Thursday 4 August 2016

Cara Pengiraan Pinjaman Perumahan Lengkap

Artikel pada kali ini, saya nak berkongsi tentang pengiraan pinjaman perumahan yang anda patut tahu. Kalau anda sedang bercadang untuk membeli rumah, memang penting untuk tahu tentang cara kiraan pinjaman perumahan ini. Tidak perlu tahu secara detail, tahu basic info sudah memadai. Artikel ini memang bertujuan membantu anda untuk memberi basic info cara pengiraan pinjaman perumahan.

pelaburan hartanah

Pengiraan Pinjaman Perumahan – Apa yang anda perlu tahu

Sebenarnya, cara pengiraan pinjaman perumahan adalah sesuatu yang sangat kompleks dan mempunyai formula yang tersendiri. Untuk memudahkan anda, saya cadangkan untuk anda lihat atau gunakan kalkulator pinjaman perumahan yang ada di SINI. Ianya lebih mudah dan senang digunakan.

Kalkukator ini tidaklah boleh berikan kepada anda maklumat yang tepat, tetapi anda dapat anggaran berapa yang anda kena bayar dan ansuran bulanan. Benda ini sangat penting terutama untuk melihat kemampuan anda sendiri dalam membeli rumah. Nasihat saya, beli rumah yang anda mampu bayar setiap bulan, itu lebih penting.

Saya juga cadangkan and gunakan lamam ringgitplus ini. Laman ini telah siap-siap comparekan bank-bank yang sesuai dan memberikan pilihan pinjaman yang terbaik yang anda boleh dapat. Bukan itu sahaja, anda boleh apply terus loan di bank yang diberikan secara online. Memang mudah dan terbaik.

Boleh layan video di bawah ini berkenaan dengan info pinjaman perumahan dan apa yang anda perlu tahu. Ianya adalah basic knowledge untuk anda juga.

Tips Mohon Pinjaman Perumahan

Untuk tips memohon pinjaman perumahan, saya cadangkan untuk anda apply lebih daripada satu bank serentak. Mohon pinjaman lebih daripada satu bank, supaya bila ada satu bank yang reject, ada lagi bank lain yang anda sedang pohon. Tak perlulah untuk memohon dari awal bila bank dah reject loan. Kan mudah.

Kalau misalkata ada beberapa bank yang dah luluskan permohonan anda selepas anda memohon pinjaman perumahan daripada beberapa bank, anda bolehlah memilih pakej pinjaman yang terbaik daripada bank-bank tersebut. Anda jimat masa dan pada masa yang sama, anda dapat memilih pakej pinjaman yang terbaik. Boleh ke laman INI untuk lihat kelulusan pinjaman anda dan apply online untuk loan pinjaman islamik.

Teknologi makin memudakan terutama untuk loan rumah

Perkembangan teknologi memang makin memudahkan terutama dalam aspek pinjaman perumahan. Ada loan calculator, ada juga permohonan secara online. Apapun, manfaatkanlah teknologi sebaiknya.

The post Cara Pengiraan Pinjaman Perumahan Lengkap appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/2ayO6cS

No comments:

Post a Comment