Terlalu banyak hutang sampai dah tak boleh nak manage, terutama hutang yang berkaitan dengan kad kredit dan rumah? Ada kala sampai dah tak boleh nak tidur malam terlalu memirkan pasal hutang? Salah satu jalan yang terbaik adalah untuk anda “serah diri” kepada pihak AKPK ataupun Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.
Kali ini kami nak berikan tips pengalaman uruskan client yang mempunyai masalah dalam AKPK sehingga selesai dan bagaimana beliau boleh membeli rumah kembali setelah urusan dengan AKPK selesai. Yang penting, urusan settle dan tak pening kepala lagi dan pada post kali ini juga, kami ingin berikan tips kepada anda untuk menambah pendapatan agar anda boleh menyelesaikan semua hutang yang ada dalam masa yang singkat, terutama hutang seperti kad kredit.
Bagaimana AKPK Membantu Anda?
AKPK merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan dengan tujuan untuk menigkatkan tahap celik kewangan di kalangan masyarakat. Nampak “cliche” kan, adakah ianya hanya berikan kaunseling semata-mata?
Jawapannya tidak! Selain daripada kaunseling kewangan, khidmat AKPK adalah kecilkan bayaran bulanan anda. Macam mana mereka lakukan? Setakat pembacaan saya daripada beberapa blog, tak ramai yang huraikan secara detail apa yang AKPK lakukan untuk membantu mengurangkan komitmen bulanan anda. Secara ringkasnya, ini adalah apa yang pihak AKPK lakukan untuk memudahkan urusan pinjaman perumahan anda.
Setiap pinjaman dengan agensi kewangan akan ada jumlah asal pinjaman ataupun biasa dalam istilah kewangan dipanggil “principal”. Satu lagi jumlah yang anda kena bayar adalah “interest” yang juga termasuk dalam bayaran yang anda perlu bayar setiap bulan.
Jika anda mempunyai hutang kad kredit, katakan hutang itu mempunyai interest sebanyak RM1200 sebulan, dan setiap bulan anda gagal untuk membayar jumlah interest tersebut, ini akan menyebabkan bayaran bulanan anda semakin bertambah. Disebabkan jumlah bayaran bulanan anda semakin bertambah dan hutang anda yang tak akan habis. Benda ini pastinya buat anda tak tidur malam memikirkan macam mana nak selesaikan hutang tersebut. Itu kalau 1 kad kredit, macam mana kalau seseorang itu mempunyai 8 kad kredit dan setiap satu kad kredit mempunyai limit seperti itu. Pastinya akan membuat seseorang bertambah stress.
Apa yang AKPK akan buat adalah, mereka akan berurusan dengan pihak bank yang mempunyai kesemua 8 kad kredit tersebut, dari sana, mereka akan ketepikan jumlah interest dan anda hanya perlu membayar jumlah prinsipal sahaja untuk kesemua 8 kad kredit tersebut. Selain itu, bergantung kepada tahap kemampuan anda untuk membayar hutang, pihak AKPK akan memanjangkan tempoh pembayaran untuk kesemua kad kredit tersebut kepada satu tempoh yang membolehkan untuk anda selesa membayar bulanan. Dari sini anda akan dapat lihat ramai yang memberikan feedback positif berkenaan dengan AKPK dan ramai yang mengatakan hutang mereka berjaya dikurangkan, sebagai contoh daripada RM1000 sebulan kepada RM400. Tetapi inilah yang mereka lakukan, hutang tetap hutang yang perlu anda bayar dan harap inilah yang membantu anda untuk mengurangkan bayaran bulanan untuk setiap bulan.
Ini adalah antara beberapa syarat AKPK yang anda perlu tahu.
Hutang ALong boleh selesai ke dengan AKPK?
Kalau berkaitan dengan ALong, memang AKPK tidak dapat membantu, lebih baik untuk anda dapatkan khidmat daripada PPIM.
Kekurangan Khidmat Kewangan Ini
1 Anda tidak akan dapat membuat pinjaman lagi dengan mana-mana pihak institiusi kewangan selagi masih dalam program AKPK ini. Selepas keluar dari senarai AKPK ini, biasanya selepas setahun setahun barulah dapat membuat pinjaman baru. Sebab itu kalau anda dalam program ini, memang tidak akan dapat membuat pinjaman rumah.
2 Kalau anda gagal membuat pembayaran selama 2 bulan berturut-turut, anda terkeluar daripada program dan perlu membayar semua interest seperti biasa.
3 Sekali anda keluar daripada program, memang tidak akan dapat masuk semula, jadi kalau ada dalam program, gunakan sebaiknya peluang yang anda ada. Sekali terkeluar, anda perlu membayar jumlah interest seperti biasa. Ini adalah salah satu cara untuk anda keluar daripada belenggu kewangan kalau dah tiada cara lain.
Tips untuk Kurangkan Hutang
Mudah, tetapi nak lakukan bukan mudah. Tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan ataupun expenses, dari situ cuba “tackle” loan yang dah nak habis seperti kad kredit, personal loan dan lain-lain. Elakkan ambil hutang baru.
Apapun, ini adalah sedikit info untuk anda dan harap selepas ini, belenggu kewangan anda selesai dan anda dapat tido malam seperti biasa. Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan program ini, boleh telefon terdekat.
The post Pengalaman AKPK – Urusan Kes Hutang Selesai appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 https://ift.tt/34hCsgC