang tinggi dan lebih berbaloi, dan begitulah sebaliknya. Kalau yang baru mula, cuba belajar cara-cara untuk melabur saham-saham seperti ini, ianya adalah antara pilihan pelabur yang baru dan digalakkan untuk anda mencuba sendiri. Cara untuk melabur saham seperti ini adalah melalui teknikal analisis.
#3 Melabur Dalam Ilmu
Jangan kedekut untuk melabur dalam ilmu. Sekarang ini sudah banyak page saham dan info pelaburan saham yang ada untuk anda gunakan. Apapun, ilmu yang bagus itu tidak datang dengan percuma. Cuba pergi ke kelas-kelas saham dan begi mereka yang beru bermula tu, saya sangat galakkan untuk anda mendapatkan tips dan panduan daripada ebook SistemSaham ini. Ianya adalah antara pilihan ebook yang baik dalam bahasa Melayu kepada mereka yang serious untuk membuat pelaburan saham. Yang penting adalah, anda sukses dengan apa yang anda lakukan.
#4 Mula Dapatkan Pendedahan Teknikal Analisis
Sama ada teknikal analisis ataupun fundemantal analisis, anda pilih yang mana yang berseusian dengan anda. Dari situ, barulah anda boleh mula serious melabur dalam pelaburan saham. Untuk yang nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan teknikal analisis, boleh dapatkan panduan percuma dari kami di SINI. Ianya adalah berkenaan dengan signal-signal penting dalam pelaburan saham.
#5 Belajar Tentang Warrant
Cuba ambil masa belajar mengenai warrant. Nak tahu apa tu, boleh tengok artikel ini. Warrant ini adalah umpama anak yang mengikut pergerakan emak. Kalau emak naik, anak pun akan naik sekali. Boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan hal ini kalau memang anda serious membuat pelaburan dalam saham.
Yang penting adalah, anda cuba bersungguh-sungguh untuk sukses dalam pelaburan yang anda ceburi. Cuba sehabis baik untuk sukses dalam stock market ini, kalau ada yang boleh sukses, kenapa anda tidak.
The post Cara Bermain Saham Dengan Modal Kecil appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2fscIpn
No comments:
Post a Comment