Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, nak berikan sedikit review pada kali ini berkenaan dengan pinjaman perumahan bank islam. Mungkin ada yang tercari-cari pinjaman perumahan yang ada di luar sana, bagi saya pinjaman perumahan bank islam adalah yang terbaik diantara pinjaman perumahan yang ada pada masa kini.
Kenapa pinjaman perumahan bank islam
Sebab utama saya memilih pinjaman perumahan bank islam adalah kerana ianya 100% islamik. Kalau boleh, saya sarankan kepada mereka yang beragama islam tu, pilihlah pinjaman perumahan yang islamik atas faktor-faktor hukum dan lain-lain. Mungkin saya akan cuba ulas dengan panjang lebar berkenaan dengan pinjaman perumahan islamik vs pinjaman perumahan konvensional. Lagipun, sekarang ni dah makin ramai non muslim yang gunakan pinjaman perumahan islamik ni, kalau non muslim pun ambil pakej pinjaman islamik, kenapa kita tak mahu?
Antara pakej yang menarik daripada bank Islam adalah dalam tempoh setahun, ada sekali tidak perlu membayar bayaran bulanan. Biasanya pada hujung tahun. Benda ini sangatlah membantu terutama kepada ibu-bapa yang berkeluarga dan bekerja tu. Masa ni lah banyak duit yang nak digunakan. Jadi, kalau tak bayar sebulan dalam setahun memang sangat-sangat membantu kewangan keluarga.
Kadar BLR yang agak rendah. Kalau nak ikutkan memang kadar BLR dari semua bank ini lebih kurang sama dan kena ikut guideline daripada bank negara. Jadi, tetapi kadangkala kadar BLR Bank Islam ini agak rendah sikit berbanding dengan bank lain.
Sekarang, untuk apply pinjaman daripada bank Islam, anda boleh lakukan perkara tersebut secara online. Boleh ke laman ini untuk anda apply loan daripada bank Islam. Kelulusan pun dengan kadar segera dan pantas. Memang membantu anda untuk mendapatkan loan dengan kadar segera.
Sedikit penambahbaikan kepada pinjaman perumahan bank Islam
Kalau nak ikutkan, pinjaman perumahan bank islam ini tidaklah terlalu perfect, masih ada ruang-ruang penambahbaikan yang perlu untuk menjadikan kewangan islam lebih baik pada masa akan datang. Penambahbaikan daripada saya sendiri, kadar approval agak lambat sikit berbanding dengan bank-bank lain.
Saya apply loan untuk rumah saya di kawasan Johor bahru dengan 3 bank serentak, tetapi bank Islam lambat sikit masa approvalnya. Jadi, kalau misalkata pihak bank Islam dapat menambahbaik dan mempercepatkan approval adalah lebih baik.
Akhirnya saya ambil pinjaman dari bank islam
Ya, akhirnya saya ambil pinjaman dari bank Islam atas faktor-faktor yang saya beritahu tadi. Approval bank Islam tidaklah terlalu mengambil masa yang terlalu lama, cuma ada bank yang lebih cepat, harap, sekarang sudah makin effisyen. Apapun, kalau anda nak apply pinjaman perumahan bank Islam, boleh je apply secara online di SINI.
Tak salah untuk memohon pinjaman perumahan lebih daripada satu, bagi saya, apply je loan banyak-banyak, nnt bila dah approve, pilih je satu yang paling baik. Itulah yang saya lakukan pada rumah yang saya beli. Kalau guna laman RinggitPlus ini, memang membantu untuk apply loan rumah dengan cepat dan mudah.
Apapun, inilah serba sedikit tips daripada saya, harap dapat membantu anda untuk apply atau pinjaman perumahan dengan kadar segera.
The post Review Pinjaman Perumahan Bank Islam appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2apc2wk
No comments:
Post a Comment