Apa itu bursa saham Malaysia papan utama? Bursa saham di Malaysia dibahagikan kepada 2 papan utama. Iaitu ‘main market’ dan satu lagi adalah ‘secondary market’. Apa beza kedua-dua papan ini kepada pelabur saham macam kita?
Kebanyakan saham-saham premium berada di bursa saham Malaysa papan utama. Manakala saham-saham small cap pula berada di bursa saham Malaysia papan kedua. Cara melabur dalam kedua-dua saham ini pula adalah berbeza dan tidak sama. Apa yang saya maksudkan dengan cara yang berbeza ini?
Cara Melabur dalam bursa saham Malaysia papan utama
Kebanyakan saham yang berada di papan utama dalam saham premium yang kebiasaannya berharga RM1 dan ke atas. Jarang untuk jumpa saham yang berharga RM1 dan kebawah walaupun ada saham seperti ini di main market. Untuk saham yang berada di papan utama ini, anda boleh simpan saham ini bertahun-tahun dan kemungkinan untuk saham ini terkeluar dari bursa adalah sukar sekali. Anda boleh mengambil pendekatan long term untuk pelaburan saham sini.
Cara lain untuk melabur dalam bursa saham Malaysia papan utama adalah, anda boleh menggunakan teknikal analisis dan fundemantal analisis dalam pelaburan anda. Anda boleh mencari saham yang mempunyai asas kewangan yang kukuh dan mula melabur menggunakan teknik teknikal analisis. Saya cadangkan anda baca teknik pelaburan Indeks INI ataupun dapatkan candlestick reversal signal secara PERCUMA INI untuk membolehkan anda melabur secara efektif dalam pelaburan saham.
Saya cadangkan untuk anda gabungkan teknik teknikal analisis dan fundemantal analisis untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan saham anda.
Cara Melabur dalam bursa saham Malaysia papan kedua
Ada ke tips nak melabur dalam bursa saham papan kedua yang biasanya tak sampai RM1 ini? Ya ada, berbeza dengan saham papan utama, cara untuk melabur dalam papan kedua adalah anda perlukan kemahiran teknikal analisis yang bagus. Teknik fundemantal analisis tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kebanyakan saham di papan kedua biasanya tidak mempunyai asas fundemantal yang kukuh. Kalau anda mempunyai asas pelaburan saham yang kukuh boleh cuba untuk masuk ke saham jenis ini.
Saham dalam papan kedua juga tidak boleh untuk dipegang terlalu lama kerana harganya yang selalu tidak stabil. Biasanya saya akan terus jual jika dapat untung. Tidak seperti saham di papan utama yang anda boleh pegang lama, saham di papan kedua ini paling lama anda boleh simpan adalah selama 1 bulan. Kalau yakin untuk simpan saham ini lama pun tak ada masalah, tapi tak digalakkan.
Pendekatan berbeza dalam pelaburan saham
Begitulah serba sedikit pendekatan berbeza dalam pelaburan saham. Saya cadangkan untuk anda dapatkan tips Pelaburan Saham ini bagi membantu anda untuk berjaya dalam pelaburan saham.
The post 2 Tips Analisa Bursa Saham Malaysia Papan Utama appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1sJYZyD