Friday 25 December 2015

Cara Membaca Candlestick Saham Malaysia

Teruskan lagi dengan beberapa siri tips dan teknik yang terbaik dalam pelaburan saham. Kali ini saya akan berkongsi sedikit tips berkenaan dengan cara membaca candlestick saham yang merupakan tips yang terbaik jika digunakan secara efektif dalam pelaburan saham.

Sebelum itu, saya galakkan juga anda membaca teknik top down approach ini untuk memudahkan anda belajar saham. Ada beberapa teknik saham yang saya kongsikan pada artikel di atas dan harap anda dapat mengambil manfaat daripada teknik tersebut.

Bagaimana cara membaca candlestick saham?

Ada beberapa cara untuk membaca candlestick secara efektif tetapi sebelum itu, saya nak berikan info berkenaan dengan candlestick. Anda dapat menganalisa dengan betul candlestick jika anda menggunakannya dengan betul.

Candlestick adalah reversal signal, dan di sini adalah beberapa artikel berkenaan dengan candlestick reversal signal yang sepatutnya pelabur technical analisis patut ambil tahu.

Saya juga ada kongsikan teknik dan singal penting dalam candlestick di;

–>Download Signal Penting Candlestick←

Cara untuk berjaya dalam pasaran saham adalah cuba untuk apply semua signal yang saya berikan itu tadi dalam pasaran saham. Terutama dalam keadaan real time kerana ini membolehkan anda untuk mencuba dan membaca sendiri teknik yang diberikan.

Juga pentingnya panduan daripada online dan beberapa siri video pelaburan saham, tentunya dapat membantu anda untuk berjaya dalam saham yang anda juga ceburi. Untuk yang demikian, saya sangat menggalakkan anda mendapatkan panduan komprehensif teknik pelaburan saham INI kerana ianya telah memberi panduan kepada saya untuk berjaya dalam pasaran saham.

Ada beberapa info penting berkenaan dengan panduan tersebut yang sangat penting terutama berkaitan dengan pelaburan indeks. Teknik top down aproach yang saya beritahu di artikel atas.

**Saya mencadangkan jika anda baru bermula dalam pasaran saham, panduan yang saya sebutkan ini adalah sangat PENTING. Tetapi jika anda sudah mula membuat duit dalam pasaran saham, panduan ini memberi beberapa info baru berkenaan dengan teknikal analisis. Apa yang saya dapat daripada panduan ini adalah teknik ikut indeks dan “nature” mutual fund manager dalam melabur bursa saham di pasaran saham. Bagaimana nak tahu saham mana yang menjadi pilihan mutual fund manager.

Ya, itulah benda baru yang saya pelajari dalam pelaburan saham. Anggaplah ebook ini sebagai satu permulaan kepada perjalanan anda mempelajari teknik pelaburan saham.

Nasihat saya, jangan kedekut ilmu, jangan kedekut untuk melabur, jangan penat untuk belajar teknik pelaburan saham dan jangan putus asa sehingga anda berjaya. Itulah rahsia kejayaan sebenar pelaburan saham.

 

Artikel berkaitan :

Cara Melabur Saham dengan Maybank2u

The post Cara Membaca Candlestick Saham Malaysia appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1kjNg59

Wednesday 23 December 2015

Teknik Pelaburan Saham Yang Menguntungkan

Bagaimana tips untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan dan berkesan? Tiada cara lain melainkan dengan jangan berhenti belajar dalam pelaburan saham. Kedatangan anda ke artikel ini juga telah membuktikan yang anda sanggup belajar dan mempelajari teknik dan tips dalam pelaburan saham. Seterusnya membolehkan anda berjaya dalam pelaburan yang anda ceburi.

Berbalik kepada tajuk, bagaimana untuk membuat satu pelaburan saham yang menguntungkan?

Jawapan mudah adalah dengan memilih syarikat yang mempunyai potensi dari segi teknikal atau fundemantal. Kemudian membeli saham tersebut pada harga yang betul dan masa yang betul dan menjualnya juga pada masa yang betul. Nampak senang, tetapi kenapa lebih 90% pelabur rugi dalam pasaran saham?

Saya biar anda menjawab sendiri persoalan ini.

