Saturday 29 September 2018

5 Cara Beli Rumah Pertama – Wajib Baca

Artikel pada kali ini, kami nak kongsikan kepada anda cara untuk beli rumah pertama. Sama ada untuk tujuan duduk sendiri ataupun untuk pelaburan. Kalau nak beli rumah pertama ni memang ramai yang cuba cari tips dan teknik, apapun, kami kongsikan pengalaman kami untuk dapatkan deal rumah 1st.

Kalau tak biasa, memang kena dapatkan panduan atau tanya kepada mereka yang lebih pakar. Kalau memang anda berniat nak dapatkan rumah pertama tetapi tidak mempunyai cash yang cukup, boleh gunakan beberapa sumber seperti KWSP ataupun pinjam mak atau ayah untuk beli rumah yang pertama. Kalau tak, boleh dapatkan info berkenaan dengan Skim Rumah Pertamaku yang memberikan pinjaman sehingga 100%, baca artikel di SINI. Yang penting, rumah yang anda beli itu berbaloi dan kena dengan tujuan anda.

Kisah Saya Beli Rumah Pertama

Saya beli rumah pertama semasa umur 23 tahun dan ketika itu sudah mempunyai duit sebanyak RM20k yang sudah dikumpul semasa belajar. Selepas grad terus target nak cari rumah untuk pelaburan.

Masa jumpa property agent, saya cakap terus terang yang saya nak cari rumah untuk pelaburan, ada tak boleh rekemen mana-mana unit yang sesuai untuk pelaburan. Masa tu, saya fokus pada rumah yang bagi pulangan cashflow +ve. Masa tu agen tersebut rekemen satu rumah di Bandar Baru Uda yang memberikan cashflow yang baik dan yang penting, kena dengan harganya.

Waktu yang paling susah masa tu adalah untuk decide sama ada nak ambil rumah ni ataupun sebaliknya. Setelah berbincang dengan beberapa orang, akhirnya terus ambil keputusan untuk dapatkan rumah ini.

Nak Beli Rumah Yang Pertama – Apa Yang Perlu

Tujuan – Untuk Duduk Ataupun Untuk Pelaburan

Berikut adalah apa yang perlu untuk anda dapatkan unit kediaman yang pertama. Rumah untuk duduk ataupun untuk pelaburan adalah 2 perkara yang berbeza. Kalau untuk duduk, memang kena dapatkan unit yang akan anda duduk untuk satu tempoh masa. Biasanya kalau untuk duduk, harga unit akan lebih mahal sedikit berbanding yang biasa dan mempunyai ciri-ciri seperti dekat dengan sekolah, pasaraya dan lain-lain.

Berbeza dengan kalau anda nak beli untuk tujuan pelaburan. Yang penting adalah tujuan pelaburan anda tercapai sama ada untuk cashflow positive ataupun untuk capital appreciation. Nak dapatkan rumah yang mempunyai cashflow ini, kena banyak study dekat laman web yang menjual rumah dan lihat unit mana yang anda boleh dapatkan pada harga yang anda mahukan. Apapun, apakah tujuan anda?

Sediakan Cash – No Money No Talk

Kalau boleh untuk beli rumah, sediakan cash RM10k minimum. Untuk rumah subsale, anda boleh cuba adjust dengan agen hartanah agar “mark up” harga rumah anda agar tidak perlu membayar downpayment rumah sebanyak 10%. Apapun cara ini memang biasa digunakan dan kalau anda mahukan rumah dimana-mana kawasan dan mempunyai ready 10% ataupun cash yang banyak, boleh isi borang ini. Kami akan cuba sebaiknya menghubungkan anda dengan kenalan agen seluruh Malaysia bagi membantu anda mendapatkan pinjaman yang anda inginkan.

KWSP pun kadang-kadang membantu untuk anda dapatkan rumah yang anda mahukan. Terutama kalau anda mempunyai KWSP akaun 2 yang banyak, anda boleh keluarkan kesemua jumlah yang ada (bergantung kepada syarat KWSP) untuk pembelian rumah.

Beli Unit Yang Biasa Dahulu

Anda boleh pilih untuk beli rumah idaman anda ataupun, cara lain, anda beli rumah yang sederhana dulu walaupun mampu untuk beli rumah yang lebih besar. Kemudian, satu masa jika anda mempunyai cash yang lebih baik, boleh beli rumah yang lebih baik tersebut dan sewakan unit yang anda sedang duduk sekarang. Ianya adalah salah satu tips yang baik untuk pelaburan permulaan.

