Saturday, 30 November 2019

Buka Akaun FCPO – 4 Langkah Mudah

Kali ini kami ingin berikan tips berkenaan dengan cara buka akaun FCPO. Futures Crude Palm Oil ini merupakan salah satu kepada alternatif yang ada untuk pelaburan saham ataupun forex. Lebih menarik lagi, instrument pelaburan FCPO ini adalah salah satu pelaburan yang telah disahkan halal oleh suruhanjaya sekuriti Malaysia, jadi tak ada isu haram di situ. Forex mempunyai isu status haram dan tidak digalakkan untuk melabur di situ walaupun mempunyai banyak pandangan berkenaan dengan hal ini.

Kalau anda datang ke artikel ini untuk membuka akaun FCPO, anda memang datang ke artikel yang tepat. Selain itu juga, kami ingin berikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk menjadi seorang trader FCPO. Untuk info, saya merupakan agen hartanah full time, boleh ke SINI untuk tahu siapa saya dan pada masa yang sama, disebabkan oleh masa sebagai agen yang agak fleksible iaitu tidak terikat dengan masa, saya juga seorang trader FCPO. Stail pelaburan saya adalah swing dan kebanyakan masa saya lebih prefer “day trade” untuk dapatkan beberapa tick sehari. Jadi, pada kali ini, saya akan kongsikan kepada anda cara untuk buka akaun dan sedikit tips untuk bermula.

Buka Akaun

Saya bermula dengan membuka akaun dengan RHB Investment, pada ketika saya bermula, broker mengenakan RM20 in RM20 out untuk brokerage fee. Untuk margin, RM4000 untuk overnight ataupun ov (ov diistilahkan kalau anda hold position semalaman) dan untuk daytrade pula adalah 50% daripada margin RM2000. Disebabkan pada ketika itu, beberapa senior trader boleh dapat sekitar RM8 in RM8 out, saya cuba nego dgn remiser dan final broker fee pada masa itu adalah RM15 in RM15 out. 

Tak puas hati, saya dapat contact number remiser Kenanga yang offer RM9 in dan RM9 out. Terus amik offer tanpa ragu. Telahpun sukses dalam trade beberapa kali dan seteleh menimbang banyak perkara, sekarang konsider untuk berhijrah ke TA Futures. Apa yang menarik di TA Futures adalah;

  • Margin OV = Rm4000
  • Margin Intraday = RM1000 (25% daripada asal)
  • Brokerage intraday = RM8 in RM8 out (murah la)
  • Brokerage ov = RM12.5 in RM12.5 out (agak mahal banding lain)

Apa yang menarik dan kenapa saya memilih untuk trade dengan TA Futures adalah, margin intraday yang paling murah antara semua broker. Bayangkan kalau anda ada RM4k, terus boleh trade 4 lot dan jika memang anda confident dengan strategi anda, memang cepat untuk buat profit. Jika anda baru bermula, saya rekemen untuk anda kekal pada satu lot sehingga nampak sukses. Kalau tak dapat nak sukses dengan 1 lot, apa bakal jadi dengan 4 lot? Sebelum bermula, saya rekemen untuk anda mantapkan diri dengan ilmu trading dan cuba paper trade selama beberapa bulan. Dah ada result yang OK daripada paper trade, barulah beralih ke real trade. Jangan lupa untuk mantapkan diri dengan strategi dan ilmu untuk berdagang. Untuk bermula saya cadangkan ebook SISTEM SAHAM ini.

Ianya memang berkaitan dengan saham, tetapi ada beberapa info berkaitan dengan teknikal analisis yang asas dan advanced yang ada di situ. Terutama strategi berkenaan dengan volume trading. 

Bagaimana Untuk Bermula

Buka akaun dengan broker, sediakan dokumen seperti IC, bank statement dan borang – borang yang bakal anda download. Buka akaun tak ada masalah untuk bermula, cuma kalau nak real trade tu, saya sangat rekemen untuk untuk anda dapatkan ilmu dan cuba untuk paper trade sampai nampak sukses.

Charting Platform

Niaga Hadapan Kelapa Sawit ini memang akan lebih menggunakan technical analysis. Boleh kata 90% technical analysis, lain-lain fundemantal itu mungkin tak mempengaruhi sangat (hanya pendapat peribadi, mungkin tidak betul bagi sesetengah orang). Untuk CPO ini, charting platform memainkan peranan dalam trading. Saya sendiri tidak prefer menggunakan broker seperti RHB, Kenanga punya platform kerana charting mereka tidak menarik. Untuk charting sahaja ada beberapa alternatif yang ada dan salah satunya adalah Tradingview. Saya sendiri menggunakan tradingview akaun berbayar untuk charting. Ada beberapa kenalan trader lain menggunakan bursastation. Apapun ianya bergantung kepada pilihan masing-masing.