Kali ini, saya akan memberikan sedikit tips yang saya sendiri gunakan dalam pelaburan saham yang alhamdulillah mempu memberikan pulangan yang menarik setiap bulan. Teknik ini dinamakan teknik top down approach dalam pasaran saham.

Anda boleh apply teknik ini dan cuba sendiri.

Tengok dan lakukan pelaburan anda berdasarkan kepada main indeks, iaitu indeks KLCI. JANGAN LAWAN INDEKS atau MEMBUAT PELABURAN BERTENTANGAN DENGAN INDEKS. Teknik ini ada diceritakan dengan lebih detail dalam ebook panduan pelaburan saham INI.

Apa yang saya maksudkan adalah, jika indeks dalam keadaan menurun atau dalam istilah lainnya “downtrend”. Adalah tidak diingatkan untuk membeli saham pada ketika ini.

Indeks umpama arus deras yang mengalir, apa yang akan terjadi jika kita berenang melawan arus. Jawapan hanya satu, LEMAS!

Anda ingin duit anda LEMAS?

Macam mana dengan slogan ‘buy when other people are selling‘?

Slogan ini memang betul, tetapi jika anda tahu apa yang anda buat. Pengalaman saya sendiri, apabila membeli saham yang sedang jatuh, saham itu terus jatuh. Seterusnya mengingatkan saya kepada slogan

‘dont ever catch a falling knife’

Saya membeli ketika satu kaunter saham sedang jatuh. Kemudian harga kaunter itu terus jatuh. Ini adalah pengalaman yang bermakna untuk saya dan saya tidak mahu anda mengalami nasib yang sama dengan saya.

Bila masa sesuai untuk membeli saham?

Tiada cara lain lagi melainkan dengan anda melihat kepada reversal signal dalam technical analysis. Reversal signal ini sangat penting jika anda memilih kaedah pelaburan dalam technical analysis. Jika anda inginkan maklumat lanjut berkenaan dengan reversal signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di

–>Reversal signal PERCUMA technical analysis<–

Jika anda lihat indeks KLCI sedang menaik, itu menunjukkan tanda-tanda positif dalam pasaran dan lebih mudah untuk anda membuat duit kerana anda BERSAMA ARUS dalam pasaran.

main saham indeks

Jika indeks positif, lihat kriteris kedua pula, sektor INDEKS. Ada banyak sektor indeks dalam pasaran saham Malaysia. Ada technology, small cap, Trading and Service dan lain-lain lagi.

Daripada semua sektor indeks tersebut, anda kaji lagi, berdasarkan kepada pengetahuan anda dalam technical analysis, cari sektor indeks yang terbaik. Yang dalam keadaan menaik, positif dan lain-lain.

indeks technology

property

Jika anda merasakan yang sektor indeks Technology sebagai contoh adalah indeks yang terbaik berbanding semua sektor indeks. Langkah seterusnya adalah, anda pilih kaunter yang terbaik daripada sektor indeks Technology.

Dengan ini anda mempunyai beberapa filter yang bagus. Yang paling penting adalah anda bersama dengan arus dalam pasaran saham. Baiklah saya ringkaskan;

Main indeks dalam keadaan menaik > Pilih sektor indeks yang terbaik > Pilih kaunter terbaik dalam sektor indeks tersebut

Ini adalah satu teknik yang selamat dan yang paling penting sekali adalah, anda boleh buat duit dalam pelaburan saham. Sekaligus, inilah teknik pelaburan saham yang sangat menguntungkan.

Jika anda belum mahir lagi teknikal analisis, jangan berhenti belajar. Pergi ke seminar pelaburan saham, berguru dengan mereka yang pakar. Untuk permulaan, saya cadang ebook Panduan SISTEM SAHAM ini bagi membantu anda berjaya dalam pelaburan saham.

Semoga berjaya dalam pelaburan anda. Maklumat umum berkenaan dengan saham, anda boleh layari dan dapatkan maklumat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Artikel berkaitan :

Teknik dan Tips Pelaburan Saham Terbaik Tanpa Modal

The post Teknik Pelaburan Saham Yang Menguntungkan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1MvLzIv

Tuesday 22 December 2015

Untung Belajar Saham Malaysia (BSKL)

Bagi yang cuba berjinak-jinak dengan saham, tentu sekali tahu berkenaan dengan Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL. Artikel kali ini, saya akan berkongsi tips dan teknik macam mana nak buat untung dan belajar saham Malaysia (BSKL).