Apapun, terpulang kepada anda.

Kalau dah ada semua ini, boleh hubungi agen terdekat untuk dapatkan rumah yang anda idamkan. Ataupun boleh isi maklumat anda di sini dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk menghubungkan anda kepada rakan dan kenalan agen hartanah lain yang ada di sekitar.

Kami galakkan untuk anda baca artikel lain berkenaan dengan pinjaman rumah di bawah untuk info yang lebih menyeluruh berkenaan dengan cara dan langkah beli rumah.

1 – Cara Semak Harga Pasaran Rumah – Penting Kalau Beli Direct dengan Tuan Rumah

2 – Cara Nak Kira Kelayakan Pinjaman Rumah Anda

3 – Pakej yang Bank Muamalat tawarkan – KLIK SINI

The post 5 Cara Beli Rumah Pertama – Wajib Baca appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2Qluvz7

4 Cara Check Market Value Rumah – Baca Sebelum Beli Atau Jual

Antara perkara terpenting sebelum anda nak jual rumah, nak beli rumah ataupun nak refinance rumah adalah untuk tahu cara untuk check harga market value rumah. Nak check harga ataupun penilaian harga rumah ini bukan setakat main rasa-rasa atau agak-agak berbanding dengan jiran sebelah rumah, ianya mesti berdasarkan kepada mereka yang profesional mahukan.

Khas untuk anda, pada kali ini kami akan tunjukkan kepada anda berkenaan dengan cara untuk check harga pasaran rumah. Dengan itu anda bakal mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan rumah yang anda nak beli, ataupun nak jual. Dengan itu, lebih mudah jualan anda nanti.

Situasi Membeli Rumah Melebihi Harga Pasaran

Contoh Harga Jualan RM120k
Harga Pasaran RM100k

Dalam situasi seperti ini, bank cuma akan bagi pinjaman berdasarkan kepada harga pasaran RM100k. Pastinya pembeli kena keluarkan RM10k sebagai deposit 10% dan perlu bagi membayar RM20k untuk iaitu beza harga jualan dan harga pasaran (RM120k – RM100k).

Untuk deposit rumah sahaja pembeli perlu membayar RM30k, belum lagi masuk kos-kos lain yang pastinya akan memakan duit yang banyak. Ianya termasuk kos-kos seperti lawyer, valuation dan juga insurans. Perkara paling basic dalam pembelian rumah adalah jangan beli rumah melebihi harga pasaran. Kecuali kalau anda memang mahukan rumah tersebut, bolehlah keluarkan duit sendiri untuk bayar baki lebihan rumah tersebut.

Cara Untuk Periksa Harga Pasaran

Kali ini kami ingin berikan tips dan cara untuk periksa harga pasaran agar tidak terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Ianya membolehkan anda untuk lihat sama ada rumah yang anda mahukan berbaloi ataupun sebaliknya.

#1 Periksa Daripada Agen Hartanah

Biasa agen hartanah mempunyai akses untuk dapatkan harga pasaran dengan penilai. Ataupun jika anda ingin periksa harga rumah anda (Malaysia kecuali Terengganu, Kelantan dan Perlis) boleh isi borang ini untuk kami hubungi anda dalam masa terdekat. Kami juga boleh memeriksa hartanah sama ada anda nak jual, nak beli ataupun nak refinance rumah anda.

Agen hartanah terdekat mempunyai akses kepada penilai. Nasihat saya, anda hanya deal dengan agen hartanah berdaftar dan elakkan dengan agen yang freelance kerana kerap kali kadang-kadang, agen ini akan mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung lebih daripada rumah anda. Kalau anda nak periksa market value rumah anda, boleh isi maklumat anda di SINI dan kami akan cuba dapatkan harga pasaran yang anda mahukan. Sama ada untuk jual ataupun untuk beli rumah, kami bantu anda untuk dapatkan apa yang anda mahukan secepat mungkin.

