Sunday 19 June 2016

3 Rahsia Jutawan saham BSKL & Strategi Untung

Ramai yang nak tahu rahsia jutawan saham BSKL dan ingin menjadi salah seorang daripada jutawan saham ini. Saham merupakan satu instrumen pelaburan yang bagus dan memang terbukti menjana pelaburan yang konsisten setiap bulan. Ramai yang menjadi kaya dengan pelaburan saham yang mereka lakukan dan ramai juga yang hilang duit dengan pelaburan saham yang mereka lakukan. Apa yang penting dalam pelaburan saham adalah strategi yang anda gunakan untuk terus membuat untung. Tanpa ada strategi yang betul, memang tidak mustahil yang pelaburan yang anda sedang lakukan akan terus mencatakan kerugian dari hari ke hari.

pelaburan saham

Teknik Jutawan Saham yang anda perlu untuk berjaya

Apa teknik yang perlu anda ada untuk menguasai teknik jutawan saham? Saya anggap anda sudah mempunyai akaun CDS saham, kalau tidak boleh baca artikel ini untuk cara buka akaun saham.

#1 Ketahui stail pelaburan anda

Apa yang saya nak beritahu pada kali ini juga banyak dibincangkan dalam buku jutawan saham yang lain atau buku-buku pelaburan saham yang lain. Ianya tidak lain adalah stail pelaburan anda. Stail pelaburan ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu teknikal analisis saham, fundemantal analisis saham dan gabungan antara dua-dua stail tersebut iaitu teknikal analisis dan fundemantal analisis.

Bagi saya, gabungan antara teknikal dan fundemantal adalah yang terbaik. Saya bagi contoh, anda boleh gunakan asas fundemantal dalam pelaburan saham untuk menilai kedudukan kewangan syarikat. Anda boleh menilai dari segi aset, liabiliti dan hutang mereka dengan asas fundemantal. Caranya adalah anda baca laporan kewangan mereka sama ada di laman bursa atau laman web mereka. Dari situ anda sudah dapat agak kekuatan dan kelemahan kedudukan kewangan mereka. Penting juga kena tahu candlestick signal dalam pelaburan saham untuk memudahkan anda mendapat maklumat yang tepat apabila beli dan jual.

Dah nampak syarikat mana yang berpotensi, tiada banyak hutang, mempunyai kedudukan aset dan kewangan yang kukuh? Kalau dah jumpa, gunakan teknikal analisis untuk tentukan timing untuk beli saham tersebut. Timing yang diperlukan adalah signal-signal penting dalam pelaburan saham seperti signal beli dan signal jual. Untuk asas teknikal analisis, saya rekemen anda untuk dapatkan PANDUAN PELABURAN SAHAM INI. Ianya adalah antara panduan yang baik untuk mereka yang baru nak memulakan langkah dalam pelaburan saham.

Apapun, boleh layan video ini dulu berkenaan dengan perbezaan teknikal analisi dan fundemantal analisis sebelum anda boleh bergelar sebagai jutawan saham di BSKL;

#2 Beli Sesuatu saham berdasarakan pergerakan indeks

Apa itu indeks KLCI? Menurut wikipedia, indeks KLCI adalah;

The FTSE Bursa Malaysia KLCI, also known as the FBM KLCI, is a capitalisation-weighted stock market index, composed of the 30 largest companies on the Bursa Malaysia by market capitalisation that meet the eligibility requirements of the FTSE Bursa Malaysia Index Ground Rules. The index is jointly operated by FTSE and Bursa Malaysia.

Ianya merupakan average atau penanda aras pergerakan saham di Malaysia. Mungkin ramai pelabur tidak tahu yang pelabur profesional menggunakan indeks untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pasaran di Malaysia. Ianya sangat penting, jadi untuk anda yang ingin buat duit dengan saham, walaupun anda berpegang pada fundemantal analisis, wajib untuk lihat pergerakan indeks jika anda serious ingin mengaut keuntungan dalam pelaburan saham.

Bukan sahaja pelabur profesional, syarikat-syarikat besar seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji dan pelabur dari luar negara juga melihat pergerakan indeks sebagai satu hala tuju untuk membeli saham yang mereka mahukan. Jika indeks menaik, maka lebih mudah untuk membuat duit dengan pelaburan saham. Jika indeks menurun, agak sukar sikit untuk membuat duit dengan pelaburan saham. Jadi pergerakan indeks ini sangat penting, kalau indeks sedang menaik, anda boleh melabur dengan agresif pada waktu tersebut, ianya memang satu strategi yang saya selalu praktikkan dalam pelaburan saham saya.

#3 Ikut Jerung

Apa itu jerung dalam pelaburan saham? Jerung yang saya maksudkan dalam pelaburan saham ini adalah syarikat-syarikat besar seperti unit trust, KWSP, KWAP, PNB, Tabung Haji yang merupakan nama-nama besar dalam saham malaysia BSKL. Syarikat ini mempunyai beberapa kriteria yang anda boleh kenalpasti apabila mereka mulai memasuki sesuatu kounter saham. Antara tanda-tanda awal yang anda boleh lihat apabila syarikat Jerung seperti ini sudah memasuki sesuatu kaunter adalah apabila jumlah volume naik mendadak dan konsisten selama beberapa hari. Kalau anda dapat lihat tanda-tanda ini di mana-mana saham yang berada dalam watchlist anda, memang inilah peluang yang ditunggu-tunggu.