BSKL terbahagi kepada main market dan ACE atau secondery market. Main market adalah saham-saham yang bermodal besar manakala secondary market adalah saham-saham yang bermodal kecil dan sederhana. Untuk pengetahuan, saya kenal dengan mereka yang berjaya kaut untung yang banyak dalam main market dan juga mereka-mereka yang dapat kaut untung yang banyak juga dalam secondery market. Yang paling penting adalah strategi anda untuk bermula dan berjaya dalam pelaburan saham.

Untuk anda belajar saham dengan lebih efektif lagi, jika anda mahukan signal penting dalam technical analisis, saya berikan di link bawah. Boleh dapatkan.

–>Download PERCUMA Signal penting technical analysis<–

Strategi untung belajar saham BSKL, ikut pergerakan indeks

Saya nak kongsikan beberapa tips pelaburan saham yang boleh membuatkan anda untung berganda dan elak untuk rugi. Strategi yang saya gunakan ini adalah strategi mengikut indeks utama saham Malaysia iaitu indeks BSKL. Teknik ini dinamakan Top Down Approach dalam pelaburan saham.

Sebelum anda memulakan langkah untuk melabur dalam saham Malaysia, lihat indeks KLCI. Gunakan segala pengetahuan anda dalam technical analisis untuk menilai sama ada indeks berada dalam ‘trend’ menaik atau menurun?

Ini adalah indeks pada 13/12/2015

main saham indeks

Cuba anda lihat indeks di atas, anda tentukan sama ada ianya menaik atau menurun?

Selepas itu, cuba lihat semua sektor indeks yang ada di bursa saham Kuala Lumpur. Dalam banyak-banyak sektor tersebut, yang mana merupakan sektor yang paling ‘perform’ di antara semua sektor berdasarkan kepada pengetahuan technical analisis yang anda ada.

Saya bagi beberapa contoh sektor indeks

Technology

indeks technology

Property

property

Ada 8 sektor indeks di Malaysia, anda pilih yang mana sektor yang paling perform.

Jika anda rasakan yang sektor indeks Technology ini paling perform berdasarkan kepada pengetahuan technical analisis anda, langkah seterusnya adalah, anda perlu memilih kaunter yang paling perform di dalam sektor indeks tersebut.

Dengan cara ini, kebarangkalian untuk rugi akan dapat dikurangkan. Strategi yang saya gunakan adalah “just follow the trend, the trend is your friend”

Apapun saya tetap cadang untuk anda memiliki ebook panduan saham ini untuk memberi pendedahan kepada anda tentang technical analysis,

Anda mungkin ada strategi berbeza, dan strategi inilah yang saya pegang untuk melabur dalam pasaran saham Malaysia.

p/s : jika main indeks iaitu Indeks KLCI dalam keadaan menurun, adalah tidak digalakkan untuk menggunakan strategi ini.

Artikel lain : Tips Pelaburan Saham Tanpa Modal Terbaik

The post Untung Belajar Saham Malaysia (BSKL) appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1MuGMqO

Monday 21 December 2015

Tips Belajar Teknikal Analisis Saham

Kali ini saya nak kongsi dan tunjuk bagaimana untuk belajar teknikal analisis saham. Dengan teknik yang betul, ianya dapat membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham yang anda sedang ceburi dan kejayaan itu insyaAllah anda boleh raih.

Untuk belajar asas teknikal analisis dalam saham, anda perlu memilih untuk menggunakan jenis ‘chart’. Terdapat 2 jenis chart yang popular iaitu Japanese Candlestick dan satu lagi Bar Chart. Apakah perbezaan kedua-dua jenis ‘chart’ tersebut?

Japanese candlestick chart dipopularkan oleh pelabur dari Jepun dan Bar chart dipopularkan dan digunakan secara meluar oleh Pelabur barat. Terdapat beberapa kelebihan Japanese Candlestick chart berbanding bar chart. Antaranya adalah, Japanese candlestick membolehkan anda untuk melihat psikologi dibelakang carta tersebut. Tidak pada bar chart.

Tetapi, ada seorang pelabur dari Amerika yang telah memperkenalkan Japanese Candlestick chart ini di dunia barat dan menggabungkan teknik dan kelebihan Japanese Candlestick bersama dengan bar chart.

