Sebenarnya boleh ke untuk main saham tanpa modal? Sebenarnya tiada istilah main saham tanpa modal, sepanjang pengalaman saya bermain saham, ada banyak perkara yang perlu untuk seseorang pelabur itu menjadi pelabur saham yang berjaya dan yang sangat penting, perlukan modal!. Sekurang-kurangnya modal permulaan untuk melabur dalam saham.
Pelabur saham perlukan modal untuk;
- Modal permulaan saham, perlu bermula dengan nilai minima. Nilai yang bila anda rugi, masih tidak terkesan. Ini penting untuk mencuba pasaran atau menguji betapa dalamnya “pasaran”.
- Modal masih lagi diperlukan, untuk mendapatkan bahan-bahan dan latihan dalam bentuk seminar saham, dalam bentuk ebook, ataupun panduan video. Semua latihan ini memakan modal yang banyak dan memerlukan komitmen seseorang untuk berjaya.
- Antara lain adalah modal masa, itu adalah sangat penting tanpa mengira keadaan dan tempat. Anda perlu mencari masa untuk belajar semua teknik-teknik pelaburan saham dan cuba aplikasi semua teknik tersebut dalam pasaran.
Antara cara untuk bermula dalam pelaburan saham
Untuk bermula dalam pelaburan saham, pertama sekali anda perlu untuk memilih teknik pelaburan saham anda. Teknik teknikal dalam pelaburan saham atau teknik fundemantal dalam pelaburan saham.
Teknik teknikal dalam pelaburan saham adalah teknik yang saya sendiri gunakan dalam pelaburan saham saya. Untuk teknik ini, kemahiran membaca graf, melihat signal dan indikator adalah sangat penting. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan teknik teknikal panduan pelaburan saham dalam bahasa Melayu ini. Sejujurnya saya dah memiliki panduan ini dan ianya SANGAT bagus bagi mereka yang baru berjinak dalam pelaburan saham. Bagi mereka yang sudah lama dalam pelaburan saham, ada beberapa info baru yang bakal anda perolehi dalam panduan tersebut. Sejujurnya, saya sangat menggalakkan pelabur baru mahupun lama untuk memilikinya.
Teknik fundemantal adalah satu lagi ciri pelabur yang berjaya dalam pelaburan saham. Teknik fundemantal memerlukan anda untuk mahir dalam membaca laporan kewangan syarikat, melihat peluang-peluang perniagaan syarikat dan lain-lain lagi. Jika anda seorang yang sukar membaca graf dan melihat indikator, teknik fundemantal sangat sesuai untuk anda kuasai.
Sering terjadi pergaduhan antara kedua-dua pengguna teknik tersebut yang menyatakan teknik yang mereka gunakan lebih baik, lebih buat duit daripada teknik lain. Saya sendiri kenal mereka yang berjaya dalam menggunakan teknik teknikal, juga pelabur yang berjaya dalam menggunakan teknik fundemantal. Chill out, jangan gaduh-gaduh, yang paling penting adalah dapat buat duit dengan pelaburan saham.
Teknik saham tanpa modal ada ke?
Ada atau tidak itu bergantung, yang paling penting sekali, anda masih perlu keluarkan modal pada awal pelaburan anda. Dengan latihan dan bimbingan yang betul, insyaAllah akan dapat balik, modal yang dilaburkan dalam pelaburan saham. Jangan buat kerja separuh jalan. Itu yang paling penting sekali dalam pelaburan saham ini untuk berjaya.
Sedikit tips yang saya nak kongsikan, tapi tips ini hanya untuk mereka yang inginkan tips pelaburan dalam teknikal analisis sebab saya adalah salah seorang pelabur teknikal analisis.
Saya akan kongsikan beberapa signal penting dalam pelaburan saham berdasarkan kepada candlestick. Info lanjut berkenaaa dengan candlestick boleh didapati di SINI.
Bagi mereka yang masih baru dalam pelaburan saham, teknik ini antara signal yang sangat hebat yang akan membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Dapatkan semua signal tersebut secara PERCUMA di SIGNAL PENTING PELABURAN SAHAM[akan datang].
Apapun semoga berjaya dalam kempen pelaburan saham anda.
The post Tips Main Saham Tanpa Modal appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1NW5xBw
No comments:
Post a Comment