Sejujurnya, strategi ikut jerung dan ikut indeks ini saya dapat apabila membaca ebook Sistemsaham ini. Dalam ebook tersebut, penulis berkata, apabila ‘jerung; sudah memasuki sesuatu kaunter, mereka perlukan masa untuk terus berada di dalam kaunter tersebut dan tidak boleh masuk dan keluar semudah pelabur runcit. Inilah sebab jika anda melihat peningkatan volume dan beberapa kriteria lain yang disebut dalam ebook tersebut, ianya akan membuatkan anda mendapat keuntungan yang bagus melalui pelaburan saham.

Konsisten dalam pelaburan saham

Apa yang penting adalah konsisten dalam pelaburan saham. Memang akan ada naik dan turun dalam pelaburan saham, itu biasa. Yang penting adalah semangat untuk terus belajar dan belajar dan berjaya dalam pelaburan saham. Jangan sombong, kerana banyak lagi yang anda perlu tahu mengenai pelaburan saham ini.

Sebagai bonus, saya rekemen anda dapatkan signal penting dalam candlestick yang diharapkan mampu membantu dalam teknikal analisis pelaburan saham anda. Dapatkan di SINI.

The post 3 Rahsia Jutawan saham BSKL & Strategi Untung appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/266kLhY

Friday 17 June 2016

4 Cara Bagaimana Jadi Jutawan Hartanah

Nak jadi jutawan hartanah? Sebenarnya ramai yang sudah mula berjinak-jinak untuk membuat pelaburan dalam hartanah. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula dan ingin mendapatkan info berkenaan dengan pelaburan hartanah. Ramai jutawan pelaburan hartanah muda yang saya kenal juga bermula dari bawah, dari tiada apa-apa kepada mereka yang mempunyai portfolio berjuta-juta ringgit. Semuanya bermula daripada satu pelaburan kecil yang mereka buat dan kemudian pelaburan-pelaburan yang seterusnya. Tidak mustahil jika anda juga mampu untuk melakukan perkara yang sama.

pelaburan hartanah

Langkah untuk jadi jutawan hartanah tanpa modal

Untuk menjadi jutawan hartanah tanpa modal, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk melakukan dan mencari deal-deal pelaburan hartanah yang tanpa modal. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

Note : Baca pendedahan saya 5 teknik pelaburan hartanah buat untung

#1 Lengkapkan diri anda dengan ilmu pelaburan hartanah

Kalau anda ingin menjadi jutawan seperti jutawan hartanah melayu yang lain, perkara pertama yang anda kena lakukan adalah lengkapkan diri anda dengan pengetahuan tentang pelaburan hartanah. Ilmu adalah perkara yang sangat penting, dengan ilmu dan teknik yang betul insyaAllah akan ada banyak deal-deal menarik untuk pelaburan hartanah yang boleh anda dapatkan.

Kat mana nak dapatkan ilmu pelaburan hartanah ini?

Banyak info yang anda boleh dapatkan di internet, tetapi semua ini memakan masa kerana maklumat yang tidak tersusun yang ada di blog-blog di internet. Saya rekeman anda dapatkan Panduan Pelaburan Hartanah ini kerana ianya adalah antara teknik pelaburan hartanah terbaik lengkap dengan temubual bersama otai-otai hartanah. Anda akan mendapat pengalaman daripada otai-otai rumah lelong, rumah sublet, rumah subsale, komersial dan lain-lain lagi. Jadi memang berbaloi.

#2 Aplikasikan apa yang anda belajar daripada pelaburan hartanah tersebut

Tidak ada gunanya kalau apa yang anda belajar tetapi tiada aplikasi daripada apa yang anda belajar. Bagi saya ebook di atas sudah memadai untuk bermula dengan pelaburan hartanah. Beli saja jangan ragu. Apa yang penting adalah pelaburan hartanah yang anda beli memberikan positiv cashflow setiap bulan. Maksudnya, anda tetap dapat pulangan setiap bulan daripada pelaburan yang anda lakukan. Misalkata bayaran installment bank sebanyak RM500, sewa RM700, maka anda dapat tambahan RM200 setiap bulan. Ianya memang satu pelaburan yang berbaloi.

#3 Mulakan pelaburan anda dengan ‘small deal’

Maksud small deal di sini adalah pelaburan yang kecil. Tidak digalakkan untuk bermula dengan rumah yang berharga RM600k, tetapi anda boleh bermula dengan pelaburan hartanah untuk rumah yang berada di bawah RM200k. Banyak rumah dan apartment yang anda boleh dapatkan dengan harga itu, dan kemudian apa yang anda boleh buat adalah menyewakan semula apartment tersebut dengan harga yang lebih tinggi daripada harga installment bank.

Lakukan pelaburan seperti ini untuk beberapa biji rumah dan sehingga anda mencapai amount yang anda inginkan setiap bulan. Small deal sebegini adalah sangat penting untuk membina keyakinan kepada anda untuk melakukan lebih lagi dalam pelaburan hartanah. Bila sudah biasa dengan small deal ini, bolehlah pergi ke fasa seterusnya di mana anda boleh memulakan pelaburan hartanah anda dan mendapatkan big deal yang ada di sekitar anda. Anda boleh membeli studio unit, komersial dan lain-lain lagi.

