Ramai yang mencari alatan jahitan daripada pemborong alat jahitan. Ramai juga yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat jahitan yang berkualiti untuk kegunaan sendiri dan pejabat. Jadi, kali ini, saya nak rekemen 3 pembekal alat jahitan yang berbaloi untuk anda cuba dapatkan daripada mereka.
Fokus artikel pada kali ini adalah ingin memberikan pendedahan kepada anda tentang beberapa supplier ataupun pemborong yang pada saya merupakan pemborong yang berkualiti dan terbaik. Harga yang mereka tawarkan pun murah dan berbaloi.
3 Senarai Pemborong alat jahitan yang berbaloi
Kalau anda mempunyai kedai jahit ataupun ada butik jahitan yang tersendiri, bolehlah dapatkan bekalan perlatan jahitan di 3 pembekal ini. Berikut adalah 3 pembekal yang saya katakan;
1 Peralatan Menjahit Stitch Item
2 Peralatan Jahitan Sewing Thread Murah di pasaran
3 Butang Baju Pelbagai Jenis dan Saiz daripada Pembekal Terbaik
Mana tahu, selain daripada anda mengajar di butik anda, pun boleh ambil stock dan jual barangan jahitan ini. Ianya boleh dijual secara online dan offline. Memang menarik. Yang lebih menarik lagi adalah, selain daripada 3 pemborong peralatan jahitan yang saya cadangkan di atas, anda masih lagi boleh dapatkan pemborong yang lain. Kerana memang ada banyak pemborong lain yang ada di Alibaba untuk anda pilih. Terbaik bukan?
Apa itu Alibaba
Kalau anda nak tahu, Alibaba adalah laman yang dibuat memang khusus untuk menghubungkan pengilang dari China dengan dunia luar. Dengan erti kata lain, harga yang ditawarkan oleh pihak Alibaba ini adalah harga kilang. Yang menjadi tidak menariknya, terutama kalau perniagaan anda masih dalam skala kecil, anda kena membeli dalam kuantiti yang banyak. Tetapi tak apa, saya nak tunjukkan tips penting untuk berurusan dengan pemborong di Alibaba ini.
Tips penting untuk berurusan dengan Pemborong di Alibaba
Apa yang paling penting kalau nak berurusan dengan pemborong di sana adalah, anda kenalah cuba untuk nego atau bincang dengan mereka. Walaupun ada sesetengah penjual yang menjual dengan minimum kuantiti 1000pcs, anda masih boleh nego sehingga 500pcs ataupun 100pcs. Kuncinya di sini adalah cuba hubungi penjual, tawarkan harga dan kuantiti yang anda mahukan. Semuanya memang bisa diatur.
Laman Alibaba ini pun memang menggalakkan anda untuk cuba nego dengan mereka. Kalau nak custom made pun tak ada masalah, semunya memang bisa diatur dan memudahkan urusan anda.
Begitulah antara beberapa tips penting ketika berurusan dengan pemborong atau pembekal di Alibaba. Yang menariknya, selain daripada pemborong alat jahitan, banyak lagi pemborong lain di Alibaba yang anda boleh pilih untuk perniagaan anda. Harap artikel ini membantu anda mendapatkan yang terbaik untuk perniagaan anda.
The post 3 Senarai Pemborong Alat Jahitan Termurah Untuk Kedai Anda appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2d8tUTl
No comments:
Post a Comment