Ianya adalah antara beberapa tips untuk bermula, kalau anda nakkan tips dari segi teknikal analisis, saya akan cover beberapa strategi pada post ataupun artikel yang akan datang.

The post Buka Akaun FCPO – 4 Langkah Mudah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2R89NWP

Friday, 29 November 2019

Agen Hartanah Pasir Gudang – 5 Pengalaman Jual Rumah Kota Masai

Pasir Gudang merupakan salah satu kawasan yang menjadi tempat untuk kami menjalankan proses jual dan beli rumah. Kami juga merupakan agen hartanah di Pasir Gudang dan pada kali ini, kami ingin berikan beberapa kisah untuk menjual satu rumah kos sederhana di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Selain daripada rumah di sini, kami juga pernah menjual perumahan baru di Meridian East dan juga di Taman Scientex PG. Kisah jual beli di Meridian East dan Scientex akan kami ceritakan pada artikel lain.

Rumah yang kami jual tersebut bukanlah rumah lelong di Pasir Gudang, tetapi merupakan rumah subsale ataupun 2nd hand. Seperti juga perumahan di kawasan lain yang telah kami cover seperti di Skudai ataupun di Batu Pahat, penjualan bermula dengan mencari rumah yang ingin dijual tersebut. Dah ada rumah yang ingin dijual, barulah proses seterusnya berjalan iaitu mencari pembeli, proses apply pinjaman rumah dan lain-lain.

Kalau anda ada mempunyai rumah di Pasir Gudang, ataupun di dalam Johor tetapi tidak tahu macam mana proses jual beli, ataupun tak mempunyai masa untuk menjual rumah anda, boleh dapatkan khidmat periksa harga pasaran secara PERCUMA di SINI.

Macam Mana Dapat Penjual

Ada banyak cara untuk dapatkan listing penjual. Bagi seorang agen hartanah berdaftar, listing adalah umpama nyawa bagi seorang perunding. Kerana jika tiada lisitng, macam mana nak jual, jika tiada barang untuk dijual, macam mana nak dapat income? Cara untuk dapatkan listing akan kami cover pada artikel lain.

Untuk rumah di Kota Masai ini, kami dapat listing daripada rakan agen. Beliau merupakan seorang agen hartanah separuh masa dan apa yang kami lakukan adalah hanya iklankan unit tersebut. Lebih menarik, kami hanya iklankan rumah ini di satu medium pengiklanan sahaja iaitu Mudah.my. Ya, hanya di situ dan tiada Facebook, Instagram dan lain-lain. Detail rumah yang kami iklankan adalah seperti berikut;

  • Rumah – 2 Tingkat Low Cost
  • Hold Status – Freehold
  • Lokasi – Jalan Tembikai, Taman Kota Masai, Pasir Gudang
  • Harga – RM140k

Ini adalah detail rumah tersebut dan tidak lama selepas iklan, terus ada pembeli PM. Tak sempat nak iklankan di Facebook dan beberapa marketing lain.

Masalah Pembeli dalam Dapatkan Rumah

Untuk kes rumah ini, pembeli mempunyai masalah kerana beberapa rumah yang mereka cuba dapatkan walaupun pinjaman rumah telahpun lulus, tetapi mereka tidak mendapat rumah tersebut. Kalau di Johor, perkara ini tidaklah pelik terutama apabila berurusan dengan perunding hartanah yang tidak berdaftar (baca : broker). Walaupun anda sudah booking unit tersebut, tetapi tidak semestinya unit yang anda book itu bakal menjadi milik anda. Sebab itu adalah lebih baik bagi pihak penjual atau pembeli untuk berurusan dengan perunding yang berdaftar dengan LPPEH.

Loan pembeli telahpun lulus, pada ketika itu loan lulus oleh MBSB bank cuma yang menjadi masalahnya adalah, tiada rumah yang sesuai. Jadi apabila kami iklankan unit ni, terus pembeli ajak tengok rumah dan terus dapatkan rumah tersebut. Disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi, earnest deposit RM500 pun diterima asalkan rumah tu ada pembeli.

Dalam masa seminggu sahaja pinjaman perumahan dari MBSB ini telahpun lulus. Banker cuma submit dokumen yang sama dan ada pertukaran alamat sikit, sebab itu proses untuk kelulusan agak singkat. Apabila urusan pinjaman rumah selesai, proses seterusnya adalah berkaitan dengan urusan guaman.

Peguam Hartanah di Pasir Gudang

Seperti kes di SINI, kes ini juga memerlukan consent daripada SUK Johor untuk proses pertukaran nama. Boleh baca di artikel yang kami sebutkan tadi untuk memahami lebih lanjut berkenaan dengan sekatan di dalam geran. Sekatan yang dimaksudkan adalah sekatan SUK. Jika anda seorang penjual rumah dan tak biasa dengan perkara ini, boleh hubungi kami untuk dapatkan info lanjut.

