Saturday 13 October 2018

Harga Rumah Prima – Baca Sebelum Mohon

Rumah merupakan satu keperluan untuk setiap penduduk di Malaysia. Kalau nak ikutkan, sampai bila nak menyewa, jadi cara terbaik adalah dengan cuba untuk dapatkan rumah sendiri untuk didiami. Antara alternatif yang ada untuk dapatkan rumah kediaman pada harga yang mampu beli adalah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA). Harga rumah pr1ma ini tidaklah terlalu tinggi dan tidaklah terlalu rendah, ianya sangat sesuai dengan anda yang mahukan kediaman yang terbaik untuk anak anda.

Hampir setiap negeri di Malaysia menawarkan unit rumah kediaman prima ini. Antara negeri yang banyak menawarkan unit kediaman ini adalah Selangor, Kedah, Perak, Johor dan anda boleh mendapatkan banyak projek kediaman ini pada harga yang disenaraikan. Apapun, kali ini kami ingin berikan beberapa info berkenaan dengan kediaman ini dan diharapkan anda boleh mendapatkan kediaman idaman anda pada harga yang terbaik dan mampu untuk dimiliki.

Cara Daftar Rumah Prima

Nak daftar tidak susah, anda cuma kena lakukan 2 langkah ini sahaja. Kemudian anda boleh cuba untuk dapatkan unit kediaman yang anda mahukan.

#1 Daftar di laman web ini.

#2 Dah daftar di laman web, kemudian anda boleh ke open day prima yang biasanya diadakan setiap 2 minggu sekali (ada sesetengah negeri yang mengadakan open day prima setiap seminggu sekali) bergantung kepada keadaan. Untuk info lanjut, boleh ke FB page ini untuk tahu berkenaan dengan open day prima.

Untuk info, semasa hari terbuka itu, barulah anda akan dapat offer letter daripada pihak prima dan dari situ, anda boleh mencuba untuk membuat pinjaman rumah.

Proses Pinjaman Perumahan Pr1ma

Setelah dapat “offer letter” seterusnya adalah untuk mendapatkan pinjaman perumahan agar permohonan anda lulus. Untuk permohonan pinjaman, cara yang terbaik adalah dengan memohon dengan beberapa bank serentak agar apabila ada 1 bank yang tidak meluluskan permohonan rumah anda, ada beberapa bank yang boleh berikan back up dan menjimatkan masa anda untuk permohonan rumah.

Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa anda, boleh KLIK BORANG INI bagi membolehkan anda untuk mendapatkan pinjaman perumahan bagi rumah Prima. Pihak mereka akan mencuba yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman bagi membolehkan anda untuk lulus permohonan pinjaman perumahan anda.

Yang paling penting sekali adalah untuk lulus permohonan pinjaman rumah. Kalau permohonan pinjaman sudah lulus, barulah dikatakan selamat. Yang menjadi masalah sekarang adalah, apabila permohonan pinjaman tak lulus.

Isu Tidak Ramai Mampu Beli Rumah Prima

Ianya memang menjadi satu isu pada suatu masa dahulu dimana tidak ramai yang mampu untuk mendapatkan unit kediaman prima ini. Ada yang menyatakan, tak sampai pun 10% rumah kediaman yang terjual. Sekali lagi, apa yang penting adalah untuk seseorang itu sediakan 10% deposit dan tidak semestinya 100% loan untuk kediaman yang ingin dimiliki. Mungkin ini adalah antara penyebab kepada masalah ramai yang tidak dapat memliki kediaman ini.

Kalau anda mempunyai 10% deposit, Kebiasannya tiada masalah bagi pihak bank memberikan pinjaman kerana pihak bank lihat anda mempunyai deposit dan mempunyai tabiat saving yang baik. Apapun, memang ada sesetengah bank yang menawarkan pinjaman sehingga 100% dan pihak kami akan cuba yang terbaik untuk memohon pinjaman berdasarakan kepada kemampuan anda.

Contoh Kediaman Pr1ma Yang Ada

Ramai yang nak tahu contoh kediaman dan harga berkenaan dengan projek ini. Untuk itu, lebih baik anda ke laman web yang kami senaraikan di atas untuk info lanjut. Kalau memang anda berminat dengan unit yang ditawarkan, anda boleh ke tapak pembinaan untuk lihat mana yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan.

Alternatif Kepada Kediaman Prima

Pr1ma adalah antara alternatif yang baik kalau anda inginkan kediaman pada harga yang sederhana. Tidak terlalu murah dan tidak terlalu tinggi. Kalau lokasi projek kediaman ini adalah dalam kawasan yang anda boleh fikirkan, tiada masalah kalau anda ingin mencuba untuk kediaman ini. Mana tau permohonan pinjaman anda boleh lulus dan anda boleh mendiami kediaman ini.

The post Harga Rumah Prima – Baca Sebelum Mohon appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2Ekxk2h

No comments:

Post a Comment