Apapun, saya nak kongsikan kepada anda secara PERCUMA teknik teknikal analisis pelaburan saham dan signal penting dalam Candlestick. Anda boleh download teknik teknikal analisis tersebut pada link di bawah.

–>Signal-signal Penting Dalam Pelaburan Analisis<–

Apa lagi faktor yang penting untuk mempelajari Teknikal Analisis dalam pelaburan Saham?

Antara faktor lain selain menggunakan jenis chart adalah, anda dapat mengintepretasi chart yang anda gunakan. Perkara ini memerlukan pembelajaran dan saya cadangkan Panduan Pelaburan Saham ini bagi anda yang nak bermula untuk memahami apa itu pelaburan saham.  Juga jenis-jenis chart yang ada di dalam panduan tersebut. Bukan itu sahaja, ada lagi beberapa maklumat yang saya perolehi berkenaan dengan panduan tersebut seperti nature palabur-pelabur besar seperti KWSP, ASB di dalam pasaran saham BSKL.

Pelabur besar seperti Fund Manager mempunyai gaya pelaburan tersendiri dan tidak sama seperti pelabur runcit seperti kita. Panduan tersebut memberikan sedikit tips untuk pelabur runcit mengikut sahaja pergerakan pelabur-pelabur besar atau lebih dinamakan ‘big fish’ tersebut. Disebabkan oleh perkara ini, penulis ebook mendapat keuntungan yang lumayan dalam pelaburan saham.

Fakto Indikator

Ada terlalu banyak indikator dalam technical analysis, dan yang paling penting, anda tidak perlu menggunakan semua indikator tersebut. Gunakan beberapa Indikator yang paling anda gemari dan percaya dan gabungkan dengan Japanese Candlestick chart untuk mendapatkan entry pelaburan yang terbaik.

Indikator pilihan + Japanese Candlestick Chart = Winning Trade

Inilah salah satu teknik untuk berjaya dalam pelaburan saham. Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan signal dalam pelaburan saham, boleh dapatkan di SINI.

Semoga berjaya dengan pelaburan saham anda.

Artikel berkaitan lain : Teknik saham tanpa modal terbaik

The post Tips Belajar Teknikal Analisis Saham appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1Ysu9sm

Cara Belajar Main Saham Online

Anda berminat untuk belajar main saham online? Jika anda sampai ke sini, saya yakin yang anda serious untuk belajar teknik dan cara yang betul untuk bermain saham secara online. Saya akan berikan sedikit perkongsian ilmu dan tips untuk belajar bagaimana teknik yang betul bermain saham.

Ubah mindset, jangan berhenti belajar teknik saham

Kebanyakan pelabur yang baru memasuki pasaran saham atau pelabur yang jarang mendapat keuntungan dalam pelaburan saham mempunyai satu mentaliti.

“teknik aku dah perfect, aku tak perlukan teknik baru”

Mentaliti seperti ini ada di kalangan pelabur saham dan tidak dinafikan ianya akan menyebabkan seseorang pelabur itu berasa terlalu yakin dan menyombongkan diri dengan teknik sedia ada. Ubah mentaliti, itu sangat penting. Kebanyakan pelabur yang berjaya ada mentaliti yang lebih cemerlang iaitu sentiasa dahagakan teknik dan ilmu baru dalam pelaburan saham. Mentor saya sendiri mempunyai mentaliti seperti itu, dan saya yakin, sikap humble dan ‘down to earth’, tidak kedekut ilmu membolehkan seseorang untuk berjaya dalam pelaburan saham yang diceburi.

Apa Strategi Pelaburan Saham anda?

Apa dia strategi pelaburan saham anda? teknikal analisis ataupun fundemantal analisis ataupun gabungan kedua-dua teknik tersebut. Kedua-dua teknik tersebut ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, dan ia sangat bergantung kepada seseorang. Anda pilih stail pelaburan saham anda.

InsyaAllah pada artikel akan datang, saya akan menceritakan kepada anda berkenaan dengan strategi pelaburan saham dan analisa teknikal dalam pelaburan tersebut. Jika anda ingin mempelajari asas teknikal dalam pelaburan saham, saya berikan kepada anda secara PERCUMA beberapa signal penting dalam analisa saham teknikal.