Jangan Berlengah, take action now

Kalau anda serious untuk menjadi pelabur hartanah, be serious, take action now. Kalau tak tahu macam mana nak mula tu, panduan INI memang boleh bantu anda untuk dapatkan info dan ilmu berkenaan dengan pelaburan hartanah. Kalau tidak, banyak lagi info lain yang ada yang anda boleh dapatkan di blog-blog dan forum-forum untuk ilmu pelaburan hartanah anda. Tetapi saya tak galakkan untuk anda membaca forum kerana anda akan mendapat terlalu banyak informasi melainkan anda boleh filter semua informasi tersebut.

Semoga berjaya menjadi seorang jutawan pelaburan hartanah.

The post 4 Cara Bagaimana Jadi Jutawan Hartanah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1WSjea2

Top 3 Senarai Seminar Hartanah Terbaik

Pada kali ini, saya nak berikan top 3 seminar hartanah terbaik yang anda boleh pergi untuk kembangkan pengetahuan anda mengenai pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah merupakan satu jenis pelaburan yang menguntungkan dan sentiasa menjadi pilihan ramai. Jadi tidak hairanlah kalau seminar hartanah yang anda ingin pergi bakal menentukan bagaimana strategi pelaburan hartanah anda.

pelaburan hartanah

Mitos seminar hartanah percuma

Ada ke seminar hartanah percuma? Ilmu pelaburan yang baik tidak datang dengan percuma. “good advise is not cheap” kalau anda ingin mencari seminar hartanah percuma, mungkin ada tapi dari segi kualiti seminar mungkin tidak memuaskan. Tetapi teruskan membaca kerana saya akan rekemen seminar hartanah yang bagus untuk anda pergi.

Note : Nak cari seminar hartanah percuma? saya rekemen artikel saya mengenai pelaburan hartanah tanpa modal ini.

Sekarang ini banyak pihak yang menganjurkan seminar hartanah. Banyak pilihan seminar hartanah yang anda boleh pergi berdasarkan kepada apa yang anda mahu. Ada seminar hartanah lelong, seminar sublet, seminar homestay dan ada juga seminar hartanah komersial. Semua anda boleh pergi dan dapatkan maklumat. Bagi saya, apa yang penting dengan seminar-seminar ini adalah berapa banyak ilmu dan manfaat yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian. Itu yang lebih utama untuk mendapatkan ilmu pelaburan hartanah ini.

Seminar hartanah terkemuka Malaysia

Kalau anda mencari seminar hartanah terkemuka di Malaysia, saya cadangkan seminar hartanah Faizul Ridzwan adalah seminar yang saya rekemen untuk anda pergi. Seminar ini bukan mengenai seminar hartanah lelong atau seminar pelaburan komersial, tetapi lebih kepada seminar sub sale hartanah. Boleh ikuti facebook beliau di sini.

Boleh tengok perkongsian video beliau di bawah

Alternatif kepada seminar hartanah

Tak semua orang mampu untuk pergi ke seminar hartanah terbaik kerana kadangkala ianya menelan belanja yang agak mahal. Juga mungkin anda mempunya kekangan masa untuk menghadiri seminar hartanah ini. Jadi, kala anda betul-betul ingim belajar mengenai pelaburan hartanah, dan menjana pendapatan dengan pelaburan hartanah, saya cadangkan untuk anda dapatkan panduan dan temubual INI untuk berjaya dalam pelaburan hartanah.

Ianya mempamerkan temubual bersama otai-otai dan jutawan hartanah tentang strategi yang mereka gunakan untuk berjaya dalam pelaburan yang mereka ceburi. Banyak info baru yang saya perolehi dengan bacaan daripada panduan tersebut. Bagi saya yang paling menarik dalam panduan ini adalah sesi temubual bersama mereka yang telah berjaya dalam pelaburan hartanah. Ianya sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan dalam dunia pelaburan hartanah.

Panduan ini sesuai untuk mereka yang baru bermula dan untuk mereka yang sudah mempunyai rumah pelaburan mereka, saya pun rekemen sebab banyak benda baru yang saya belajar daripada pengalamam otai-otai ini. Kalau anda serious untuk berjaya, saya rekemen panduan ini.

Kalau dah dapatkan panduan ini barulah saya rekemen untuk anda pergi ke seminar hartanah. Paling kurang anda sudah mempunyai pengetahuan tentang pelaburan yang anda lakukan sebelum pergi ke seminar advance ini. Kalau tidak pun, pastikan yang anda mempunyai pengetahuan yang asas ketika pergi ke seminar hartanah ini. Ianya sedikit sebanyak akan membantu anda di dalam sesi tersebut kerana anda memang mempunyai sedikit ilmu tentang pelaburan hartanah.

hartanah komersial

Apapun, banyak lagi sebenarnya seminar hartanah yang bagus-bagus tetapi pastinya ianya menelan belanja yang agak besar. Panduan ini boleh dikatakan antara langkah awal untuk berjaya dalam pelaburan hartanah.

Banyak lagi nilai lain yang anda bakal dapat kerana panduan ini menjanjikan kelainan kepada mereka yang serious ingin menjadi pelabur hartanah. Jadi jangan sia-siakan peluang ini.

Teruskan berusaha dan jangan menyerah.

