Kali ini saya nak kongsi berkenaan dengantips belajar saham PDF daripada salah satu buku saham yang popular di Malaysia iaitu ebook sistemsaham.com. Ebook sistemsaham merupakan antara ebook yang bagus untuk panduan pelabur newbie ataupun pelabur yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan saham. Ada banyak tips dan panduan daripada ebook tersebut untuk anda pelabur-pelabur saham agar tidak rugi dengan pelaburan saham.
Panduan Saham PDF yang berbaloi dan memang untuk dimiliki pelabur di Malaysia
Panduan saham ini adalah panduan yang pada saya merupakan panduan yang berbaloi untuk anda miliki agar analisa pelaburan anda menjadi semakin mantap dan berkesan. Ada banyak tips yang beliau kongsikan dalam panduan tersebut terutama cara untuk membuat untung dalam pelaburan saham. Salah satu perkongsian beliau adalah berkenaan dengan strategi pelaburan saham ikut arah indeks. Strategi ini memang saya amalkan sehingga kini dan menjadi strategi utama saya sebelum membuat pelaburan saham. Saya ada tulis berkenaan dengan strategi tersebut di sini.
Strategi Saham Ikut Jerung
Pertama kali mendengar berkenaan dengan Jerung. Jerung dalam bursa Malaysia adalah merujuk kepada syarikat yang bermodal besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PND), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan lain-lain. Syarikat ini adalah antara syarikat besar dalam bursa Malaysia yang aktif melabur dalam bursa Malaysia. Ada beberapa kriteria syarikat ‘jerung’ ini tunjukkan apabila mula memasuki kaunter saham yang mereka berminat. Kalau anda amalkan tanda-tanda syarikat besar memasuki kaunter saham ini, kebarangkalian untuk anda membuat untung dalam pelaburan saham adalah tinggi.
Anda masuk ke dalam kaunter seperti ini dan apabila sampai signal jual, terus jual. Macam mana tu? Saya tak dapat nak terang lebih lanjut, saya cadangkan anda dapatkan panduan sistemsaham.com ini. Memang menarik.
Ebook Saham PDF SistemSaham, Asas Saham teknikal analisis
Anda juga dapat mempelajari teknikal analisis saham dengan ebook ini. Ada beberapa teknik dan signal penting dalam ebook ini yang anda perlu tahu. Ianya adalah corak-corak penting dalam teknikal analisis untuk menentukan arah pelaburan anda sama ada perlu jual atau tunggu. Ianya adalah antara cara belajar saham PDF teknikal analisis yang bagus dan patut ada untuk pelabur di Malaysia.
Bonus ebook Saham Percuma candlestick signal
Saya nak berikan kepada anda ebook saham percuma sebagai bonus anda membaca artikel ini. Boleh dapatkan bonus tersebut di SINI. Ianya adalah reversal signal yang ditunjukkan oleh candlestick yang membolehkan anda untuk membuat penilaian pelaburan yang lebih berkesan.
Harap artikel ini membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Nasihat saya, jangan berhenti belajar saham, terus belajar dan belajar panduan saham untuk anda berjaya dalam pelaburan saham.
The post 4 Tips Belajar saham PDF sistemsaham dengan betul appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1rdbn8Z
No comments:
Post a Comment