Wednesday 23 December 2015

Teknik Pelaburan Saham Yang Menguntungkan

Bagaimana tips untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan dan berkesan? Tiada cara lain melainkan dengan jangan berhenti belajar dalam pelaburan saham. Kedatangan anda ke artikel ini juga telah membuktikan yang anda sanggup belajar dan mempelajari teknik dan tips dalam pelaburan saham. Seterusnya membolehkan anda berjaya dalam pelaburan yang anda ceburi.

Berbalik kepada tajuk, bagaimana untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan?

Jawapan mudah adalah dengan memilih syarikat yang mempunyai potensi dari segi teknikal atau fundemantal. Kemudian membeli saham tersebut pada harga yang betul dan masa yang betul dan menjualnya juga pada masa yang betul. Nampak senang, tetapi kenapa lebih 90% pelabur rugi dalam pasaran saham?

Saya biar anda menjawab sendiri persoalan ini.

Kali ini, saya akan memberikan sedikit tips yang saya sendiri gunakan dalam pelaburan saham yang alhamdulillah mempu memberikan pulangan yang menarik setiap bulan. Teknik ini dinamakan teknik top down approach dalam pasaran saham.

Anda boleh apply teknik ini dan cuba sendiri.

Tengok dan lakukan pelaburan anda berdasarkan kepada main indeks, iaitu indeks KLCI. JANGAN LAWAN INDEKS atau MEMBUAT PELABURAN BERTENTANGAN DENGAN INDEKS. Teknik ini ada diceritakan dengan lebih detail dalam ebook panduan pelaburan saham INI.

Apa yang saya maksudkan adalah, jika indeks dalam keadaan menurun atau dalam istilah lainnya “downtrend”. Adalah tidak diingatkan untuk membeli saham pada ketika ini.

Indeks umpama arus deras yang mengalir, apa yang akan terjadi jika kita berenang melawan arus. Jawapan hanya satu, LEMAS!

Anda ingin duit anda LEMAS?

Macam mana dengan slogan ‘buy when other people are selling‘?

Slogan ini memang betul, tetapi jika anda tahu apa yang anda buat. Pengalaman saya sendiri, apabila membeli saham yang sedang jatuh, saham itu terus jatuh. Seterusnya mengingatkan saya kepada slogan

‘dont ever catch a falling knife’

Saya membeli ketika satu kaunter saham sedang jatuh. Kemudian harga kaunter itu terus jatuh. Ini adalah pengalaman yang bermakna untuk saya dan saya tidak mahu anda mengalami nasib yang sama dengan saya.

Bila masa sesuai untuk membeli saham?

Tiada cara lain lagi melainkan dengan anda melihat kepada reversal signal dalam technical analysis. Reversal signal ini sangat penting jika anda memilih kaedah pelaburan dalam technical analysis. Jika anda inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan reversal signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di

–>Reversal signal PERCUMA technical analysis<–

Jika anda lihat indeks KLCI sedang menaik, itu menunjukkan tanda-tanda positif dalam pasaran dan lebih mudah untuk anda membuat duit kerana anda BERSAMA ARUS dalam pasaran.

main saham indeks

Jika indeks positif, lihat kriteris kedua pula, sektor INDEKS. Ada banyak sektor indeks dalam pasaran saham Malaysia. Ada technology, small cap, Trading and Service dan lain-lain lagi.

Daripada semua sektor indeks tersebut, anda kaji lagi, berdasarkan kepada pengetahuan anda dalam technical analysis, cari sektor indeks yang terbaik. Yang dalam keadaan menaik, positif dan lain-lain.

indeks technology

property

Jika anda merasakan yang sektor indeks Technology sebagai contoh adalah indeks yang terbaik berbanding semua sektor indeks. Langkah seterusnya adalah, anda pilih kaunter yang terbaik daripada sektor indeks Technology.

Dengan ini anda mempunyai beberapa filter yang bagus. Yang paling penting adalah anda bersama dengan arus dalam pasaran saham. Baiklah saya ringkaskan;

Main indeks dalam keadaan menaik > Pilih sektor indeks yang terbaik > Pilih kaunter terbaik dalam sektor indeks tersebut

Ini adalah satu teknik yang selamat dan yang paling penting sekali adalah, anda boleh buat duit dalam pelaburan saham. Sekaligus, inilah teknik pelaburan saham yang sangat menguntungkan.

Jika anda belum mahir lagi teknikal analisis, jangan berhenti belajar. Pergi ke seminar pelaburan saham, berguru dengan mereka yang pakar. Untuk permulaan, saya cadang ebook Panduan SISTEM SAHAM ini bagi membantu anda berjaya dalam pelaburan saham.

Semoga berjaya dalam pelaburan anda. Maklumat umum berkenaan dengan saham, anda boleh layari dan dapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Artikel berkaitan :

Teknik dan Tips Pelaburan Saham Terbaik Tanpa Modal

The post Teknik Pelaburan Saham Yang Menguntungkan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1MvLzIv

No comments:

Post a Comment