Sebenarnya ada ke Pelaburan hartanah tanpa modal ini? Dan jawapan bagi pertanyaan ini sebenarnya memang ada. Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal ini memang sudah lama dipraktikkan oleh ramai pelabur untuk menjimatkan kos dan membeli hatanah lain yang ada di kawasan sekitar. Teknik ini juga diberi nama, teknik no money down. Kalau anda ingin menjadi seorang pelabur hartanah, anda memang perlu untuk menguasai teknik ini untuk berjaya dalam pelaburan yang anda sedang lakukan.
Tips Untuk Mendapatkan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal
Untuk mendapatkan dan menjadikan pelaburan hartanah anda adalah tanpa modal, perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah anda perlu mencar rumah yang berada di bawah harga market value. Paling kurang 15% daripada harga pasaran Untuk menjadikan pelaburan anda betul-betul tanpa modal. Ada banyak cara untuk dapatkan harga rumah di bawah pasaran, saya berikan beberapa tips mudah;
1) Tips pertama untuk dapatkan rumah bawah harga pasaran adalah dengan cari desperate seller atau penjual yang terdesak. Penjual yang terdesak ini selalunya akan menjual dengan harga terdesak dan biasanya di bawah pasaran.
2) Fokus pada 2 atau 3 kawasan yang anda sudah kenal, pantau kawasan tersebut, harga jualan, agen terlibat kerana kalau ikutkan pengalaman saya, pasti akan ada penjual yang ingin menjual rumah di bawah harga pasaran. Apabila sudah jumpa, inilah masanya untuk anda beli dengan harga di bawah harga pasaran. Tips untuk mendapatkan rumah di bawah harga pasaran ini boleh didapati di SINI. Banyak tips bermanfaat yang anda boleh gunakan untuk pelaburan anda.
Apa lagi yang anda perlukan untuk beli rumah subsale tanpa modal?
Teknik seterusnya yang bakal saya ceritakan ini adalah salah satu rahsia pelaburan hartanah yang unik. Kalau anda sudah dapat harga dibawah pasaran yang anda mahukan, langkah ke dua adalah anda mintak agen yang anda sedang berurusan untuk mark-up S&P. Apa tu? Secara mudahnya proses mark up S&P ini adalah seperti berikut;
Harga pasaran = RM100,000
Harga ingin dijual = RM85,000 (15% diskaun daripada harga pasaran)
Loan anda adalah berdasarkan kepada harga pasaran, bukan harga yang ingin dijual. Jadi, anda perlu apply loan untuk nilai RM100,000 harga pasaran. Bank akan assume anda sudah membayar deposit 10%, jadi bank akan berikan RM90,000 kepada lawyer.
Disebabkan harga yang ingin dijual adalah RM85,000 dan bank sudah berikan kepada lawyer sebanyak RM90,000, maka, anda ada lebihan Rm90,000 – Rm85,000 = Rm5000. Lagi banyk diskaun daripada harga pasaran yang anda dapat, lagi banyak modal yang tidak perlu anda bayar.
Perkara Penting untuk mendapatkan deal pelaburan hartanah tanpa modal
Apa perkara penting tersebut? Pertama adalah harga rumah di bawah nilai pasaran. Sekurang-kurangnya 15% diskaun daripada harga pasaran. Kedua adalah ada kena cari lawyer yang dah biasa mark up S&P. Tidak banyak lawyer yang boleh buat dan biasa buat kes mark up S&P ini. Kalau anda cari lawyer yang tak biasa buat, ianya tidak lain hanya akan melambatkan kerja anda.
Apapun boleh layan video di bawah ini dahulu berkenaan dengan pelaburan hartanah dan tips berkaitan.
Betul ke tanpa modal?
Sebenarnya, anda masih perlu untuk memberikan modal permulaan seperti bayaran booking kepada agen, kadangkala anda masih perlu dahulukan deposit dan lain-lain. Ya, anda perlu ada modal permulaan, apapun, semua modal ini akan anda dapat semula selepas transaksi selesai. Sebab tu memang anda kena cari deal hartanah yang baik untuk pelaburan. Apapun saya rekemen Panduan INI untuk mereka yang baru berkecimpung ataupun yang sudah lama berada dalam dunia hartanah. Teknik pelaburan tanpa modal juga ada ditulis di situ. Apapun semoga berjaya.
The post 2 Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/24K77v9
No comments:
Post a Comment