Sunday 5 November 2017

Cara Beli Rumah Pertama – Ada 3 Jenis Rumah Yang Anda Wajib Tahu!

Kali ini kami nak tunjuk kepada anda cara beli rumah pertama dan apa yang anda perlu tahu untuk anda membeli rumah tersebut. Sebelum saya memulakan tips, ada 2 perkara yang anda perlu takankan dalam pembelian rumah tersebut. Yang pertama adalah modal ataupun cash. Dengan modal yang cukup, insyaAllah segala urusan jual dan beli rumah menjadi lebih mudah dan cepat. Penting untuk anda mempunyai modal dan kalau modal tak ada, tak perlu risau, dengan ilmu yang betul, anda boleh mendapatkan rumah yang anda idamkan.

Selain daripada modal, faktor yang penting kedua adalah berkaitan dengan ilmu dan teknik. Walaupun modal agak minima, tetapi dengan ilmu dan teknik yang betul pun, anda sudah boleh membeli rumah dengan cara yang betul. Sebagai contoh adalah KWSP, anda boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk pembelian rumah anda. Juga ada cara lain yang anda boleh dapatkan di SINI.

Apapun, kali ini kami akan tunjukkan kepadqa anda seringkas yang boleh berkenaan dengan cara dan tips yang betul untuk mendapat rumah yang anda idamkan.

Sebelum Membeli Rumah

Sebelum membeli rumah apa yang penting adalah untuk anda tahu modal yang anda ada. Ini penting sekali. Paling tidak kena ada RM10k sebagai contoh sebagai modal minima untuk rumah yang anda mahukan. Dari mana dana yang anda boleh dapat? Antaranya adalah KWSP dan duit yang anda kumpul sendiri. Bila ada modal seperti ini, maka akan lebih mudahlah untuk anda membeli rumah yang anda mahukan. Ianya bergantung kepada harga rumah, untuk maklumat lanjut, kami galakkan untuk anda download excel file INI untuk tahu kos pembelian sebiji rumah.

Cantikkan rekod pembayaran anda dengan pihak bank. Cara mudah untuk ini adalah pergi ke cawangan Bank Negara berdekatan untuk dapatkan rekod pembayaran anda sama ada bagus ataupun sebaliknya. Kalau rekod CCRIS tak cantik, kena cantikkan dulu sebelum membuat permohonan pinjaman perumahan. Kalau tak nanti sia-sia sahaja permohonan pinjaman anda kena tolak mentah-mentah. Kalau ada tunggakan tu, mintak settlekan tunggakan cepat-cepat dan kalau ada buat loan tu, yang anda boleh settlekan, mintak anda settlekan.

Bila sudah ada duit dan rekod CCRIS anda cantik, barulah boleh pergi ke langkah seterusnya iaitu memburu rumah idaman anda.

Pilih Rumah Idaman Anda

Ada 3 jenis rumah yang biasanya dijual di Malaysia. Lelong, rumah yang masih dalam pembinaan dan satu lagi adalah rumah 2nd hand atau nama lain subsale. Daripada rumah-rumah ini, ada kebaikan dan keburukan yang anda perlu fahami.

#1 Rumah Lelong

Selalu dengar rumah lelong ini murah kan? Yup memang murah tetapi perlu ingat, kalau rumah lelong ini banyak rosak dan lain-lain, kena guna duit sendiri untuk betulkan rumah tersebut. Belum lagi dengan deposit 10% yang anda kena keluarkan. Apapun rumah lelong memang murah dan untuk itu juga, ianya memerlukan cash yang banyak berbanding dengan rumah lain. Terpulang kepada anda, kalau anda ingin dapatkan rumah lelong, boleh cuba dapatkan info lanjut. Nasihat saya, kalau tak biasa, boleh cuba berhubung dengan agen lelong untuk maklumat lanjut.

#2 Rumah Dalam Pembinaan

Rumah dalam pembinaan ini biasanya harganya agak mahal sedikit berbanding dengan rumah lain, tetapi biasanya ianya datang dengan pakej yang menarik daripada pemaju untuk melariskan jualan. Antara pakej yang paling biasa adalah tiada downpayment, free lawyer fee dan lain-lain. Memang menarik pakej ini dan ini adalah antara pakej yang terbaik yang ditawarkan. Kepada yang tidak ada banyak cash, ini adalah antara pilihan yang ada untuk rumah yang baik dan berkualtii.

Lagilah kalau memang mahukan rumah baru, ini adalah pilihan yang anda ada. Nasihat saya, kalau mahukan rumah seperti ini, cari developer yang ternama dan terkenal, untuk elak daripada masalah di kemudian hari.

#3 Rumah Subsale

Yang kettiga adalah rumah 2nd hand. Ini adalah antara pilihan tengah-tengah antara rumah subsale dan juga rumah lelong. Bergantung kepada deal yang anda dapat, memang anda boleh dapat rumah seperti ini. Untuk rumah 2nd hand ini, saya sarankan anda dapatkan tips di SINI.

Dah Jumpa Rumah Idaman Anda, Lepas Tu Apa?

Kalau dah jumpa rumah idaman anda, langkah seterusnya adalah untuk submit loan kepada bank. Boleh pergi ke bank-bank berdekatan atau kalau kenal mana-mana banker pun tiada masalah untuk terus pergi berjumpa dan submit loan anda. Bila urusan bank selesai, langkah seterusnya adalah untuk berjumpa dengan lawyer dan selesaikan urusan yang patut diselesaikan antara penjual dan pembeli.

Apapun, ini adalah antara tips ringkas berkenaan dengan cara menjual dan membeli rumah anda. Apapun, kepada pembeli, boleh dapatkan maklumat dengan lebih lanjut kepada agen berdekatan. Atau boleh hubungi kami di LINK ini untuk mendapatkan info lanjut.

The post Cara Beli Rumah Pertama – Ada 3 Jenis Rumah Yang Anda Wajib Tahu! appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/2hHNm8C

No comments:

Post a Comment