Ramai yang mencari teknik pelaburan emas yang menguntungkan. Persoalannya, ada ke teknik pelaburan emas yang menguntungkan semua pihak?
Berikut saya kongsikan beberapa tips sebagai panduan untuk mendapatkan satu cara pelaburan emas yang menguntungkan. Cara ini sesuai digunakan walaupun anda seorang pelabur baru ataupun pelabur yang telah melabur lama dalam pelaburan emas ini.
• Berdasarkan kepada indeks emas, turun naik emas
Tidak dinafikan yang emas juga turut dipengarufi oleh faktor turun dan naik indeks emas. Ianya tidak semudah, jika indeks emas dalam keadaan menurun, maka boleh membeli. Jika indeks emas dalam keadaan menaik, maka, anda boleh menjual. Ramai penjual yang mensarankan untuk membeli emas ketika harga masih lagi rendah, kerana ianya akan naik tak lama lagi. Ketika harga tinggi pun, penjual-penjual emas menyarankan untuk membeli emas kerana harga tetap akan naik. Ketika harga emas rendah pun beli, ketika harga emas tinggi pun beli, bila pula nak jual?
Dapatkan ilmu pelaburan emas yang betul dan jangan terperangkap dengan mainan penjual-penjual emas.
• Emas merupakan satu pelaburan jangka panjang
Betul, emas merupakan satu pelaburan jangka masa panjang. Jika anda mengharapkan keuntungan daripada pelaburan emas selepas 2 atau 3 bulan, makan ianya tidak sesuai untuk anda. Mungkin ianya merupakan skim-skim sontot yang banyak terdapat di luar sana.
• Ikut trend terkini dalam pelaburan emas
Pelaburan emas yang berdasarkan kepada trend terkini. Ianya sangat penting kerana anda mudah untuk menjual dan membeli emas kerana orang lain pun memiliki koleksi yang sama.
Terutama coin emas dan lain-lain yang menarik yang anda boleh gunakan untuk berjaya dalam pelaburan emas.
• Teknik ar rahnu
Satu teknik yang tidak asing lagi dalam pelaburan emas. Jika anda ingin menggunakan teknik ar rahnu dalam pelaburan anda, hati-hati kerana ianya tidaklah semudah yang disangka. Banyakan membaca dan mengulangkaji topik-topik berkenaan dengan teknik ar rahnu ini dan dapatkan panduan yang betul untuk berjaya.
• Akaun pelaburan emas
Jika anda ingin bermula untuk melabur dalam emas, salah satu alternatif yang bagus adalah memulakan pelaburan anda dengan instrumen ini. Iaitu akaun pelaburan emas. Ada banyak alternatik untuk akaun pelaburan emas di Malaysia dan untuk maklumat lanjut berkenaan dengan akaun pelaburan emas, boleh rujuk artikel SINI. Jangan lupa dapatkan maklumat dari Bank Negara untuk maklumat lanjut berkenaan dengan statu pelabura emas anda.
Ingin Mempelajari teknik pelaburan emas?
Smartinvest101 ingin membawakan kepada anda beberapa tips dan teknik berguna terutama jika anda ingin berjaya dalam pelaburan emas.
Jika anda ingin berjaya dalam pelaburan emas, dapatkan tips dan panduan pelaburan emas ini untuk anda berjaya dalam pelaburan anda.
Semoga berjaya.
The post Teknik Pelaburan Emas yang Menguntungkan appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/1PW84v0
No comments:
Post a Comment