Tuesday, 29 November 2016

Laptop Murah – Peralatan Penting Pelabur Saham

Pada artikel kali ini, saya ingin bertanya apakah yang penting untuk seorang pelabur saham? Kalau nak ikutkan, banyak perkara yang penting yang memang pelabur saham kena tahu. Terutamanya adalah teknik yang betul dan strategi pelaburan masing-masing. Bagi yang sedang mencari teknik yang sesuai untuk anda, saya memang galakkan untuk anda dapatkan ebook dan panduan Teknikal Analisis SISTEM SAHAM INI.

Ebook sistem saham ini adalah ebook yang berasaskan kepada teknikal analisis. Anda tidak akan jumpa teknik spot saham yang bagi dividen di dalam ebook ini. Kalau anda inginkan panduan Fundemantal analisis, memang terus terang ebook ini tidak sesuai untuk anda.

Apapun, kali ini, saya tidak mahu menceritakan dengan lanjut berkenaan dengan Ebook. Tetapi lebih kepada peralatan yang sesuai untuk anda monitor pergerakan saham anda. Bila ada perlatan seperti ini, memang sedikit sebanyak memudahkan anda membuat pelaburan dan monitor pergerakan saham yang telah anda laburkan pada setiap masa. Apakah peralatan-peralatan tersebut?

saham maybank2u

Peralatan Penting bagi Pelabur Saham

Laptop

Laptop adalah peralatan yang wajib ada. Tanpa ada laptop, susah sikit nak buat proses jual beli saham. Kalau anda menggunakan teknikal analisis, memang perlu ada laptop untuk membuat graf, trend chart dan lain-lain. Anda tidak boleh membuat trend chart dengan smartphone. Kalau anda sering trade menggunakan laptop pejabat, memang perlu juga untuk anda dapatkan paling kurang satu laptop yang boleh memudahkan anda membuat analisis pelaburan.

Lagipun, anda boleh menggunakan laptop tersebut untuk pelbagai aktiviti lain yang tidak berkaitan dengan saham. Laptop ini akan memudahkan anda untuk membuat analisis syarikat yang anda ingin masuk juga ulangkaji atau proses research dalam pasaran. Saya memang mennggalakkan anda seriously consider untuk beli satu laptop. Kalau tak tahu nak cari di mana, ada banyak pilihan yang ada di Lazada. Laptop 13inch pun banyak yang murah-murah yang ada di Lazada. Boleh tengok senarai Laptop dibawah;

1 Laptop Asus – Antara Yang Berharga Murah dan Berkualiti – KLIK Untuk Info
2 Pilihan Lain adalah Laptop Lenovo – Kualiti pun terbaik
3 Kalau ada bajet apa salahnya ambil Macbook – Kualiti memang dijamin

Ada banyak lagi pilihan yang ada di Lazada untuk anda pilih. Apapun, anda boleh pilih berdasarkan kepada bajet anda sama ada anda mahukan laptop yang macam mana, kapasiti laptop anda dan lain-lain lagi.

Tablet atau Ipad

Sejujurnya, tablet ataupun Ipad tidaklah sepenting laptop. Tetapi kalau anda memang memudahkan urusan anda dalam jual beli saham. Kenapa jual beli, sejujurnya, untuk analisa syarikat, saya akan menggunakan laptop, melakar trend chart, graf dan lain-lain lagi. Tetapi, apabila nak buat pembelian, disinilah saya menggunakan Tablet atau Ipad. Memang tiada masalaah pun kalau nak buat proses jual beli dengan Laptop, tetapi kalau nak cepat, dengan adanya Tablet atau ipad ini akan memudahkan anda membuat proses jual beli.

Kalau memang anda sudah ada laptop, nak ada tablet pun boleh, tak ada pun takpe. Tetapi, kalau anda memang tiada lagi laptop, memang kena usahakan untuk ada satu laptop dalam masa terdekat. Lebih memudahkan urusan. Untuk tablet pula, boleh tengok beberapa tablet dan Ipad yang ada di Lazada di link bawah;

1 Xiomi Tablet – Antara Termurah dan Terbaik di Lazada
2 Acer tablet – Antara Pilihan terbaik selepas Xiomi
3 Wisetab – Harga murah, baca review dahulu sebelum memilih tablet ini

Smartphone

Rata-rata sekarang ini memang hampir semua dah memiliki smartphone. Didalam smartphone ini, anda boleh install app yang boleh bagi alert kepada anda apabila saham yang anda beli sudah sampai target tertentu. Ini sekaligus membolehkan anda membuat penilaian sama ada untuk membeli ataupun tidak. Memang digalakkan untuk anda smartphone yang terkini, lagipun memang sekarang ini dah ada banyak yang murah-murah dan berkualiti, tak percaya? Saya senaraikan lagi 3 smartphone di bawah;

1 Xiomi Redmi Note – Terbaik dari segi kualiti dan harga
2 Apple Iphone 7 – Terbaik di pasaran
3 Lenovo Smartphone – Terbaik dan Harga Murah

Item Penting Lain Adalah Strategi Anda Sendiri

Seterusnya, memang tidak dinafikan yang peralatan seperti ini pun penting. Tetapi yang lebih penting daripada itu adalah strategi anda sendiri untuk memulakan langkah pelaburan anda. Sama ada anda nakkan strategi teknikal analisis atau fundemental analisis, ianya terpulang. Banyak tempat yang anda boleh pergi untuk memulakan langkah pembelajaran anda. Untuk teknikal analisis, memang saya galakkan ebook Sistem Saham sebagai langkah pertama.

Apapun, semoga berjaya kepada anda dalam pelaburan saham yang anda ceburi.

The post Laptop Murah – Peralatan Penting Pelabur Saham appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/2gGWAPg

No comments:

Post a Comment