The post Top 3 Senarai Seminar Hartanah Terbaik appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/24WPckZ

Sunday 12 June 2016

2 Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Sebenarnya ada ke Pelaburan hartanah tanpa modal ini? Dan jawapan bagi pertanyaan ini sebenarnya memang ada. Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal ini memang sudah lama dipraktikkan oleh ramai pelabur untuk menjimatkan kos dan membeli hatanah lain yang ada di kawasan sekitar. Teknik ini juga diberi nama, teknik no money down. Kalau anda ingin menjadi seorang pelabur hartanah, anda memang perlu untuk menguasai teknik ini untuk berjaya dalam pelaburan yang anda sedang lakukan.

pelaburan hartanah

Tips Untuk Mendapatkan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

Untuk mendapatkan dan menjadikan pelaburan hartanah anda adalah tanpa modal, perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan hasrat tersebut adalah anda perlu mencar rumah yang berada di bawah harga market value. Paling kurang 15% daripada harga pasaran Untuk menjadikan pelaburan anda betul-betul tanpa modal. Ada banyak cara untuk dapatkan harga rumah di bawah pasaran, saya berikan beberapa tips mudah;

1) Tips pertama untuk dapatkan rumah bawah harga pasaran adalah dengan cari desperate seller atau penjual yang terdesak. Penjual yang terdesak ini selalunya akan menjual dengan harga terdesak dan biasanya di bawah pasaran.

2) Fokus pada 2 atau 3 kawasan yang anda sudah kenal, pantau kawasan tersebut, harga jualan, agen terlibat kerana kalau ikutkan pengalaman saya, pasti akan ada penjual yang ingin menjual rumah di bawah harga pasaran. Apabila sudah jumpa, inilah masanya untuk anda beli dengan harga di bawah harga pasaran. Tips untuk mendapatkan rumah di bawah harga pasaran ini boleh didapati di SINI. Banyak tips bermanfaat yang anda boleh gunakan untuk pelaburan anda.

Apa lagi yang anda perlukan untuk beli rumah subsale tanpa modal?

Teknik seterusnya yang bakal saya ceritakan ini adalah salah satu rahsia pelaburan hartanah yang unik. Kalau anda sudah dapat harga dibawah pasaran yang anda mahukan, langkah ke dua adalah anda mintak agen yang anda sedang berurusan untuk mark-up S&P. Apa tu? Secara mudahnya proses mark up S&P ini adalah seperti berikut;

Harga pasaran = RM100,000
Harga ingin dijual = RM85,000 (15% diskaun daripada harga pasaran)

hartanah komersial

Loan anda adalah berdasarkan kepada harga pasaran, bukan harga yang ingin dijual. Jadi, anda perlu apply loan untuk nilai RM100,000 harga pasaran. Bank akan assume anda sudah membayar deposit 10%, jadi bank akan berikan RM90,000 kepada lawyer.

Disebabkan harga yang ingin dijual adalah RM85,000 dan bank sudah berikan kepada lawyer sebanyak RM90,000, maka, anda ada lebihan Rm90,000 – Rm85,000 = Rm5000. Lagi banyk diskaun daripada harga pasaran yang anda dapat, lagi banyak modal yang tidak perlu anda bayar.

Perkara Penting untuk mendapatkan deal pelaburan hartanah tanpa modal

Apa perkara penting tersebut? Pertama adalah harga rumah di bawah nilai pasaran. Sekurang-kurangnya 15% diskaun daripada harga pasaran. Kedua adalah ada kena cari lawyer yang dah biasa mark up S&P. Tidak banyak lawyer yang boleh buat dan biasa buat kes mark up S&P ini. Kalau anda cari lawyer yang tak biasa buat, ianya tidak lain hanya akan melambatkan kerja anda.

Apapun boleh layan video di bawah ini dahulu berkenaan dengan pelaburan hartanah dan tips berkaitan.

Betul ke tanpa modal?

Sebenarnya, anda masih perlu untuk memberikan modal permulaan seperti bayaran booking kepada agen, kadangkala anda masih perlu dahulukan deposit dan lain-lain. Ya, anda perlu ada modal permulaan, apapun, semua modal ini akan anda dapat semula selepas transaksi selesai. Sebab tu memang anda kena cari deal hartanah yang baik untuk pelaburan. Apapun saya rekemen Panduan INI untuk mereka yang baru berkecimpung ataupun yang sudah lama berada dalam dunia hartanah. Teknik pelaburan tanpa modal juga ada ditulis di situ. Apapun semoga berjaya.

The post 2 Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/24K77v9

Review Top 3 Seminar Saham Anda Boleh Pergi

Ramai yang ingin ke seminar saham untuk belajar saham Malaysia untuk mengaut keuntungan dengan saham. Saham Malaysia menjanjikan pelbagai peluang kepada semua orang untuk membuat untung dengan pelaburan saham. Yang penting, mindset seorang pelabur kena jelas, jangan berhenti belajar dan sentiasa belajar daripada kesalahan. Jika anda mempunyai mindset yang betul seperti ini, insyaAllah pelaburan saham akan menjadi sesuatu yang mudah. Anda dapat belajar main saham Malaysia dengan lebih berkesan.

pelaburan saham

Menjadi Trader Saham Malaysia Berjaya, apa yang anda perlu tahu?

Artikel kali ini saya nak kongsikan tips untuk menjadi seorang trader saham berjaya. Ciri-ciri untuk berjaya dalam pelaburan saham adalah anda perlu mengenal diri anda dan pilih style anda sendiri dalam melabur saham.

Saya assume anda sudah buka akaun CDS, kalau belum, boleh baca step by step guide buka akaun CDS.

