Antara tugas harian yang kami sering lakukan dalam proses sama ada untuk pinjaman rumah ataupun proses jual dan beli rumah adalah untuk mendapatkan harga pasaran. Kebiasaannya, mereka yang ingin dapatkan info berkenaan dengan harga pasaran ini sama ada untuk refinance rumah ataupun proses untuk menjual rumah mereka.
Kali ini, kami dapat mesej dari pihak tuan rumah yang ingin menjual rumah dia. Lokasi rumah tersebut adalah di Batu Pahat Johor. Rumah yang ingin dijual adalah jenis rumah teres 2 tingkat, pegangan bebas. Sepeprti biasa, SOP yang kami inginkan adalah seperti berukut:
1 Pihak tuan rumah perlu berikan detail rumah seperti alamat penuh, jenis pegangan, renovasi yang terlibat, harga berkaitan, jumlah bilik dan bilik air.
2 Gambar rumah luar dan dalam terutama kalau tuan rumah inginkan harga yang agak tinggi. Gambar rumah penting kerana ada beberapa penilai yang akan memberikan harga yang lebih tinggi setelah melihat gambar rumah.
3 Geran ataupun title, ini untuk confirmkan maklumat-maklumat seperti luas tanah, pegangan bebas ataupun pajakan, sekatan-sekatan yang ada termasuklah bumi ataupun non bumi. Semua info ini memang boleh didapati di geran.
4 Info berkaitan lainnya seperti kawasan kejiranan, rumah sama ada gated dan guarded pun membantu dalam mendapatkan harga pasaran yang jauh lebih tinggi dari biasa.
Apapun, ini adalah antara beberapa info penting berkenaan dengan harga pasaran daripada penilai. Harga pasaran ini penting kerana daripada info inilah, bank akan membuat pinjaman kepada bakal pembeli. Perlu diingat, yang bank tak akan memberikan pinjaman melebihi harga pasaran. Jika ada penjual yang ingin menjual melebihi harga pasaran, memang pembeli perlu menambah sendiri jumlah wang akibat daripada perbezaan antara harga pasaran dan harga jual.
Apa Nak Buat Kalau Jual Lebih Dari Harga Pasaran
Pihak kami dapat PM daripada owner yang ingin jual rumah, seperti biasa, pihak kami akan minta detail alamat rumah dan lain-lain. Servis untuk periksa harga pasaran rumah adalah PERCUMA.
Setelah dapat semua detail daripada tuan rumah, seperti alamat, bilik dan bilik air, renovation, luas tanah, gambar rumah, pihak kami pun hantar kepada valuer untuk verifikasi.
Valuer ataupun penilai feedback kepada kami, harga pasaran hanyalah RM300k tetapi pihak tuan rumah meminta harga RM500k. Terdapat perbezaan harga RM200k di situ.
Kami feedback kepada tuan rumah ” mintak maaf, maksimum harga kalau nak kami jualkan rumah ini hanyalah RM300k, tetapi kenapa tuan mintak sampai RM500k”
Dipendekkan cerita, pihak tuan rumah telahpun membuat renovasi sehingga RM200k, tetapi renovasi itu tidak dapat dimasukkan semua ke dalam valuation penilai.
Jualan rumah di atas harga pasaran bukanlah sesuatu yang mudah, maka kami telahpun menolak secara baik dan berharap pihak tuan rumah akan mendapat pelanggan sendiri.
Apapun, sangat tidak digalakkan untuk anda membuat renovasi rumah sehingga memakan beratus ribu ringgit kerana itu bukan jaminan untuk harga pasaran rumah anda akan meningkat.
Dalam situasi ini, jika harga pasaran adalah RM300k, jika pinjaman bank adalah 90%, bermaksud yang pembeli perlu menambah sehingga 10% ataupun rm30k. Kos guaman dijangka adalah sehingga 5% iaitu RM15k. Bermaksud, untuk rumah ini sahaja, pembeli perlu sediakan RM30k + RM15k = RM45k.
Jika penjual ingin tambah lagi sehingga RM200k, bermaksud pembeli perlu sediakan RM200k + RM45k untuk rumah ini. Berbaloi ataupun tidak itu terpulang.
*Berdasarkan pengalaman kami dalam menyediakan pinjaman rumah ini, tidak ramai pembeli yang mampu untuk sediakan 10% apatah lagi kalau kena tambah kos-kos lain sehingga RM200k!
Sebagai perunding hartanah, kami terpaksa menolak untuk menjual rumah ini dan mencari penjual lain yang ingin menjual rumah mereka pada harga yang lebih munasabah.
Untuk info lanjut dan jika anda ingin dapatkan harga pasaran rumah secara PERCUMA, boleh ISI BORANG INI dan anda boleh mendapat harga pasaran secara percuma. Kami akan periksa harga pasaran dengan pihak terlibat.
The post Jual Rumah Atas Harga Pasaran – 4 Info Perlu Tahu appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/3513ysA