Macam mana dengan keadaan bursa saham Malaysia hari ini? Ianya bergantung kepada banyak faktor daripada analisis anda untuk tentukan keadaan bursa saham Malaysia hari ini. Artikel pada kali ini, saya nak berikan tips untuk melihat suasana dan cara membaca market bursa saham Malaysia pada hari ini.
Sebelum saya pergi lebih jauh, saya sarankan untuk anda dapatkan secara percuma keadaan bursa saham Malaysia di LINK INI. Ianya adalah signal yang sering digunakan untuk membaca keadaan pasaran semasa saham. Penting untuk menganalisa pasaran saham.
Bagaimana membaca keadaan bursa saham Malaysia hari ini?
Ada banyak cara untuk anda membaca keadaan bursa saham dan ianya boleh dibaca menggunakan kaedah teknikal atau fundemantal. Saya akan berikan secara ringkas bagaimana membaca keadaan pasaran saham dalam kedua-dua teknik tersebut.
Cara Membaca keadaan market Malaysia dengan teknikal analisis
Pada artikel ini saya akan berikan contoh macam mana untuk lihat keadaan bursa saham secara teknikal. Saya akan gunakan indeks KLCI sebagai penanda aras market Malaysia. Selepas ini, saya rasa anda pun boleh membuat analisis yang sama tentang bagaimana untuk membuat analisis bagi menentukan keadaan pasaran pada masa kini.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah melihat carta indeks KLCI. Saya gunakan platform RHB invest untuk membuat analisa dengan indeks KLCI. Apa yang anda perlukan adalah mencantumkan setiap puncak seperti di atas.
Berdasarkan kepada keadaan semasa, indeks KLCI adalah dalam keadaann menurun. Penting untuk anda tahu keadaan ini dan mula melabur dalam keadaan berhati-hati.
Bagaimana untuk melihat indeks dalam keadaan menaik? Sama sahaja, anda perlu cantumkan setiap puncak kenaikan. Di bawah adalah Indeks Teknologi KLCI pada tahun2012 – 2015. Jika anda lihat, indeks berada dalam keadaan menaik pada masa ini, anda boleh melabur lebih agresif pada masa ini kerana arah indeks yang semakin menaik.
Pada masa indeks menaik, lebih mudah untuk anda membuat untung dengan pelaburan saham. Ini fakta bukan auta. Pada masa indeks menurun, anda masih boleh membuat untung dengan pelaburan saham, tetapi pelaburan anda haruslah lebih berhati-hati agar tidak tersilap langkah. Pelaburan saham pada masa indeks sedang menurun perlukan lebih kesabaran. Apapun, kalau anda ingin membuat untung dalam pelaburan saham sama ada keadaan saham menaik atau menurun, saya cadangkan anda dapatkan TIPS PELABURAN SAHAM INI. Ianya telah membantu ramai pelabur di luar sana untuk melabu dan berjaya dalam pelaburan saham.
Cara Membaca Bursa Saham Malaysia hari ini dengan fundemantal analisis
Bagaimana nak baca market Malaysia hari ini dengan analisa teknikal? Tidak sukar untuk membaca. Kalau anda mahir dengan analisa teknikal, secara automatik anda akan tahu keadaan fundemantal bursa saham Malaysia. Apabila saham menaik, analisa fundemantal adalah menaik juga, dan apabila keadaan saham dalam keadaan downtrend, fundemantal saham juga sedang menurun. Apa yang berlaku dalam teknikal adalah refleksi fundemantal.
Selain itu, anda boleh dapatkan info daripada laman The Edge berkenaan dengan berita ekonomi Malaysia dan dunia. Rajin membaca berita membolehkan anda menilai keadaan sesuatu saham. Penting untuk anda lakukan ini untuk berjaya dalam pelaburan saham. Tahu keadaan pasaran saham dan bertindak sewajarnya untuk memaksimakan keuntungan pelaburan saham melalui bursa saham.
The post 2 Tips Analisa Bursa Saham Malaysia Hari ini Buat Anda Untung appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1r1Ilcn
No comments:
Post a Comment