Kalau anda sampai ke artikel ini, tentu anda nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengan cara beli rumah pertama dan kos-kos yang berkaitan dengan penjualan rumah tersebut. Yang penting adalah, kalau anda tahu caranya, lagi mudah untuk anda merancang berapa anggaran modal yang anda perlu keluarkan untuk mendapatkan rumah pertama anda. Sama ada untuk tujuan anda duduk sendiri ataupun untuk tujuan pelaburan.
Nak beli rumah sebenarnya tidaklah susah, tetapi bagi yang nak beli untuk kali pertama, memang kena berhati-hati dan kalau boleh dapatkan khidmat agen bertauliah bagi membantu anda untuk mendapatkan deal-deal menarik rumah yang mampu untuk anda beli. Biarlah mahal sikit, asalkan anda tidak pening kepada dengan segala urusan yang berkaitan dengan penjualan dan pembelian rumah.
Ikut Langkah Ini
Kalau anda nak memberli rumah, saya sarankan untuk anda ikuti langkah ini. Daripada situ, anda dapat tahu adakah ianya berbaloi ataupun sebaliknya. Ini adalah antara syarat penting untuk membeli rumah buat kali yang pertama.
#1 Kena Tahu Bajet Yang Anda Boleh
Kalau nak beli rumah tu, pertama sekali kena tahu berapa bajet yang anda boleh keluarkan untuk rumah yang anda ingin beli tersebut. Misalkata kalau anda hanya mampu membayar RM1000 sebulan, beli berdasarkan kepada bajet tersebut. Ada banyak pilihan rumah yang dalam linkungan ini diluar sana. Dah tahu, lagi mudah untuk anda memilih bajet yang anda ada. Nasihat saya, download app seperti mortgage calculator di telefon anda untuk memudahkan anda membuat pengiraan kelayakan pinjaman anda.
#2 Kena Tahu Kos Berkaitan
Untuk pengetahuan anda, kalau nak beli rumah ini, memang kena tahu kos-kos berkaitan dengan penjualan dan pembelian rumah tersebut. Ianya tidak hanya setakat downpayment 10%, ada banyak lagi kos lain yang anda perlu ambil kira dalam pembelian rumah anda. Lawyer Fee seperti SPA, Legal Agreement, Valuation Fee, Takaful MRTT, Agent Fee dan lain-lain lagi. Dari situ baru tahu berapa banyak wang yang anda perlu keluarkan untuk pembelian sebuah rumah.
Untuk memudahkan anda, saya sarankan untuk anda dapatkan file excel percuma kos berkaitan pembelian rumah. Anda hanya memasukkan harga rumah yang anda inginkan dan file itu akan berikan jumlah dalam anggaran berapa yang anda kena keluarkan. Ianya hanya anggaran dan untuk maklumat yang lebih detail, kena tanya kepada agen masing-masing. Boleh dapatkan file tersebut di SINI dan ianya akan serba sedikit membantu anda.
#3 Cantikkan CCRIS Anda
CCRIS ini adalah rekod anda dengan bank, sama ada anda seorang pembayar hutang yang cantik ataupun sebaliknya. Nasihat saya, sebelum membeli rumah, cuba bayar semua loan yang anda pinjam seawal mungkin. Ianya akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman pada kemudian hari.
#4 Cari Rumah Yang Anda Mahukan
Memang rumah ini semakin lama semakin naik harga. Jadi, mahu ataupun tidak kena cari rumah yang anda mahukan pada kadar segera. Mana nak dapatkan info, boleh rujuk laman web seperti mudah.my ataupun propertyguru untuk maklumat berkenaan dengan rumah yang anda mahukan. Dari situ, anda dapat lihat rumah mana yang bersesuaian dengan bajet yang anda ada.
Apapun, ini adalah beberapa tips ringkas berkenaan dengan cara penjualan dan beli rumah anda. Dapatkan ilmu yang cukup berkenaan dengan penjualan rumah ini dan kami sarankan untuk anda mendapatkan info daripada ebook ini. Ianya memang membantu anda untuk membeli rumah yang anda idamkan.
The post Cara Beli Rumah Pertama – Tips No 2 Wajib Ada appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2xWCjxB
No comments:
Post a Comment