Ada teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam pelaburan saham. Teknikal analisis adalah kepada mereka yang meminati graf, trend sesebuah syarikat manakala fundemantal analisis adalah kepada mereka yang suka penyata kewangan dan kebolehan sesebuah syarikat untuk melabur, masa depan syarikat dan lain-lain. Nasihat saya, cuba belajar dua-dua teknik. Macam mana? Anda pilih syarikat berdasarkan kepada kaedah fundemantal analisis, lihat liabiliti, lihat aset syarikat, lihat industri dan lain-lain lagi. Untuk membeli saham syarikat tersebut, saya cadangkan anda gunakan teknikal analisis. Bila masa sesuai untuk membeli dan lain-lain lagi.

Macam mana nak bermula? Dan Seminar Pelaburan Saham mana yang anda patut pergi?

Untuk bermula dalam pelaburan saham, anda perlu mempunyai semangat yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah. Saya cadangkan anda dapatkan satu ebook SISTEMSAHAM.COM ini. Ianya adalah salah satu ebook yang bagus untuk pelaburan saham yang ada di Malaysia. Saya belajar mengenai strategi pelaburan indeks dan strategi ikut jerung di dalam ebook tersebut. Apa yang saya maksudkan ikut jerung? Jerung yang dimaksudkan dalam ebook tersebut adalah syarikat-syarikat besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan lain-lain. Ebook ini ada menceritakan tentang tanda-tanda jerung-jerung ini masuk ke dalam sesuatu kounter dan apa yang anda perlu buat bila jumpa kaunter saham seperti ini.

Untuk kelas saham atau seminar pelaburan saham mana yang bagus untuk anda pergi, ya, ada banyak seminar saham di Malaysia yang rata-rata setiap satu menelan belanja ribuan ringgit jika anda ingin pergi ke seminar dan teknik saham tersebut. Kalau nak seminar saham technical analisis, boleh ke Hj Asri, kalau nak berkenaan dengan Technical analisis, boleh ke kursus saham Zamsaham atau seminar anjuran Faizal Yusuf. Ada banyak lagi seminar saham yang bagus-bagus di Malaysia ini, apa yang penting adalah anda praktikkan dan amalkan apa yang di ajar. Tetapi saya tetap rekemen ebook Sistemsaham, kerana ianya pun tidak kurang bagus dan menarik.

Apa yang saya belajar dariapda ebook tersebut?

Strategi pelaburan ikut arah indeks juga di ajar. Apa itu indeks? Indeks yang saya maksudkan di sini adalah indeks KLCI. Maklumat lanjut apa itu indeks KLCI di SINI. Ianya sangat-sangat penting untuk anda tahu berkenaan dengan pergerakan indeks lagilah kalau anda ingin melabur dan belajar saham bskl. Anda akan mempunyai advantage yang besar kalau anda mempunyai pengetahuan tentang indeks terutama teknikal analisis dan yang menarik, ebook SISTEMSAHAM ada berikan tips pelaburan indeks ini. Memang terbaik.

Macam mana nak belajar saham Malaysia? Ada ke kursus saham percuma?

**Seminar pelaburan teknikal saham selalunya memakan kos beribu-ribu ringgit, jadi pastikan anda datang ke seminar yang betul.

Apapun belajar dan terus belajar, memang tidak mudah untuk mendapat keuntungan konsisten dalam pelaburan saham. Tetapi ianya tidak mustahil. Asalkan anda bukan seorang gambler, mempunyai stail pelaburan sendiri sudah memadai untuk berjaya dalam pelaburan saham.

Berkenaan dengan seminar saham percuma ataupun kursus saham percuma, biasanya tiada. Kebanyakan kursus seperti ini akan ada upsell seminar advance. Apapun, kalau anda serious, cari mentor saham dan ianya akan membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham anda. Apapun anda masih boleh mendapatkan bonus Panduan Technical Analisis Candlestick Saham di SINI PERCUMA.

Akhir kata, belajar saham Malaysia tidak susah, tetapi mestilah dengan teknik yang betul.

The post Review Top 3 Seminar Saham Anda Boleh Pergi appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/25RE0Mg

Wednesday 8 June 2016

5 Teknik Pelaburan Hartanah Untung Besar

Ramai yang mencari tips dan teknik pelaburan hartanah yang menguntungkan. Sebenarnya ada banyak tips pelaburan hartanah yang pastinya menjanjikan banyak pelaung kepada semua untuk berjaya dalam pelaburan hartanah. Pelaburan hartanah mempunyai masa depan yang cerah selagi mana ada orang yang ingin mencari tempat tinggal di sesuatu kawasan. Pertambahan penduduk yang semakin bertambah juga bilangan tanah yang semakin sikit menyebabkan pelaburan hartanah adaha satu jenis pelaburan yang digemari.

pelaburan hartanah

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang membabitkan pelaburan rumah atau tanah. Kebiasaan kalau disebut pelaburan hartanah merangkumi pelaburan dengan rumah kediaman atau rumah kedai. Keuntungan melalui sewaan atau capital appreciation iaitu beli rumah di sesuatu kawasan pada harga rendah dan jual semula rumah tersebut masa harga tinggi.

Apapun saya nak ucapkan tahniah kepada anda kerana membaca artikel ini, pastinya ada berminat atau ingin tahu berkenaan dengan pelaburan hartanah dengan lebih lanjut. Soalan seterusnya yang pasti bermain di minda anda, bagaimana nak bermula dengan pelaburan hartanah?

Bagaimana nak buat Pelaburan Hartanah?