#2 Periksa daripada pegawai bank

Boleh periksa dengan pegawai bank, tetapi memang kena betul-betul nak beli rumah tersebut. Biasa pegawai bank tidak akan melayan mereka yang sekadar nak tanya ataupun nak dapakan harga pasaran saja-saja. Boleh ke cawangan bank terdekat dan lihat daripada penilaian mereka.

#3 Lihat daripada laman web Brickz

Laman web ini membolehkan anda untuk melihat harga pasaran tetapi, akaun percuma mempunyai restriction dan anda tidak boleh melihat transaksi yang lebih detail. Ianya terhad kepada sesuatu unit dan satu tempoh masa sahaja. Boleh ke laman web ini untuk dapatkan detail unti yang anda mahukan. KLIK sini untuk ke laman web brickz dan anda boleh lihat harga pasaran di kawasan rumah anda.

#4 Deal dengan Penilai

Cara yang paling tepat adalah dengan cuba dapatkan daripada penilai. Tetapi kalau anda bukan agen hartanah, bukan banker agak susah untuk anda deal dengan penilai untuk dapatkan harga pasaran. Kecuali kalau ada sedara mara anda yang merupakan penilai tersebut. Kalau nak deal dengan penilai, lebih baik melalui pegawai bank ataupun agen hartanah. Lebih baik untuk isi borang ini dan kami akan bantu untuk anda dapatkan harga pasaran rumah anda secepat mungkin.

Apapun, ini adalah beberapa tips penting untuk anda dapatkan harga pasaran rumah. Dengan 4 cara ini membolehkan anda untuk dapatkan value rumah anda sama ada untuk jual rumah ataupun untuk beli rumah.

The post 4 Cara Check Market Value Rumah – Baca Sebelum Beli Atau Jual appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2y1cvT5

Pengalaman Refinance Rumah Sendiri – 2 Tips Penting

Kali ini saya nak share berkenaan dengan pengalaman cara untuk refinance rumah client saya sehingga lulus. Untuk pengetahuan anda, anda boleh membaca artikel lain berkenaan dengan pembiayaan semula rumah di SINI untuk info lanjut dan jenis-jenis refinance yang ada dan ditawarkan oleh bank-bank Malaysia.

Apapun, kalau anda ingin mencari cara dan tips untuk pembiayaan semula rumah, berikut adalah antara pengalaman saya sendiri uruskan pinjaman ataupun refinance rumah. Harap ianya memberikan manfaat kepada anda.

Pengalaman #1 Komitmen Hitang Terlalu Tinggi

Dalam minggu lepas dapat 1 kes refinance. Jumpa dengan client dan tujuan dia nak refinance adalah sebab komitmen dia terlalu tinggi. Dia nak gunakan cash yang dia dapat lepas refinance rumah untuk settlekan komitmen dia macam kad kredit, personal loan dan lain-lain.

Disebabkan tujuan nak refinace untuk restructure balik hutang, jadi cuma send kes ni ke beberapa bank je yang ada offer “debt consolidation”. Cubaan pertama gagal sebab memang komitmen terlampau tinggi.

Lepas tu offer pada client utk gabung nama dengan isteri ataupun adik beradik. Akhirnya isteri beliau setuju untuk apply kali kedua dengan nama bersama. Selepas cubaan kali kedua, sudah ada nampak tanda-tanda refinance akan berjaya. Apapun, kalau anda mempunyai komitmen yang terlampau tinggi, boleh gunakan cara ni dan cuba refinance rumah pada bank yang offer pakej “debt consolidation” nak tahu bank mana, boleh pm.

“Kalau refinance ni tak lepas, saya akan ke AKPK sebab dah tak boleh nak tanggung bebanan hutang” kata en client

Apapun, refinance sudah ada tanda-tanda akan approve dan doakan client ni boleh settlekan hutang dalam masa terdekat.

Pengalaman #2 Refinance Tak Jadi Tapi Nak Jual Rumah

Saya dapat PM daripada client bertanya berkenaan dengang pembiayaan semula rumah. Pertama sekali jika saya dapat mesej daripada bakal client untuk kes refinance adalah saya akan lakukan 2 perkara ini.

Pertama, periksa harga pasaran dan kalau boleh cari yang paling maksimum yang paling bersesuaian dengan apa yang pelanggan mahukan.

