Wednesday 8 June 2016

4 Tips Cara Main Saham Untung Besar

Mungkin anda tercari-cari cara main saham untuk buat anda untung besar dalam pelaburan saham. Artikel kali ini, saya nak berikan tips untuk anda membuat keuntungan dengan pelaburan saham agar pelaburan anda terus mengganda dan menjana pendapatan. Dengan teknik dan cara bermain saham yang betul sahaja yang membolehkan anda menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan. Belajar dan terus belajar adalah penting untuk anda berjaya dalam setiap pelaburan yang anda ingin lakukan, termasuklah pelaburan saham.

pelaburan saham

Cara Main Saham Tanpa Modal

Betul ke tanpa modal? Jawapannya anda masih perlukan modal permulaan kalau anda ingin berjaya dalam pelaburan saham terutama pelaburan saham BSKL Malaysia. Anda masih perlukan modal permulaan untuk melabur dalam saham, juga modal permulaan untuk belajar asas saham yang betul. Saya memang tekankan untuk anda dapatkan ilmu berkenaan dengan saham untuk berjaya. Modal saham penting terutama dari segi ilmu untuk terus sukses dengan pelaburan yang anda lakukan pada masa akan datang.

Tips Untung dalam Pelaburan Saham

#1 Buka Akaun Saham yang mudah untuk anda lakukan analisa

Tidak lain, kalau anda belum ada akaun pelaburan saham ataupun CDS, saya cadangkan untuk anda buat satu. Ini menunjukkan adakah anda betul-betul serious dalam pelaburan saham. Saya ada tulis berkenaan dengan pembukaan akaun pelaburan saham secara detail di Akaun CDS Maybank2u. Ianya adalah detail artikel berkenaan dengan cara main saham online Maybank yang pastinya akan membantu anda sedikit sebanyak untuk sukses dalam pelaburan saham yang anda lakukan.

#2 Belajar Asas Pelaburan Saham

Banyak tempat untuk anda belajar asas pelaburan saham. Pun begitu, banyak panduan untuk cara main saham di internet yang anda boleh jadikan rujukan dan ikutan. Seminar-seminar saham juga ada banyak yang anda boleh pergi untuk mendalami ilmu pelaburan saham. Untuk belajar saham asas, saya rekemen panduan ebook SistemSaham.com ini sebagai salah satu panduan saham yang bagus terutama untuk berjaya dalam saham. Ada beberapa perkara baru yang saya belajar dalam panduan tersebut terutama strategi pelaburan ikut arah indeks dan pergerakan jerung-jerung dalam saham.

Jerung dirujuk dalam ebook tersebut adalah syarikat-syarikat besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain lagi. Ebook sistemsaham ini ada berikan tips untuk kenalpasti pergerakan jerung dan cara untuk masuk sekali bersama jerung-jerung ini. Kalau nak lebih lanjut, saya memang sarankan ebook tersebut sebagai panduan anda untuk belajar strategi pelaburan saham.

#3 Strategi Pelaburan ikut arah Indeks KLCI

Ini pun ada di ajar dalam ebook yang saya rekemen tadi. Strategi pelaburan ikut arah pergerakan indeks. Saya pun ada menulis berkenaan dengan strategi tersebut di artikel saham bskl ini. Memang saya rekemen anda baca artikel tersebut dan apply untuk pelaburan anda.

#4 Melabur dengan konfiden

Tiada guna kalau hanya berteori tetapi tiada aplikasi. Ya, anda kena aplikasi segala ilmu yang anda belajar untuk berjaya dalam pelaburan saham. Analisa teknikal, analisa fundemantal, candlestick signal dan lain-lain untuk berjaya dalam pelaburan saham. Kombinasi ini yang pastinya akan jadikan anda seorang pelabur unik yang akan buat anda berjaya dalam pelaburan anda.

Kita tengok apa kata pakar berkenaan dengan pelaburan Saham Malaysia dan mindset cara main saham yang betul.

Bonus dari smartinvest101

Sebagai bonus, saya nak berikan secara percuma candlestick signal dan signal-signal penting dalam pelaburan saham. Anda boleh download secara percuma di SINI.

Harap artikel ini akan membantu dari segi strategi anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Memang pelaburan saham adalah satu strategi yang unik yang anda boleh rancang, sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek.

The post 4 Tips Cara Main Saham Untung Besar appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1rd8LIe

No comments:

Post a Comment