Kali ini saya nak berkongsi tips dan panduan saham untuk pelabur baru. Kalau nak ikutkan, yang berjaya dengan pelaburan saham ini akan bermula dengan tangga pertama sebelum mereka mencapai level yang mereka ada sekarang. Mereka akan bermula dengan level 0 untuk berjaya dalam pelaburan saham. Jadi, kalau anda memang seorang pelabur yang baru nak berjinak-jinak dengan saham, memang semestinya anda akan bermula dengan level zero. Kemudian, belajar perlahan-lahan untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya.
Take action untuk berjaya, anda perlu bermula dari sekarang untuk berjaya dalam pelaburan saham ini. Macam mana nak bermula dan berjaya dengan pelaburan saham ini? Tiada cara lain, anda mula dengan membuka akaun pelaburan saham terlebih dahulu.
Buka Akaun CDS Maybank dan bank-bank lain
Untuk bermula dengan saham, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk membuka akaun CDS saham. Nak buka akaun ini tidak susah, dan ianya memerlukan anda untuk membayar RM10 sahaja untuk membuka akaun ini. Kalau nak buka akaun Maybank boleh rujuk artikel ini, kalau nak cari alternatif lain untuk akaun yang ada, boleh ke link INI. Banyak akaun yang anda boleh pilih daripada yang patuh syariah ataupun akaun yang tak patuh syariah. Semua ada.
Akan ambil masa dalam seminggu untuk akaun anda aktif, lepas anda dah buka akaun, anda dah boleh bermula untuk melabur dalam saham. Mudah bukan.
Macam mana nak guna trading platform
Ini penting, macam mana nak berjual beli dalam saham ini kalau tak tahu guna trading platform. Untuk itu, memang kena tanya remiser bab ini. Anda kena tahu macam mana nak menjual, macam mana nak membeli, queue buy and sell dan lain-lain lagi. Untuk ini memang kena tanya remiser, kalau boleh, pegi tanya siap-siap masa nak buka akaun tu. Kalau dah tahu macam mana nak queue buy and sell, memang dah boleh pergi ke fasa seterusnya iaitu memilih kaunter saham.
Teknik Memilih Kaunter Saham
Untuk memilih kaunter saham ini bukan satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan anda untuk mengambil kira banyak faktor sebelum membeli sesuatu kaunter saham tersebut. Bukan sahaja kaunter saham itu penting, timing untuk membeli dan menjual juga penting. Kalau tiada timing atau tidak pandai mengagak masa untuk membeli dan menjual, agak susah untuk membuat duit dengan pelaburan saham ini. Jadi macam mana nak tahu timing untuk jual dan beli serta pilih kaunter yang sesuai dalam pelaburan saham ini? Tiada cara lain melainkan untuk anda belajar dan belajar.
Fundemantal analisis dan teknikal analisis dalam saham adalah 2 perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat pelaburan saham yang serious. Secara ringkas, fundemantal analsis adalah analisa pelaburan saham menggunakan kaedah kewangan atau fundemantal syarikat. Bagaimana hutang, liabiliti, aset, income growth dan lain-lain diambil kira sebelum membuat pelaburan terhadap sesuatu syarikat. Jika anda lebih berminat untuk membuat pelaburan dalam fundemantal analisis, memang kena tahu cara membaca akaun syarikat. Satu lagi adalah teknik teknikal analisis. Ianya lebih kepada teknik pelaburan dengan mengetahui pergerakan melalui graf dan analisa teknikal lain. Jika anda lebih gemar menganalisa menggunakan graf, adalah lebih baik menggunakan teknik ini untuk membuat analisa pelaburan anda.
Bagi saya, kedua-dua teknik tersebut adalah penting untuk berjaya dalam pelaburan saham. Anda masih perlukan teknikal analisis dan fundemantal analisis untuk berjaya dalam pelaburan saham. Fundemantal analisis untuk mengkaji kaunter saham yang kukuh, tidak banyak hutang, dan teknikal analisis sebagai timing untuk anda beli dan jual. Dengan ini kebarangkalian untuk berjaya adalah lebih tinggi daripada terlalu bergantung kepada satu teknik sahaja.
Sebagai permulaan, saya sarankan untuk anda Panduan Pelaburan Saham INI. Secara tidak langsung, ianya adalah langkah pertama untuk bermula dalam pelaburan saham. Tidak dinafikan, banyak info baru yang saya dapat dari situ dan memang sesuai sebagai satu panduan saham untuk pelabur baru.
Tips Melabur Saham – Tengok Indeks KLCI & Ikut jerung
Ini adalah teknik yang saya belajar daripada panduan pelaburan saham sistemsaham.com tersebut. Ianya adalah pembelian saham dengan melihat kepada indeks saham. Agresif semasa indeks dalam keadaan menaik dan agak reaktif kerika indeks dalam keadaan menurun. Strategi ikut pelaburan indeks ini adalah satu teknik pelaburan yang evergreen yang sesuai untuk pelabur baru.
Strategi ikut jerung ini adalah satu strategi yang saya belajar daripada panduan pelaburan saham sistemsaham tersebut. Teknik jerung adalah, anda membuat pelaburan berdasarkan kepada pergerakan unit trust ataupun mutual fund. Salah satu ciri mutual fund ini, apabila mereka masuk sesuatu kaunter, mereka akan masuk dengan kuantiti yang banyak. Biasanya mengambil masa berhari-hari untuk mereka masuk ke dalam sesuatu kounter. Sebagai pelabur runcit, apa yang anda boleh buat adalah ikut mereka. Dengan mengikut pergerakan yang besar dalam kaunter ini membolehkan anda membuat untung yang lumayan dalam saham.
Macam mana nak mengenalpasti pergerakan jerung-jerung ini, ada beberapa ciri yang penting. Nak tahu, boleh dapatkan Panduan Pelaburan Saham ni.
Khas Untuk Anda Yang Baru Bermula
Untuk yang baru bermula, memang banyak yang anda perlu belajar untuk jadi pelabur saham yang berjaya. Panduan yang saya beritahh tadi adalah salah satu bahan yang baik untuk bermula tetapi masih tidak cukup. Banyak lagi artikel-artikel lain yang boleh memberi info kepada anda untuk berjaya dalam saham.
Sebagai bonus dari kami, boleh download secara percuma Teknik Candlestick Saham ini. Ianya adalah teknik-teknik ataupun signal-signal popular untuk melabur dalam saham. Ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk memilih kaunter yang sesuai dalam saham.
The post 4 Panduan Saham Untuk Pelabur Baru Mesti Baca appeared first on Smartinvest101.
from Smartinvest101 http://ift.tt/2agapSk