Kedua adalah untuk periksa komitmen bulanan sama ada akan lepas atau tidak. Jika info yang diberikan tidak clear atau ada masa yang bakal pelanggan tidak berapa jelas hutang yang dia ada, kami cadangkan untuk dia dapatkan CCRIS report. Dari situ, akan nampak komitmen bulanan dengan lebih jelas dan dapat kira sama ada pinjaman untuk pembiayaan semula dapat lepas ataupun sebaliknya. Kalau komitmen tinggi pun, kami akan cuba untuk offer pakej yang tawarkan “loan consolidate” iaitu pakej pembiayaan semula yang membolehkan seseorang untuk langsaikan hutang lama dengan refinance rumah yang sedia ada. Tapi masih lagi bergantung kepada sama ada komitmen seseorang itu OK ataupun sebaliknya.

Selepas periksa kedua-dua perkara ini, ada juga pelanggan yang berkata;

“Maaf en, saya tak jadi la nak refinance rumah ni, saya nak jual, boleh kita jumpa untuk en uruskan?”

Ini memang lumrah, selepas pinjaman lulus, memang komitmen bulanan akan semakin bertambah kerana jumlah yang perlu dibayar kepada bank untuk setiap bulan adalah berdasarkan kepada pinjaman yang baru lulus. Memang komitmen akan bertambah dan sebab itu, ada sebahagian yang mengambil jalan untuk jual sahaja rumah daripada tanggung pembelanjaan tambahan.

Kalau untuk jual rumah, boleh tengok artikel ini bagi mendapatkan info lanjut berkenaan dengan cara pantas jual rumah.

Kalau anda nak refinance rumah anda ataupun check harga pasaran untuk tujuan refinance, boleh KLIK Borang ini untuk kami hubungi anda dalam masa terdekat. Kami akan cuba yang terbaik bagi membantu anda refinance rumah anda.

Apapun, ini adalah beberapa pengalaman saya dalam uruskan pinjaman perumahan berkaitan dengan pembiayaan semula. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan proses ataupun pakej pembiayaan semula, bolehlah isi borang di bawah untuk dapatkan info lebih lanjut.

The post Pengalaman Refinance Rumah Sendiri – 2 Tips Penting appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2y3CyJ4

Monday 24 September 2018

5 Langkah Mudah Cara Jual Rumah – Tips Berkesan

Pada artikel kali ini, kami ingin tunjukkan kepada anda berkenaan dengan cara untuk jual rumah. Selain daripada itu juga, ada tips ataupun info lain berkenaan dengan tempoh dapat duit rumah dan juga sedikit sebanyak berkenaan dengan prosedur jual rumah. Yang paling penting adalah anda dapat menjual rumah anda dalam masa terdekat bagi memenuhi keperluan anda yang lain.

Tidak semestinya masalah kewangan

Ada bermacam sebab kenapa anda mahu untuk jual rumah yang anda ada. Ada kalanya ingin berpindah dan adakalanya disebabkan oleh faktor-faktor seperti bertukar tempat kerja dan lain-lain lagi. Menjual rumah merupakan satu perkara yang tidak pelik sekarang ini dan kami tunjukkan betapa mudahnya untuk anda jual rumah anda.

Semudah ABC

Tak susah pun dan anda boleh lakukan sendiri tanpa perlukan agen, dengan syarat, anda mempunyai masa!

  1. Iklankan rumah anda – Jika anda iklankan di mudah.my atau lain-lain, ada kemungkinan anda akan dihubungi agen rumah ataupun broker.
  2. Tahu harga pasaran rumah – Ini untuk elak daripada harga rumah yang anda jual adalah terlampau tinggi. Macam mana nak tahu harga pasaran, kena dapatkan no penilai. Kalau tak biasa, memang penilai tak akan layan. Kalau memang anda nak jual rumah anda dan nak tahu harga pasaran rumah anda, ISI BORANG INI dan kami akan dapatkan harga pasaran rumah anda tanpa sebarang CAS! [Semenanjung Malaysia kecuali Terengganu, Kelantan dan Perlis]
  3. Cari Buyer – Cari pembeli merupakan perkara yang penting sekali. Tapi yang lebih daripada itu adalah untuk tapis pembeli agar kelayakan pinjaman dia adalah OK. Boleh berhubung dengan pihak bank untuk dapatkan info lanjut.
  4. Submit loan pembeli – biasa pembeli akan submit sendiri pemohonan pinjaman berdasarkan kepada harga pasaran. Tetapi tidak semua bank boleh berikan harga pasaran yang tuan rumah mahukan. Apapun, boleh hubungi kami untuk konsultasi percuma pinjaman rumah pembeli anda.
  5. Urusan Guaman – Ini selepas pembiayaan selesai dan pembeli lulus permohonan pinjaman. Urusan guaman ini tidak susah kerana ada banyak lawyer firm yang boleh lakukan urusan seperti ini. Cuma anda perlu elak kalau lawyer yang tak biasa lakukan urusan ini, kerana ianya akan menjadikan proses jual dan beli rumah menjadi lebih panjang.