–>Dapatkan signal penting analisa pelaburan TEKNIKAL<–

Ya, saya berikan percuma dan harap ianya bermanfaat. Ianya adalah beberapa signal penting yang digunakan oleh pelabur saham teknikal dalam menganalisa pelaburan mereka. Signal dan kriteria dalam panduan tersebut membantu saya untuk menganalisa Pelaburan saham dengan baik dan berkesan.

Target harga gain dah harga loss

Ramai yang berangan dan menetapkan harga gain yang tinggi. Semasa mula membeli saham, kebanyakan pelabur sudah ada harga jual di dalam kepala. Harga jual ‘gain’ bukan harga ‘loss’. Penting dalam fikiran kita untuk meletakkan dalam minda harga untuk kita ‘cut loss’ jika pergerakan tidak seperti yang diramalkan.

Saya secara personal kenal dengan beberapa rakan pelabur yang sudah rugi berpuluh ribu kerana tiada disiplin dalam menetapkan harga ‘cut loss’. Apala sangat rugi beberapa ratus berbanding dengan berpuluh ribu dalam pelaburan saham. Semua gara-gara tiada disiplin dalam pelaburan saham.

Jangan berhenti belajar

Itulah nasihat saya untuk mereka yang serious dalam belajar main saham online ini. Jika anda betul serious dan bersungguh-sungguh, bukan hangat-hangat tahi ayam, saya yakin anda boleh berjaya. Oh ya, dapatkan beberapa signal penting analisa pelaburan TEKNIKAL tu ye, saya beri PERCUMA.

Selamat melabur.

Artikel berkaitan : Teknik pelaburan saham tanpa modal

The post Cara Belajar Main Saham Online appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1NIaIS7

Sunday 20 December 2015

Teknik Main Saham Maybank2u

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kali ini saya nak berkongsi pengalaman bagaimana cara main saham Maybank2u. Sebenarnya ada banyak platform yang boleh anda gunakan untuk bermain saham dan maybank2u adalah salah satu platform yang anda boleh gunakan untuk bermain saham.

Jika anda nak alternatif lain selain daripada maybank2u, boleh rujuk SINI untuk platform lain. Apapun, artikel kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara dan tips yang sesuai untuk bermain saham menggunakan platform maybank2u.

Bagi yang sudah ada akaun tentunya tiada masalah untuk terus menggunakan maybank2u sebagai trading platform. Bagi yang masih tiada akaun lagi, apa yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun CDS Maybank. Selepas itu, anda bolehlah mula bermain saham menggunakan platform maybank2u.

Untuk bermain saham menggunakan platform maybank2u, apa yang anda perlu lakukan adalah mempunyai Internet Explorer. Sejujurnya, ini adalah antara perkara yang saya tidak gemar berkenaan dengan paltform maybank2u kerana anda WAJIB menggunakan Internet Explorer. Ya, internet explorer merupakan satu browser yang semakin dilupakan ketika ini. Tetapi tidak apa, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan cara dan tips untuk melabur menggunakan platform maybank2u.

Cara-cara untuk anda melabur menggunakan Maybank2u

Login ke maybank2u seperti biasa, kemudian, Investment > Online Stock > Real Time market info.

saham maybank2u

Kemudian 2 menu yang penting dalam maybank2u adalah live quotes. Live quotes membolehkan anda melihat harga semasa jual beli saham, seperti harga yang sedang dalam ‘queue’ dan lain-lain lagi. Juga Online enquire membolehkan anda melihat secara detail akaun anda.

saham terbaik

Di live quotes, membolehkan anda melihat interface seperti di bawah. Ini membolehkan anda melihat secara terperinci saham-saham yang anda minati dan membolehkan anda melihat faktor-faktor lain saham tersebut. Anda boleh susun saham berdasarkan kepada “most active” “Best gain” “Top loss” dan lain-lain lagi.

saham maybank2u

Kemudian anda boleh terus membeli atau menjual semua saham-saham yang diniagakan. Menarik bukan. Sebelum membeli saham yang telah anda minati, terlebih dahulu kaji faktor-faktor berkaitan dengan saham tersebut, seperti penyata akaun, aspek teknikal dan lain-lain faktor dalam pelaburan saham tersebut.

Analisa dalam pelaburan saham ini membolehkan anda untuk mendapat untung berganda dalam pelaburan saham. Oleh yang demikian, saya nak berikan laporan percuma signal-signal berkaitan dengan teknikal analisis yang pelabur patut tahu.

