Kalau anda nak cari tempat borong pakaian murah, Kenangan Mall Borong Wholesale adalah antara tempat yang anda boleh pergi. Kenagan Wholesale City adalah antara tempat terbaik terutama kalau anda ingin memulakan perniagaan dari rumah secara online tetapi tiada barangan yang anda boleh niagakan, memang Kenanga Wholesale City adalah tempat pertama yang anda boleh pergi.
Jadi, pada artikel kali ini, saya akan memberikan beberapa tips penting kepada anda terutama kalau anda inginkan tips untuk meniaga secara online. Memang terdapat banyak barangan yang dijual di sini, saranan kami, kalau anda nak ke sini, agak rugi kalau anda masih tidak tahu nak berniaga apa, yang terbaik adalah, anda sudah tahu apa yang anda nak niagakan, dan apabila tiba di sini, terus mencari barangan yang anda mahukan.
Ada apa dengan Kenangan Wholesale City – Review dari kami
Kenangan Wholesale adalah syurga memborong, ianya terdiri daripada shopping mall dan juga pelbagai barangan yang anda boleh dapatkan diluar shopping mall. Harga barangan yang ada di sana jauh lebih murah daripada harga pasaran. Syaratnya adalah, anda kena membeli lebih dari satu, kalau beli banyak, makin murah dan dari segi kos keuntungan itu akan lebih berbaloi. Untuk permulaan, saya galakkan untuk anda ke sini dan mendapatkan maklumat lanjut.
Ada banyak jenis barangan yang dijual di sana. Antaranya adalah barangan perempuan seperti baju, tudung, dan lain-lain. Untuk info lanjut, anda boleh cuba ke sana sendiri dan lihat apa lagi barangan yang dijual di sana. Selain daripada itu, antara barangan lain yang dijual di sana adalah barangan baby, baju baby, peralatan baby. Kalau anda nak berniaga barangan baby, ataupun tudung kanak-kanak, memang saya galakkan untuk anda ke sana dan dapatkan maklumat lanjut.
Ada juga barangan lelaki yang anda boleh cari, juga barangan perkahwinan pun ada di sana. Seperti yang saya katakan di atas tadi, anda pergi ke sana dengan dah sedia siap-siap barangan yang anda mahukan.
Suka saya nak katakan yang, sehari tidak cukup, kalau nak window shopping tu, kenalah pergi beberapa hari di sana. Takpun boleh cuba tempat hotel di Agoda ini untuk memudahkan anda membuat tempahan hotel berdekatan. Jikalau anda datang dari tempat yang jauh seperti pantai timur, Johor, ataupun utara Malaysia.
Alternatif kepada Kenanga Mall Borong Wholesale City
Selain daripada Kenangan Mall Borong Wholesale ini, masih ada lagi alternatif yang ada kalau anda inginkan yang terbaik terutama untuk mendapatkan pelbagai barangan murah untuk perniagaan anda. Antara alternatif lain yang anda boleh fikirkan adalah Taobao.
Taobao merupakan satu laman dari China yang membekalkan banyak barangan borong dari China untuk pasaran di luar China. Anda boleh membeli barangan di Taobao dengan harga borong dan masih lagi mendapat keuntungan. Mengikut pemerhatian saya, ada sesetengah barangan yang ada di Taobao ini jauh lebih murah daripada harga yang anda boleh dapatkan di Kenanga Wholesale.
Cuma saya nak beritahu siap-siap, kalau niche anda adalah berkaitan dengan muslimah seperti tudung, baju kurung, baju kebaya dan lain-lain itu, memang tiada di Taobao. Barangan baby, baju kanak-kanak, baju lelaki dan barangan lain memang ada di Taobao untuk anda cuba dapatkan pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Mungkin, selepas anda membaca artikel ini, anda akan terus search Taobao melalui google. Memang google akan membawa anda ke laman tersebut, tetapi, ianya adalah dalam bahasa Cina. Agak sukar untuk anda nak berurusniaga di sana.
Kalau memang anda serious untuk mendapatkan pelbagai barangan pada harga yang murah, memang digalakkan untuk anda cuba lihat dulu Panduan Taobao INI sebelum ke Taobao. Ianya adalah maklumat atau panduan komprehensif kepada anda yang ingin mendapatkan tips untuk melabur di Taobao. Memang terbaik dan puas hati.
Selamat memborong!
The post Kenanga Mall Borong Wholesale & Alternatif Terbaik appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2hEocVD
No comments:
Post a Comment