Ini adalah antara 5 langkah mudah kalau anda ingin menjual rumah anda. Kalau anda nak menjual rumah anda dan mempunyai masa dan boleh lakukan semua urusan sendiri, tiada masalah. Tetapi, kalau tak biasa tu, kami galakkan untuk anda lantik agen hartanah yang berdaftar. Ya, yang berdaftar untuk elak daripada penipuan dan Broker yang ambil kesempatan kepada urusan jual dan beli rumah anda.

Adalah lebih baik untuk anda dapatkan khidmat daripada Agen Berdaftar ataupun daripada Agensi yang dipercayai. Kebanyakan agen ini mempunyai list senarai “ready buyer” ataupun database buyer dalam bentuk no telefon, facebook dan lain-lain. Lebih mudah untuk rumah anda terjual. Satu lagi, marketing platform yang digunakan agen adalah jauh lebih luas meliputi Facebook, Instagram, yang merangkumi social media dan laman web jualan rumah yang lain.

Nak Gunakan Agen Yang Macam Mana?

Elakkan guna broker ataupun mereka yang claim sebagai freelance agent. Kebanyakan broker ini sering mengambil kesempatan atas harga rumah yang ditawarkan. Kadang-kadang, kalau agen tersebut tiada REN Tag, pastikan agen tersebut adalah di bawah agensi yang berdaftar. Boleh ke laman web ini untuk dapatkan info lanjut berkenaan dengan agen tersebut ataupun agensi itu sama ada berdaftar ataupun sebaliknya. LPPEH.

Fee Ataupun Bayaran Yang dikenakan

Untuk fee ataupun bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 3%. Yelah, agen dah buat kerja, dia dah cari buyer, dah tapis buyer, tologn submit loan, viewing semua tu, takkan la langsung tak ada upah kan. Jadinya 3% ini adalah upah yang dikenakan pada penjual dan itu sahaja cas yang dikenakan kepada penjual.

Untuk cas guaman, memang pembeli yang tanggung.

Apapun, kalau anda nak tahu harga pasaran rumah anda, nak submit loan untuk client anda ataupun nak jual rumah anda, bolehlah isi borang di bawah ini dan pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

>Borang Berkaitan Dengan Jual & Beli Rumah<<

Tempoh Dapat Duit Rumah – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Untuk tahu berapa lama yang diperlukan untuk anda dapatkan duit, ini adalah kronologi yang anda perlu tahu.

  1. Dalam masa 2 minggu untuk pinjaman diluluskan oleh mana-mana institiusi kewangan (kalau semua dokumen mencukupi.
  2. 4 Bulan untuk proses disbursement dan tukar nama. Kalau loan lulus dengan loan daripada Kerajaan ataupun LPPSA, biasa akan ambil masa yang lebih lama.
  3. 1 Bulan untuk penyerahan kunci dan lain-lain.

Ini adalah proses yang basic dalam jual dan beli rumah. Ini juga adalah prosedur dalam jual dan beli rumah.

The post 5 Langkah Mudah Cara Jual Rumah – Tips Berkesan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2IbNvgx

Saturday 8 September 2018

Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku – 2 Syarat Utama

Kali ini saya ingin berikan info berkenaan dengan cara memohon Skim Rumah Pertamaku 100% loan. Sekarang memang ramai yang tidak mempunyai modal 10% untuk membeli rumah. Untuk itu, salah satu cara adalah dengan memilih skim yang membolehkan anda untuk anda tidak perlu membayar 10% downpayment tersebut.