–>Download PERCUMA Signal penting Technical Analisis←

Semua signal ini menjadi bimbingan anda untuk berjaya dalam pelaburan saham yang anda ceburi. Yang paling penting, saya berikan PERCUMA sahaja. Begitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan cara main saham maybank2u.

 

Artikel berkaitan :

  1. Teknik main saham tanpa modal

The post Teknik Main Saham Maybank2u appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1USVrCH

LP Saham

DOWNLOAD Percuma, Signal Penting dalam Pelaburan SAHAM

bermain saham betul

 

Berikan email anda di ruangan bawah dan Download SEKARANG

 

Tips lain berkaitan pelaburan, anda boleh dapatkan di smartinvest101.com

The post LP Saham appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1QT0QsZ

Thursday 17 December 2015

Tips Main Saham Tanpa Modal

Sebenarnya boleh ke untuk main saham tanpa modal? Sebenarnya tiada istilah main saham tanpa modal, sepanjang pengalaman saya bermain saham, ada banyak perkara yang perlu untuk seseorang pelabur itu menjadi pelabur saham yang berjaya dan yang sangat penting, perlukan modal!. Sekurang-kurangnya modal permulaan untuk melabur dalam saham.

Pelabur saham perlukan modal untuk;

  1. Modal permulaan saham, perlu bermula dengan nilai minima. Nilai yang bila anda rugi, masih tidak terkesan. Ini penting untuk mencuba pasaran atau menguji betapa dalamnya “pasaran”.
  2. Modal masih lagi diperlukan, untuk mendapatkan bahan-bahan dan latihan dalam bentuk seminar saham, dalam bentuk ebook, ataupun panduan video. Semua latihan ini memakan modal yang banyak dan memerlukan komitmen seseorang untuk berjaya.
  3. Antara lain adalah modal masa, itu adalah sangat penting tanpa mengira keadaan dan tempat. Anda perlu mencari masa untuk belajar semua teknik-teknik pelaburan saham dan cuba aplikasi semua teknik tersebut dalam pasaran.

Antara cara untuk bermula dalam pelaburan saham

Untuk bermula dalam pelaburan saham, pertama sekali anda perlu untuk memilih teknik pelaburan saham anda. Teknik teknikal dalam pelaburan saham atau teknik fundemantal dalam pelaburan saham.

Teknik teknikal dalam pelaburan saham adalah teknik yang saya sendiri gunakan dalam pelaburan saham saya. Untuk teknik ini, kemahiran membaca graf, melihat signal dan indikator adalah sangat penting. Jika anda berminat, anda boleh dapatkan teknik teknikal panduan pelaburan saham dalam bahasa Melayu ini. Sejujurnya saya dah memiliki panduan ini dan ianya SANGAT bagus bagi mereka yang baru berjinak dalam pelaburan saham. Bagi mereka yang sudah lama dalam pelaburan saham, ada beberapa info baru yang bakal anda perolehi dalam panduan tersebut. Sejujurnya, saya sangat menggalakkan pelabur baru mahupun lama untuk memilikinya.

Teknik fundemantal adalah satu lagi ciri pelabur yang berjaya dalam pelaburan saham. Teknik fundemantal memerlukan anda untuk mahir dalam membaca laporan kewangan syarikat, melihat peluang-peluang perniagaan syarikat dan lain-lain lagi. Jika anda seorang yang sukar membaca graf dan melihat indikator, teknik fundemantal sangat sesuai untuk anda kuasai.

Sering terjadi pergaduhan antara kedua-dua pengguna teknik tersebut yang menyatakan teknik yang mereka gunakan lebih baik, lebih buat duit daripada teknik lain. Saya sendiri kenal mereka yang berjaya dalam menggunakan teknik teknikal, juga pelabur yang berjaya dalam menggunakan teknik fundemantal. Chill out, jangan gaduh-gaduh, yang paling penting adalah dapat buat duit dengan pelaburan saham.
Teknik saham tanpa modal ada ke?

Ada atau tidak itu bergantung, yang paling penting sekali, anda masih perlu keluarkan modal pada awal pelaburan anda. Dengan latihan dan bimbingan yang betul, insyaAllah akan dapat balik, modal yang dilaburkan dalam pelaburan saham. Jangan buat kerja separuh jalan. Itu yang paling penting sekali dalam pelaburan saham ini untuk berjaya.

