Kalau anda memang merupakan seorang peniaga, memang anda kena mecari pelbagai alternatif lain terutama pemborong pusat pakaian yang ada di Malaysia. Kalau anda biasa dengan supplier A, cubalah cari alternatif lain daripada supplier lain untuk memudahkan anda agar lebih banyak pilihan dan juga lebih banyak harga yang ditawarkan. Harapnya, dengan itu, akan lebih banyak pilihan yang anda ada untuk perniagaan yang anda jalankan.
Jadi, pada kali ini, saya akan berikan beberapa suggestion kepada anda untuk memborong dalam dan luar negara. Dengan ini, akan lebih mudah untuk anda membuat pilihan dan yang paling penting sekali, perniagaan anda akan terus berkembang mahu di masa akan datang. Beli dengan harga murah, dan jual semula untuk mendapatkan keuntungan yang anda mahukan.
Di mana nak dapatkan Pembekal yang anda mahukan di pasaran
Untuk yang berada di dalam negara, boleh cuba untuk ke Kenanga Wholesale. Ianya adalah, pusat borong pakaian yang terkemuka di Malaysia. Lebih mudah untuk anda akses ke sini jika anda tinggal di Kuala Lumpur ataupun Selangor. Anda boleh mendapat harga yang lebih murah di sini kalau anda membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak, biasa 3 dan ke atas. Barulah pembelian anda di situ adalah pembelian yang berbaloi.
Majoriti barangan yang ada di sini adalah barangan perempuan seperti baju dan lain-lain. Tetapi masih ada juga barangan baby dan juga baju lelaki kalau anda mahu. Kalau memang anda mencari pusat borong pakaian, di Kenanga Wholesale adalah antara pilihan terbaik di Malaysia. Terutama kalau anda masih baru dan tidak tahu bagaimana nak bermula. Apa barangan yang dijual di sana? Nasihat saya, cuba pergi sekali ke Kenanga Wholesale ini dan lihat sendiri barangan apa yang ditawarkan. Alamat untuk Kenangan Wholesale ini adalah seperti di bawah;
Alamat :
Kenanga Wholesale City Sdn. Bhd.
8-01, Kompleks Kenanga Wholesale City,
No.2, Jalan Gelugor,
55200 Kuala Lumpur.Harga Parking :
Kereta (Isnin – Jumaat)
3 Jam Pertama – RM 2.00Kereta (Sabtu, Ahad, Cuti Am)
3 Jam Pertama – RM3.00Motorsikal – RM1.00
Harga Parking :
Kereta (Isnin – Jumaat)
3 Jam Pertama – RM 2.00Kereta (Sabtu, Ahad, Cuti Am)
3 Jam Pertama – RM3.00Motorsikal – RM1.00
Alternatif kedua bagi anda yang ingin mencari pusat borong pakaian adalah dengan membuat pembelian dari China secara online. Barangan yang ada di China adalah sangat murah dan lebih berbaloi, anda boleh mendapatkan barangan disana pada harga borong. Terus terang, kalau anda menjual pakaian muslimah, memang agak sukar untuk dapatkan di China, tetapi kalau anda menjual pakaian baby, budak-budak, pakaian lelaki, memang ianya adalah syurga borong terbaik.
Di tempat apa yang saya maksudkan tersebut? Tidak lain adalah di Taobao.Ya, Toabao adalah salah satu laman yang memang direka khas untuk mencari peralatan atau pembekal yang berkualiti pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kalau anda nak memborong di Taobao, saya sarankan anda lihat dulu PANDUAN INI dengan lebih lanjut dan terperinci. Tips Memborong di Taobao terbaik.
Pusat Borong Terbaik Untuk Harga Lebih Murah
Kedua-dua tempat ini adalah pusat borong pakaian terbaik yang mudah untuk anda akses dari Malaysia. Selain daripada Kenanga Wholesale, ada banyak lagi pilihan yang ada untuk anda pilih. Tetapi, setelah membuat pemerhatian, memang tidak salah Kenangan Wholesale adalah antara yang terbaik yang ada di Malaysia.
Kalau nak lebih berbaloi, memang anda kena cuba tengok barangan yang ada di Taobao. Gerenti puas hati dan pembelian anda adalah sesuatu yang berbaloi. Boleh cuba untuk tengok-tengok info berkenaan dengan Taobao di SINI.
The post 2 Pembekal Pusat Borong Pakaian Terbaik appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2hEpy2l
No comments:
Post a Comment