Skim pinjaman 100% loan adalah salah satu pilihan yang bagus kalau anda tidak mempunyai modal, tetapi, anda masih perlukan kos lain juga seperti kos untuk guaman yang anda perlu untuk bayar. Untuk kos guaman pula, anda masih boleh keluarkan duit KWSP untuk cover kos guaman dan kos-kos lain. Sekaligus membolehkan anda untuk berjimat dan tidak perlu keluarkan duit yang terlalu banyak.

Apa Itu Skim Rumah Pertamaku?

Skim ini adalah antara inisiatif daripada pihak kerajaan untuk golongan yang ingin memiliki rumah tetapi tidak mempunyai modal yang besar untuk rumah yang anda inginkan. Oleh itu, antara alternatif yang ada adalah dengan mendapatkan pilihan skim ini yang menawarkan pinjaman sehingga 100%. (Kebanyakan bank hanya menawarkan pilihan pinjaman sehingga 90% sahaja daripada jumlah pinjaman yang anda inginkan)

Untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim ini, bolehlah lihat beberapa syarat penting berkenaan dengan skim ini. Daripada syarat ini, dapatlah anda tentukan yang mana yang kena dan bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Syarat Pinjaman 100% Loan

Syarat utama untuk skim ini adalah;

1 Pinjaman untuk rumah yang pertama sahaja
2 Gaji tidak melebihi RM5000

Jika anda melepasi syarat ini, tiada masalah untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan skim ini dan memohon di bank yang terpilih yang menawarkan skim ini. Tidak semua bank ada menawarkan skim ini dan adalah lebih baik untuk anda cuba dapatkan deal dan pakej terbaik untuk rumah yang anda mahukan.

Tidak pasti bank mana yang tawarkan pakej ini, boleh isi borang ini dan sertakan remark “skim rumah pertamaku 100%”. Pihak kami akan hubungi anda dalam masa terdekat bagi memberikan ruang untuk anda mendapatkan info lanjut berkenaan dengan pakej yang ditawarkan daripada bank-bank pilihan yang ada.

>>KLIK Untuk Dapatkan Pinajaman Perumahan<<

Pengalaman Kami Uruskan Kes Loan 100%

Saya sendiri pernah menguruskan kes untuk pinjaman 100% daripada bank-bank di Malaysia untuk client saya. Kes pertama adalah dalam kes subsale.

Puan F (kisah sebenar) ingin membeli sebuah rumah di salah satu daerah di Johor. Kebanyakan jurunilai hanya menawarkan pinjaman sehingga RM260k dan ada beberapa penilai yang menawarkan sehingga RM290k. Akhirnya loan beliau pun lulus 100% daripada RM290k dengan interest yang kompetatif dan berbaloi. Apapun, tahniah diucapkan kepada client yang membolehkan pinjaman 100% berjaya.

Cik S (cerita sebenar) ingin membeli rumah untuk kediaman Perumahan Rakyat 1 Malaysia (pr1ma) dengan harga RM260k. Cik S beritahu saya yang beliau mahukan pinjaman sehingga 100% dan kediaman pr1ma ini untuk info anda, adalah jenis rumah yang masih dalam pembinaan. Setelah mendapatkan info dan dapatkan dokumen berkaitan, akhirnya, pinjaman beliau telahpun lulus sehingga 100% dan beliau telah pun mendatkan pinjaman yang diinginkan.

**Untuk info, kami sekarang sudah mendapat banyak inquiry daripada peminjam untuk rumah pr1ma.

Sekarang ini pinjaman 100% masih terpakai dan ianya adalah antara pilihan terbaik untuk anda mendapatkan pinjaman terutama golongan yang baru dan masih belum memiliki rumah. Kebanyakan fresh grad pastinya tidak mempunyai modal yang terlalu banyak untuk memiliki rumah dan dengan adanya Skim Rumah Pertama ini, mampu memberikan alternatif terbaik kepada peminjam untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

The post Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku – 2 Syarat Utama appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2oS3PKo

Cara Refinance Rumah – Ada 2 Jenis Refinance Rumah

Pernah terfikir untuk refinance rumah anda? Tapi tak tahu macam mana nak bermula, untuk info ada 2 jenis bank yang menawarkan pakej untuk pembiayaan semula rumah. Untuk pembiayaan semula rumah, biasa ada 2 jenis offer yang ditawarkan. Pertama adalah pakej untuk “consolidate loan”, dan satu lagi adalah pakej refinance jenis biasa.

