Friday 5 October 2018

Cara Kira Loan Rumah – 2 Info Penting Sebelum Apply

Kali ini kami berikan tips kepada anda sebagai salah satu cara untuk kira loan rumah. Sebelum anda nak buat loan, mesti serba sedikit untuk anda tahu istilah-istilah penting dalam pengiraan loan rumah ini bagi membolehkan anda mendapat pinjaman yang anda mahukan. Apapun, kali ini, kami akan tunjukkan beberapa tips terbaik agar memudahkan untuk loan anda cepat lulus.

Dengan tips-tips ini, diharap anda boleh kira maksimum loan anda dan kelayakan pinjaman anda yang sebenar. Seterusnya, dapatkan anda beli rumah berdasarkan kepada bajet yang anda ada. Juga beberapa tips penting agar loan yang anda apply cepat lulus dan mudah mendapat kelulusan.

Membuat Pinjaman Dengan Bank Yang Tepat

Memang ada sesetengah bank mengenakan pelbagai syarat untuk kelulusan pinjaman. Ianya disebabkan oleh banyak faktor dan antara yang popular adalah bank tersebut telahpun mencapai target dan mula mengetatkan proses kelulusan pinjaman. Memang nampak macam tak masuk akal tapi inilah faktor yang paling biasa.

Apapun, kalau anda tidak biasa dengan cara bank dan bank mana yang paling sesuai dengan kelayakan anda, boleh isi borang ini dan kami akan cuba yang terbaik untuk “match” profile anda berdasarkan kepada bank yang anda minta.

>>Klik Untuk Kami Hubungi Anda Dan Berikan Info Berkenaan Dengan Pinjaman Perumahan<<

Cara Nak Buat Loan Rumah

Kalau anda nak buat loan rumah, ataupun pinjaman perumahan, apa yang perlu adalah untuk anda periksa harga pasaran sama ada dalam range ataupun penjual ataupun agen jual melebihi harga pasaran. Ada banyak kesan kalau anda jual melebihi harga pasaran, salah satunya adalah anda kena topup sendiri harga yang anda jual tersebut.

Untuk tahu lebih lanjut berkenaan dengan info dan cara untuk periksa harga pasaran, boleh ke artikel ini. Kalau anda tahu harga pasaran, lebih mudah untuk tahu yang mana yang bersesuaian dengan rumah yang anda mahukan dan kena dengan bajet anda.

Seterusnya adalah kira maksimum pinjaman yang anda boleh lakukan setiap bulan. Paling mudah adalah dengan mengambil kira 60% DSR setiap bulan. Caranya adalah, gaji bersih anda didarabkan dengan 60%.

Sebagai contoh gaji anda adalah RM4000, 60% x RM4000 = rm2400.
Komitmen lain pula adalah kereta RM500, dan personal loan adalah rm300.

RM2400 – RM800(Rm500 + Rm 300) = RM1600

Maksudnya, kalau anda nak beli rumah, kena beli rumah yang monthly installment bawah daripada RM1600 sebulan. Boleh kata, anda kena beli rumah yang dibawah RM320000 sebulan.

Mudah kan pengiraan ini. Kalau masih tak pasti berkenaan dengan cara pengiraan, boleh KLIK link atas dan dapatkan info lanjut berkenaan dengan pinjaman rumah yang anda mahukan.

CCRIS/CTOS Report

CCRIS dan CTOS adalah antara 2 item penting untuk lihat sama ada pinjaman perumahan anda boleh lulus ataupun sebaliknya. Sebelum buat pinjaman, pastikan jangan ada loan yang tertunggak dan sentiasa bayar tepat pada masanya. Takut-takut anda ada rekod CTOS, sila jelaskan kerana ianya akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pinjaman rumah anda.

Mana nak dapat rekod CCRIS/CTOS ini? Boleh dapatkan di Bank Negara atau anda boleh beli secara online sahaja. Lagipun, kos yang diperlukan hanyalah RM10 untuk setiap rekod.

Dah ada 2 info ini, barulah lebih mudah untuk loan anda lulus dengan cepat tanpa sebarang halangan.

Apapun, ini adalah sedikit sebanyak berkenaan dengan cara untuk kira loan ataupun pinjaman rumah anda. Mahukan info lanjut berkenaan dengan pinjaman perumahan, boleh isikan borang di atas dan kami akan kirakan jumlah pinjaman anda.

The post Cara Kira Loan Rumah – 2 Info Penting Sebelum Apply appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2O8ch7n

No comments:

Post a Comment