Thursday 24 November 2016

Tips Pelaburan Saham IPO Miti

Saham IPO Miti adalah antara pelaburan alternatif kepada pelaburan saham di bursa Malaysia. Kepada mereka yang sering membuat pelaburan saham, pelaburan IPO adalah satu istilah yang tidak asing lagi. Apa itu pelaburan IPO?

An initial public offering (IPO) is the first time that the stock of a private company is offered to the public. IPOs are often issued by smaller, younger companies seeking capital to expand, but they can also be done by large privately owned companies looking to become publicly traded. In an IPO, the issuer obtains the assistance of an underwriting firm, which helps determine what type of security to issue, the best offering price, the amount of shares to be issued and the time to bring it to market.

Sumber : Investopedia

Dengan kata lain, IPO adalah saham yang pertama kali diterbitkan untuk awam daripada sebuah syarikat milikan sendiri. Apa yang selalu dilakukan untuk jenis saham sebegini adalah, pelabur membeli saham IPO pada harga rendah dan menjualnya pada harga tinggi pada hari pertama saham itu disenaraikan. Menarik bukan? Teknik ini dipanggil hit and run.

pelaburan saham

Awas – Ada Kemungkinan Teknik Ini Tidak Menjadi

Ya, risiko tetap ada walaupun dalam pelaburan saham IPO Miti ini. Memang akan ada kemungkinan saham yang kita beli itu tidak meningkat pada hari pertama saham itu didagangkan. Oleh itu, untuk membuat pelaburan jenis ini, pelabur memang kena tahu teknik dan asas dalam pelaburan Miti. Asas fundemantal saham yang hendak dibeli dan juga keadaan ekonomi semasa saham itu diperdagangkan amatlah penting untuk menentukan sama ada saham tersebut bakal naik pada hari pertama ataupun tidak.

Apa Pula Peranan MITI?

Saham miti pula adalah inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meningkatkan penglibatan bumiputra dalam pemilikan saham. Atas kesedaran itu juga, Miti telah menyediakan peruntukan khas untuk bumiputra bagi menggalakkan pemilikan saham dan keterlibatan dalam pasaran saham Malaysia.

Untuk step by step permohonan saham di Miti pula boleh tengok divideo bawah.

Apa yang paling penting adalah konsisten dalam pelaburan saham. Lagipun, tidak semua saham yang didagangkan di Miti mempunyai potensi yang baik kerana faktor ketidaktentuan. Kecuali memang saham yang benar-benar kuat dan kukuh.

Atas sebab itu, adalah lebih baik untuk anda mendalami ilmu dan teknik pelaburan saham yang betul bagi membolehkan anda mendapat manfaat dan keuntungan jangka panjang yang lebih stabil. Fundemantal analisis ataupun teknikal analisis adalah kunci kepada keuntungan pelaburan saham yang konsisten. Saya sangatlah menggalakkan untuk anda mempelajari teknik pelaburan saham teknikal analisis di SINI. Juga teknik pelaburan Indeks dimana pelaburan saham anda adalah berdasarkan kepada pergerakan indeks. Jika indeks meningkat, anda boleh membuat pelaburan lebih agresif dan jika indeks dalam keadaan menurun, memang anda tidaklah boleh membuat pelaburan yang lebih agresif. Ini adalah tips-tips penting untuk berjaya dalam pelaburan saham. Semuanya anda boleh perolehi dengan ilmu dan teknik yang betul.

Jika anda konsisten, insyaAllah, keuntungan dalam pelaburan saham adalah sesuatu yang bukan hanya angan-angan dan siapa tahu anda boleh menjadi full time dalam pelaburan saham.

The post Tips Pelaburan Saham IPO Miti appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/2fws50T

No comments:

Post a Comment