Apapun yang anda mahu buat, pastikan ia bermula dengan ilmu yang betul berkenaan dengan pelaburan harta tanah. Jika salah melabur, kerugian yang anda akan tanggung adalah selama berpuluh-puluh tahun. Jadi, untuk mengelak kesilapan, dapatkan ilmu pelaburan hartanah yang betul untuk berjaya. Banyak seminar pelaburan hartanah yang ada sekarang ini, ataupun saya rekemen panduan pelaburan hartanah INI. Memang terbaik.

Otai-otai yang disebut dalam panduan tersebut memang membuat hartanah jenis ini. Boleh dapatkan ebook tersebut.

#1 Hartanah Lelong

Hartanah lelong adalah hartanah yang kebanyakannya boleh didapati di bawah harga pasaran. Kalau kena jenis hartanah yang betul, memang boleh buat untung besar untuk hartanah lelong sahaja. Beli pada harga murah dan sewakan. Tetapi awas, ada beberapa perkara yang anda harus periksa dan ada checklist untuk hartanah lelong ini. Antara checklist tersebut adalah;

1) Periksa bil-bil tertunggak termasuk Elektrik, Air, Cukai, Maintenence dan lain-lain.

2) Cash yang banyak (10% deposit+ yuran guaman + kerosakan). Anda boleh dapat semula duit ini dengan teknik yang betul. Saya cadangkan anda tambah ilmu pelaburan hartanah lelong. Ada pembiayaan khas untuk ini.

3) Rumah berpenghuni ataupun tidak. Jika rumah berpenghuni lebih sukar. Lebih baik cari rumah yang kosong untuk anda beli.

Nak info rumah lelong, boleh tengok video di bawah ini.

#2 Homestay

Homestay adalah salah satu jenis pelaburan hartanah yang popular masa kini. Tidak hairan kalau ada yang sudah memiliki berpuluh homestay untuk mereka laburkan. Jujurnya, saya tidak biasa dengan homestay, terutama dalam aspek perlu kemas semula selepas pengunjung pergi, perlu check in dan check out. Apapun pelaburan homestay adalah antara pelaburan yang bagus.

#3 Beli dan sewakan

Jujurnya saya lebih gemar untuk pelaburan jenis ini. Beli dan sewakan, tiap-tiap bulan ada duit tambahan yang membantu menambah kekayaan anda. Apa yang perlu buat adalah pastikan hartanah yang anda ingin beli bakal memberikan positive cashflow. Bermaksud, kalau harga sewa rumah tersebut adalah RM700, bayaran kepada bank pula adalah RM500, RM200 adalah lebihan yang anda bakal terima. Memang berbaloi. Cari hartanah jenis macam ini dan elakkan hartanah yang memberikan negative cashflow. Macam mana nak cari, boleh dapatkan tips di Panduan Pelaburan Hartanah INI.

#4 Beli dan jual semula

Beli hartanah dan jual semula hartanah tersebut adalah satu jenis pelaburan spekulatif. Tidak ramai yang menggunakan cara ini sekarang disebabkan sekatan yang dilakukan pihak bank negara untuk mengelak aktiviti spekulatif ini. Saya pun tak galakkan anda buat pelaburan jenis ini melainkan anda mempunyai cash yang banyak.

hartanah komersial

#5 Hartanah Komersial

Hartanah komersial adalah salah satu jenis pelaburan hartanah yang berada dalam bidang yang tersendiri. Teknik pelaburan hartanah komersial agak berbeza dengan hartanah kediaman. Banyak yang perlu anda belajar kalau anda ingin mendalami dan memilih pelaburan jenis ini. Hartanah ini memerlukan cash yang besar disebabkan bangunan komersial yang memang menelan belanja yang tinggi. Nasihat saya, kalau anda baru bermula, mulakan dengan hartanah yang middle cost dahulu, bila dah ada pengalaman, barulah pergi ke hartanah komersial.

Begitulah sedikit sebanyak 5 strategi pelaburan hartanah yang anda patut tahu. Apa yang penting, anda bermula kecil, beli hartanah yang anda mampu beli seperti medium cost apartment dan sewakan. Mula dari situ, sikit demi sikit untuk dapatkan hartanah lain pada harga yang berbaloi. Ini adalah beberapa tips melabur hartanah yang paling berkesan untuk berjaya.

Jangan lupa pelaburan ilmu, seminar hartanah untuk dapatkan teknik pelaburan hartanah yang popular dan panduan INI antara yang saya rekemen untuk anda sukses dalam pelaburan Hartanah. Apapun, semoga berjaya.

The post 5 Teknik Pelaburan Hartanah Untung Besar appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1YeIJ4M

4 Tips Belajar saham PDF sistemsaham dengan betul

Kali ini saya nak kongsi berkenaan dengantips belajar saham PDF daripada salah satu buku saham yang popular di Malaysia iaitu ebook sistemsaham.com. Ebook sistemsaham merupakan antara ebook yang bagus untuk panduan pelabur newbie ataupun pelabur yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pelaburan saham. Ada banyak tips dan panduan daripada ebook tersebut untuk anda pelabur-pelabur saham agar tidak rugi dengan pelaburan saham.

pelaburan saham

Panduan Saham PDF yang berbaloi dan memang untuk dimiliki pelabur di Malaysia

Panduan saham ini adalah panduan yang pada saya merupakan panduan yang berbaloi untuk anda miliki agar analisa pelaburan anda menjadi semakin mantap dan berkesan. Ada banyak tips yang beliau kongsikan dalam panduan tersebut terutama cara untuk membuat untung dalam pelaburan saham. Salah satu perkongsian beliau adalah berkenaan dengan strategi pelaburan saham ikut arah indeks. Strategi ini memang saya amalkan sehingga kini dan menjadi strategi utama saya sebelum membuat pelaburan saham. Saya ada tulis berkenaan dengan strategi tersebut di sini.