Sedikit tips yang saya nak kongsikan, tapi tips ini hanya untuk mereka yang inginkan tips pelaburan dalam teknikal analisis sebab saya adalah salah seorang pelabur teknikal analisis.

Saya akan kongsikan beberapa signal penting dalam pelaburan saham berdasarkan kepada candlestick. Info lanjut berkenaaa dengan candlestick boleh didapati di SINI.

Bagi mereka yang masih baru dalam pelaburan saham, teknik ini antara signal yang sangat hebat yang akan membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham. Dapatkan semua signal tersebut secara PERCUMA di SIGNAL PENTING PELABURAN SAHAM[akan datang].

Apapun semoga berjaya dalam kempen pelaburan saham anda.

The post Tips Main Saham Tanpa Modal appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1NW5xBw

Tuesday 15 December 2015

Tentang Kami

Fokus website ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua akan kepentingan pelaburan. Pelaburan merupakan salah satu senjata utama jika seseorang inginkan kebebasan dalam kewangan. Pelaburan merupakan satu aset dan apa yang kami cuba berikan pada kali ini adalah sedikit tips dan teknik untuk memberikan pulangan kepada pelaburan yang bermakna kepada semua.

Kami akan kongsikan tips-tips pelaburan yang bagus dan pelaburan yang bakal memberikan manfaat kepada semua. Sebut sahaja apa jenis pelaburan yang anda tahu, saham, IPO emas dan lain-lain jenis pelaburan yang menarik semua untuk anda manfaatkan.

Nantikan artikel seterusnya dari kami untuk mendapatkan tips-tips pelaburan yang terbaik.

The post Tentang Kami appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/1NvcNRj

Home

Smartinvest101 adalah berkenaan dengan tips untuk menjana pulangan dengan Pelaburan. Banyak tips yang akan kami kongsikan pada kali ini dan diharap, semua tips ini mampu membantu anda untuk mencapai target dalam pelaburan yang anda sedang ceburi. Saya akan berikan tips-tips dan pendedahan menarik berkenaan dengan cara dan panduan untuk melabur dalam pelbagai instrumen di Malaysia ini.

Pertamanya adalah pelaburan dalam instrument saham. Saham merupakan satu instrumen pelaburan yang menarik yang pastinya membantu ramai orang yang berminat dengan pelaburan saham untuk berjaya dalam pelaburan saham mereka. Ramai yang sudah berjaya dengan Pelaburan saham dan saya harap andalah salah seorang mereka yang berjaya dalam pelaburan tersebut. Kami akan kongsikan beberapa tips untuk berjaya dalam pelaburan saham dan diharap, semua tips ini mampu membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham yang anda ceburi.

Bila bercerita pasal saham, jangan lupa berkenaan dengan pelaburan Initial Public Offering (IPO). Saya akan cuba mengulas serba sedikit berkenaan dengan tips pelaburan IPO ini dan diharap ianya akan membantu anda juga untuk berjaya dalam pelaburan jenis ini.

Di Malaysia, ramai yang tersontot dengan skim-skim pelaburan emas kerana terpedaya dengan janji-janji manis ramai orang. Akibatnya, ramai yang kehilangan berpuluh-puluh ribu kerana pelaburan emas yang mereka lakukan hanyalah satu penipuan semata-mata. Tetapi pada kali ini saya akan berkongsi tips dan teknik untuk berjaya dalam pelaburan emas dan tips-tips lainnya.

Tips pelaburan hartanah adalah antara tips yang evergreen dan menarik untuk ramai orang. Di sini, saya kongsikan beberapa tips pelaburan hartanah yang merupakan sesuatu yang menguntungkan kepada semua. Bagaimana untuk berjaya dalam pelaburan hartanah? Semuanya bergantung kepada anda untuk berjaya, dan di sini saya hanya tunjukkan jalan bagaimana untuk berjaya dalam pelaburan hartanah.

Banyak lagi tips-tips kewangan lain yang akan saya kongsikan pada kali ini. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan tips-tips kewangan yang menarik yang akan kami kongsikan hanya untuk anda.

Laman lain : Bursa Malaysia

The post Home appeared first on smartinvest101.



from smartinvest101 http://ift.tt/1mlRmvo