Saturday 1 April 2017

Pilihan Harga Saham TNB Terkini

Macam mana nak melabur dalam saham TNB terkini? Untuk pengetahuan anda, saham TNB adalah antara salah satu ‘blue chip’ atau saham yang besar di dalam Bursa Malaysia. Tidak dinafikan yang, harga saham ini agak mahal berbanding dengan saham lain dan saham ini juga merupakan salah satu saham yang termasuk dalam indeks KLCI.

Kali ini, kami nak berikan beberapa tips penting kepada anda terutama kalau anda nakkan atau berminat untuk melabur saham TNB. Dengan teknik yang betul, memag anda boleh buat untung, tetapi tidak terhad kepada saham daripada TNB sahaja, banyak lagi saham lain yang bagus dan berpotensi yang anda boleh dapatkan di Bursa Malaysia.

Cara Nak Melabur Dalam TNB – Timing, timing dan timing

Kalau dalam pelaburan hartanah, antara mantra yang selalu dilaungkan adalah, lokasi, lokasi dan lokasi. Dalam saham pula, apa yang anda perlu ingat adalah timing, timing dan timing. Timing yang betul memang membolahkan anda mendapat untung besar dalam pelaburan saham.

Timing untuk menjual dan timing untuk membeli. Kalau anda memang ataupun dah jumpa kaunter syarikat yang bagus pun, tetapi dari segi timing pembelian itu salah, memang akan menyebabkan anda rugi sahaja. Timing beli dan timing jual kena betul. Macam mana nak dapatkan timing beli dan jual yang betul, kena belajar apa itu teknikal analisis dan fundemantal analisis.

Kalau tahu kedua-dua teknik ini, memang mudah untuk anda tentukan timing pembelian dan penjualan saham yang anda inginkan.

Smartinvest 101 Rekemen Teknikal Analisis

Kami rekemen untuk gunakan teknik teknikal analisis dalam pelaburan saham. Memang ada perdebatan antara teknikal analisis dan fundemantal analisis. Tetapi, kami lebih serasi dengan teknik teknikal analisis. Salah satu method penting dalam teknikal analisis adalah dalam pelaburan menggunakan japanese candlestick.

Candlestick adalah cara menggunakan dan melihat psikologi dalam pelaburan saham. Lebih mudah untuk anda melihat psikologi dalam pelaburan saham ini, lebih banyak kenarangkalian anda untuk sukses dalam pelaburan saham. Untuk itu, anda boleh dapatkan tips dan panduan pelaburan seta signal-signal penting dalam pelaburan saham di bawah. Ianya adalah tips-tips penting dalam pelaburan saham yang penting terutama kalau anda memang serious untuk berjaya dalam pelaburan saham.

>>Download Tips Penting Pelaburan Saham<<

Selain daripada teknikal analisis, anda juga masih boleh mempelajari fundemantal analisis dalam pelaburan saham. Yang mana yang lebih bagus dan mendatangkan keuntungan? Ianya bergantung kepada strategi anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.

Saham TNB – Penting Dalam KLCI

Saham TNB adalah saham yang penting dalam indeks KLCI. Ianya bergantung kepada anda juga untuk mengenalpasti tips dan teknik untuk membuat pelaburan dalam pasaran saham.

Yang penting adalah strategi anda dalam menganalisis kaunter pelaburan saham. Satu lagi adalah timing anda untuk membeli dan menjual saham yang anda mahukan. Dengan ilmu dan timing yang betul, memang kebarangkalian untuk anda sukses adalah lebih tinggi dan lebih baik. Apapun, semoga berjaya dalam pelaburan anda.

The post Pilihan Harga Saham TNB Terkini appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 http://ift.tt/2nKhSk4

No comments:

Post a Comment