Strategi Saham Ikut Jerung

Pertama kali mendengar berkenaan dengan Jerung. Jerung dalam bursa Malaysia adalah merujuk kepada syarikat yang bermodal besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PND), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan lain-lain. Syarikat ini adalah antara syarikat besar dalam bursa Malaysia yang aktif melabur dalam bursa Malaysia. Ada beberapa kriteria syarikat ‘jerung’ ini tunjukkan apabila mula memasuki kaunter saham yang mereka berminat. Kalau anda amalkan tanda-tanda syarikat besar memasuki kaunter saham ini, kebarangkalian untuk anda membuat untung dalam pelaburan saham adalah tinggi.

Anda masuk ke dalam kaunter seperti ini dan apabila sampai signal jual, terus jual. Macam mana tu? Saya tak dapat nak terang lebih lanjut, saya cadangkan anda dapatkan panduan sistemsaham.com ini. Memang menarik.

Ebook Saham PDF SistemSaham, Asas Saham teknikal analisis

Anda juga dapat mempelajari teknikal analisis saham dengan ebook ini. Ada beberapa teknik dan signal penting dalam ebook ini yang anda perlu tahu. Ianya adalah corak-corak penting dalam teknikal analisis untuk menentukan arah pelaburan anda sama ada perlu jual atau tunggu. Ianya adalah antara cara belajar saham PDF teknikal analisis yang bagus dan patut ada untuk pelabur di Malaysia.

Bonus ebook Saham Percuma candlestick signal

Saya nak berikan kepada anda ebook saham percuma sebagai bonus anda membaca artikel ini. Boleh dapatkan bonus tersebut di SINI. Ianya adalah reversal signal yang ditunjukkan oleh candlestick yang membolehkan anda untuk membuat penilaian pelaburan yang lebih berkesan.

Harap artikel ini membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Nasihat saya, jangan berhenti belajar saham, terus belajar dan belajar panduan saham untuk anda berjaya dalam pelaburan saham.

The post 4 Tips Belajar saham PDF sistemsaham dengan betul appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1rdbn8Z

5 Cara Jual Beli Saham Yang Pelabur Kena Tahu

Ramai yang mencari cara untuk jual dan beli saham online di Bursa Malaysia BSKL. Jadi, pada kali ini saya nak tunjukkan cara untuk memudahkan anda menjual dan membeli saham BSKL dengan betul. Pada akhir artikel ini, saya juga akan berikan tips dan panduan untuk anda berjaya dalam pelaburan saham yang anda ingin ceburi.

saham maybank2u

Perkara Asas dalam cara jual beli saham BSKL

Perkara yang paling asas dalam jual dan beli saham online adalah anda perlu mempunyai akaun pelaburan saham. Memang penting untuk anda mempunyai akaun pelaburan saham ini kerana segala urusan jual dan beli saham perlulah melalui akaun tersebut. Jadi, macam mana nak buka akaun pelaburan saham?

Anda perlu ke mana-mana cawangan investment bank yang ada di Malaysia. RHB Invest, AmInvest, CIMB I trade, Maybank investment dan lain-lain lagi cawangan yang anda boleh pergi. Antara platform yang popular untuk pelaburan saham adalah Maybank Investment. Saya pun ada tulis artikel berkenaan dengan cara membuka akaun Maybank Investment ini. Boleh ke SINI untuk maklumat lanjut.

Mulakan Pelaburan Saham Anda

Ianya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk akaun CDS anda aktif. Selepas akaun CDS anda aktif, anda boleh terus lakukan transaksi jual dan beli saham di platform yang anda miliki.

Setiap platform mempunyai carta pelaburan milik mereka yang anda boleh gunakan dalam strategi pelaburan anda. Jual beli saham berlaku melalui akaun tersebut.

**Nasihat saya, saya sengaja tidak mahu berikan info terlalu detail di sini. Buka akaun CDS di mana-mana cawangan investment bank. Kemudian anda boleh cuba beli saham yang anda minati. Macam mana nak beli saham tersbut?

Langkah-langkah jual beli saham online

#1 Pastikan yang anda sudah mempunyai akaun dan sudah memasukkan duit ke dalam akaun tersebut. Sebagai contoh, amaun saham yang anda masukkan adalah RM3000.

#2 Pilih saham yang anda minat, saya ambil contoh, jika anda pengguna telifon OneXOX, boleh dapatkan saham OneXOX pada harga Rm0.1 Dah pilih saham yang anda minat?

#3 1 lot saham = 100 unit. Jika anda ingin membeli 1 lot saham Xox, anda perlu membayar RM0.1 x 100 = Rm10.

#4 Disebabkan modal anda di dalam akaun dalah RM3000, makan anda boleh membeli 300 lot saham XOX.

#5 Jika saham XOX naik Rm0.2 seminggu selepas itu, tahniah anda telah mendapat keuntungan 100% profit. Kalau saham XOX turun RM0.05, maka secara rasminya anda rugi 50%.