Pada artikel kali ini, kami akan berikan kelebihan untuk kedua-dua pakej dan bank yang menawarkan pilihan untuk pakej ini. Apa yang penting adalah matlamat anda untuk refinance tercapai.

Tujuan Refinance

Biasanya terdapat 3 tujuan untuk seseorang itu refinance rumah. Berikut adalah antara beberapa tujuan yang biasa untuk refinance rumah.

1 Untuk Dapatkan Cash sama ada untuk kembangkan business atau lain-lain

Perlukan cash? Semestinya selepas harga rumah anda semakin naik dan bayaran balance anda semakin sikit. Pada masa ini mungkin anda perlukan cash untuk kembangkan business ataupun bercadang untuk membuat pelaburan yang lebih baik. Refinance adalah salah satu cara yang paling cepat untuk anda dapatkan $$ pada bayaran yang minima. Tetapi, syarat untuk pembiayaan semula rumah ini tidaklah mudah.

2 Untuk Settlekan hutang-hutang lama

Komitmen tinggi ataupun anda mempunyai banyak hutang, refinance adalah salah satu cara untuk satukan semua hutang anda dalam satu akaun. Ataupun anda mempunyai komitmen yang terlalu tinggi, boleh gunakan cara ini untuk selesaikan hutang yang lama.

3 Untuk tukar daripada pembiayaan konvensional ke islamic

Sebelum ini membuat pinjaman dengan bank konvensional dan setelah mendapat kesedaran, anda bercadang untuk membuat pembiayaan semula dan tukar kepada pembiayaan perbankan islam.

Ini adalah antara beberapa sebab utama seseorang itu nak melakukan pembiayaan rumah semula. Apapun setiap orang mempunyai sebab yang tersendiri untuk melakukan pembiayaan semula rumah.

Bank Yang Tawarkan “Loan Consolidation”

Adalah lebih baik kalau anda terus pergi ke bank yang tawarkan pakej “loan consolidate”. Apa tu? Ianya adalah pakej untuk anda yang ingin melangsaikan hutang ataupun mengecilkan hutang yang ada. Misalkata anda mempunyai beberapa jenis hutang seperti personal loan dan kad kredit, anda boleh satukan hutang tersebut dalam satu akaun pembiayaan semula rumah. Dengan kata lain, anda boleh selesaikan hutang anda dengan melakukan pembiayaan rumah anda.

Nak tahu bank apa yang tawarkan pakej ini, boleh isi borang ini dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat. Lebih mudah email kami di mf3247@gmail.com untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan bank yang tawarkan pakej ini.

Untuk info, tidak semua bank yang tawarkan pakej seperti ini. Apapun boleh dapatkan info lanjut berekaan dengan pakej ini daripada kami.

Cara Kiraan Refinance Yang Lain Daripada Pinjaman Rumah

Pembiayaan semula rumah mempunyai cara kiraan yang berbeza berbanding dengan cara kiraan pinjaman rumah yang biasa. Atas sebab itu, ianya tidaklah mudah kalau anda mempunyai komitmen yang tinggi. Kalau anda mempunyai komitmen yang rendah, memang ada paluang untuk melakukan pinjaman rumah semula. Dengan pakej bank yang menawarkan ataupun melangsaikan hutang lama, memang tidak mustahil untuk anda biaya semula rumah anda.

Cara Lain Untuk Lulus Pembiayaan Semula Rumah

Antara cara lain yang biasa saya sendiri lakukan apabila seseorang mempunyai komitmen yang terlalu tinggi adalah dengan sertakan nama kedua. Dengan adanya nama kedua, tidak mustahil untuk seseorang itu lulus pinjaman rumah tersebut.

Satu lagi cara adalah dengan sertakan pendapatan tambahan yang anda sedang lakukan. Jika anda mempunyai income lain seperti anda seorang agen hartanah, agen unit trust, memang tiada masalah untuk gunakan income tersebut sebagai salah satu supporting dokumen agar pinjaman anda mudah lulus.

Apapun, boleh hubungi pihak kami untuk info lanjut berkenaan dengan pakej pembiayaan semula rumah terbaik.

The post Cara Refinance Rumah – Ada 2 Jenis Refinance Rumah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2NuDFeJ