Kali ini saya nak kongsi dan tunjuk bagaimana untuk belajar teknikal analisis saham. Dengan teknik yang betul, ianya dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham yang anda sedang ceburi dan kejayaan itu insyaAllah anda boleh raih.
Untuk belajar asas teknikal analisis dalam saham, anda perlu memilih untuk menggunakan jenis ‘chart’. Terdapat 2 jenis chart yang popular iaitu Japanese Candlestick dan satu lagi Bar Chart. Apakah perbezaan kedua-dua jenis ‘chart’ tersebut?
Japanese candlestick chart dipopularkan oleh pelabur dari Jepun dan Bar chart dipopularkan dan digunakan secara meluar oleh Pelabur barat. Terdapat beberapa kelebihan Japanese Candlestick chart berbanding bar chart. Antaranya adalah, Japanese candlestick membolehkan anda untuk melihat psikologi dibelakang carta tersebut. Tidak pada bar chart.
Tetapi, ada seorang pelabur dari Amerika yang telah memperkenalkan Japanese Candlestick chart ini di dunia barat dan menggabungkan teknik dan kelebihan Japanese Candlestick bersama dengan bar chart.
Apapun, saya nak kongsikan kepada anda secara PERCUMA teknik teknikal analisis pelaburan saham dan signal penting dalam Candlestick. Anda boleh download teknik teknikal analisis tersebut pada link di bawah.
–>Signal-signal Penting Dalam Pelaburan Analisis<–
Apa lagi faktor yang penting untuk mempelajari Teknikal Analisis dalam pelaburan Saham?
Antara faktor lain selain menggunakan jenis chart adalah, anda dapat mengintepretasi chart yang anda gunakan. Perkara ini memerlukan pembelajaran dan saya cadangkan Panduan Pelaburan Saham ini bagi anda yang nak bermula untuk memahami apa itu pelaburan saham. Juga jenis-jenis chart yang ada di dalam panduan tersebut. Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa maklumat yang saya perolehi berkenaan dengan panduan tersebut seperti nature palabur-pelabur besar seperti KWSP, ASB di dalam pasaran saham BSKL.
Pelabur besar seperti Fund Manager mempunyai gaya pelaburan tersendiri dan tidak sama seperti pelabur runcit seperti kita. Panduan tersebut memberikan sedikit tips untuk pelabur runcit mengikut sahaja pergerakan pelabur-pelabur besar atau lebih dinamakan ‘big fish’ tersebut. Disebabkan oleh perkara ini, penulis ebook mendapat keuntungan yang lumayan dalam pelaburan saham.
Fakto Indikator
Ada terlalu banyak indikator dalam technical analysis, dan yang paling penting, anda tidak perlu menggunakan semua indikator tersebut. Gunakan beberapa Indikator yang paling anda gemari dan percaya dan gabungkan dengan Japanese Candlestick chart untuk mendapatkan entry pelaburan yang terbaik.
Indikator pilihan + Japanese Candlestick Chart = Winning Trade
Inilah salah satu teknik untuk berjaya dalam pelaburan saham. Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di SINI.
Semoga berjaya dengan pelaburan saham anda.
Artikel berkaitan lain : Teknik saham tanpa modal terbaik
The post Tips Belajar Teknikal Analisis Saham appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1Ysu9sm
No comments:
Post a Comment