Belajar tips dan teknik pelaburan saham untuk memudahkan jual beli saham

Saya ada kongsikan beberapa artikel berkenaan dengan strategi pelaburan mengikut arah indeks. Boleh baca di sini.

main saham indeks

Apapun, untuk tips lebih mudah untuk mendapat untung dalam pelaburan saham, saya cadangkan anda dapatkan ebook sistemsaham.com ini. Di dalam ebook ini banyak tips untuk begineer, advance tips untuk berjaya dalam pelaburan saham. Banyak yang anda dapat belajar daripada ebook tersebut dan memang ternyata banyak tips yang dikongsikan ebook tersebut untuk anda berjaya dalam pelaburan saham.

Bonus Tambahan

Sebagai bonus tambahan, saya nak berikan kepada anda tips untuk dapatkan candlestick reversal signal. Boleh dapatkan di SINI. Tips ini ternyata memudahkan anda untuk mengetahui reversal signal daripada candlestick. Ianya adalah satu senjata yang mantap yang dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham anda.

Apapun, semoga berjaya dalam pelaburan saham anda. Terus mulakan langkah untuk melabur, jangan tunggu sampai esok. Kalau yang masih tiada akaun tu, cepat-cepat buat satu akaun pelaburan saham hari ini juga.

The post 5 Cara Jual Beli Saham Yang Pelabur Kena Tahu appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1PImqTu

4 Tips Cara Main Saham Untung Besar

Mungkin anda tercari-cari cara main saham untuk buat anda untung besar dalam pelaburan saham. Artikel kali ini, saya nak berikan tips untuk anda membuat keuntungan dengan pelaburan saham agar pelaburan anda terus mengganda dan menjana pendapatan. Dengan teknik dan cara bermain saham yang betul sahaja yang membolehkan anda menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan. Belajar dan terus belajar adalah penting untuk anda berjaya dalam setiap pelaburan yang anda ingin lakukan, termasuklah pelaburan saham.

pelaburan saham

Cara Main Saham Tanpa Modal

Betul ke tanpa modal? Jawapannya anda masih perlukan modal permulaan kalau anda ingin berjaya dalam pelaburan saham terutama pelaburan saham BSKL Malaysia. Anda masih perlukan modal permulaan untuk melabur dalam saham, juga modal permulaan untuk belajar asas saham yang betul. Saya memang tekankan untuk anda dapatkan ilmu berkenaan dengan saham untuk berjaya. Modal saham penting terutama dari segi ilmu untuk terus sukses dengan pelaburan yang anda lakukan pada masa akan datang.

Tips Untung dalam Pelaburan Saham

#1 Buka Akaun Saham yang mudah untuk anda lakukan analisa

Tidak lain, kalau anda belum ada akaun pelaburan saham ataupun CDS, saya cadangkan untuk anda buat satu. Ini menunjukkan adakah anda betul-betul serious dalam pelaburan saham. Saya ada tulis berkenaan dengan pembukaan akaun pelaburan saham secara detail di Akaun CDS Maybank2u. Ianya adalah detail artikel berkenaan dengan cara main saham online Maybank yang pastinya akan membantu anda sedikit sebanyak untuk sukses dalam pelaburan saham yang anda lakukan.

#2 Belajar Asas Pelaburan Saham

Banyak tempat untuk anda belajar asas pelaburan saham. Pun begitu, banyak panduan untuk cara main saham di internet yang anda boleh jadikan rujukan dan ikutan. Seminar-seminar saham juga ada banyak yang anda boleh pergi untuk mendalami ilmu pelaburan saham. Untuk belajar saham asas, saya rekemen panduan ebook SistemSaham.com ini sebagai salah satu panduan saham yang bagus terutama untuk berjaya dalam saham. Ada beberapa perkara baru yang saya belajar dalam panduan tersebut terutama strategi pelaburan ikut arah indeks dan pergerakan jerung-jerung dalam saham.

Jerung dirujuk dalam ebook tersebut adalah syarikat-syarikat besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan lain-lain lagi. Ebook sistemsaham ini ada berikan tips untuk kenalpasti pergerakan jerung dan cara untuk masuk sekali bersama jerung-jerung ini. Kalau nak lebih lanjut, saya memang sarankan ebook tersebut sebagai panduan anda untuk belajar strategi pelaburan saham.

#3 Strategi Pelaburan ikut arah Indeks KLCI

Ini pun ada di ajar dalam ebook yang saya rekemen tadi. Strategi pelaburan ikut arah pergerakan indeks. Saya pun ada menulis berkenaan dengan strategi tersebut di artikel saham bskl ini. Memang saya rekemen anda baca artikel tersebut dan apply untuk pelaburan anda.

#4 Melabur dengan konfiden

Tiada guna kalau hanya berteori tetapi tiada aplikasi. Ya, anda kena aplikasi segala ilmu yang anda belajar untuk berjaya dalam pelaburan saham. Analisa teknikal, analisa fundemantal, candlestick signal dan lain-lain untuk berjaya dalam pelaburan saham. Kombinasi ini yang pastinya akan jadikan anda seorang pelabur unik yang akan buat anda berjaya dalam pelaburan anda.

Kita tengok apa kata pakar berkenaan dengan pelaburan Saham Malaysia dan mindset cara main saham yang betul.

Bonus dari smartinvest101

Sebagai bonus, saya nak berikan secara percuma candlestick signal dan signal-signal penting dalam pelaburan saham. Anda boleh download secara percuma di SINI.

Harap artikel ini akan membantu dari segi strategi anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Memang pelaburan saham adalah satu strategi yang unik yang anda boleh rancang, sama ada jangka panjang ataupun jangka pendek.

The post 4 Tips Cara Main Saham Untung Besar appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1rd8LIe