Proses pertukaran nama tidak ambil masa yang terlalu lama, cuma kalau ada sekatan daripada SUK ini, boleh estimate proses pertukaran nama mengambil masa 1 tahun. Semuanya tiada masalah selepas proses tukar nama dan semuanya selesai selepas 1 tahun. Yang penting pembeli gembira dapat rumah idaman untuk duduk dan penjual lega rumah mereka terjual.

Apapun kepada anda yang nak menjual rumah ataupun nak membeli rumah di sekitar Johor khususnya Pasir Gudang, boleh PM kami untuk info lanjut.

The post Agen Hartanah Pasir Gudang – 5 Pengalaman Jual Rumah Kota Masai appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/33xW26o

Sunday, 24 November 2019

Cara Guna Touch N Go Ewallet

Sekarang sudah menjadi satu fanomena berkenaan dengan penggunaan ewallet ataupun dompet digital. Pada mulanya, kami sendiri sangsi dengan kemunculan dompet digital ini sehinggalah mencuba salah satu daripada ewallet yang popular. Jadi, artikel kali ini, kami ingin memberikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara guna Touch N Go Ewallet dan manfaat yang anda boleh dapat serta kelebihan yang anda boleh manfaatkan dalam penggunaan dompet digital tersebut.

Mudah, jimat dan memberi manfaat, itulah yang dapat kami simpulkan setelah menggunakan dompet digital dari T&G ini selama sebulan. Ada banyak perkara yang diluar jangkaan terutama berkaitan dengan “cashback” yang bakal anda terima jika terus menggunakan app ini. Anda tidak akan rugi apa-apa dan ianya sangat berbaloi. Lagilah sekarang ini pihak pengurusan menggunakan pelbagai medium untuk mengiklan app ini dan pastinya banyak promosi menarik yang ditawarkan pada masa akan datang.

Cara Guna T&G EWallet

Cara guna tak susah, pertama sekali apa yang anda perlu lakukan adalah untuk anda download app ini di google play store ataupun apple store. Untuk mudahkan anda, boleh KLIK JE LINK ini dan boleh terus dapatkan app ini.

Dah download, cuba top up seberapa yang boleh, kami rekemen cuba dlu RM100. Nak tambah nilah ada banyak pilihan sama ada dengan kad kredit, kad debit mahupun dengan pilihan online banking. Nak reload di 7 Eleven pun tak menjadi masalah. Lepas dah reload nak buat macam mana?

Lepas reload anda dah boleh shopping menggunakan app ini. Boleh tengok gambar di bawah ini dan tekan “pay” untuk membuat pembayaran. Special QR code akan keluar dan apabila anda nak buat pembayaran, boleh scan QR Code ini dan jumlah amount perbelanjaan akan terus ditolak daripada akaun anda. Memang menarik dan ianya cashless.

Apabila anda scroll bawah sedikit, anda akan nampak bahagian promotion. DI sini ada banyak pilihan promosi-promosi menarik dari merchant yang bekerjasama dengan syarikat Touch N Go wallet. Juga special cashback yang anda bakal dapat apabila anda menggunakan app ini. Cuba tengok promosi yang ada dan manfaatkan sebaiknya, Cuba maksimumkan sebanyak mungkin promosi yang ditawarkan.

Pengalaman Menggunakan App ini Selama Sebulan

Banyak kejutan terutama adalah untuk cashback yang anda bakal terima setelah menggunakan app ini. Ketika kami menggunakan app ini, setiap perbelanjaan kali pertama, pengguna akan mendapat 50% cashback daripada pihak touch n go. Menarik kan! Ingat lagi masa tu berbelanja di Speedmart sebanyak Rm40 membeli barangan keperluan di dapur. Setelah membuat pembayaran dan selesai, dapat notification yang pihak T&G memberikan rebate sebanyak 50% ke dalam akaun. Memang berbaloi.

Selain itu juga, promosi sehingga 31 Disember 2019, setiap pembayaran dalam satu resit melebihi RM5, pengguna akan memperolehi cashback lagi sehingga RM1 untuk setiap pembeli. Ianya ditawarkan pada setiap hari. Jadi memang tidak melepaskan peluang ini untuk berbelanja di speedmart dan 7 Eleven bagi mamanfaatkan cashback yang diberikan.

Kelebihan Touch N Go e-wallet

Kelebihan yang ketara adalah pada cashback yang diberikan. Ianya ternyata satu perbelanjaan yang menjimatkan dan menguntungkan pada jangka masa panjang. Siapa yang tak mahu pembelian barangan pada harga yang jauh lebih murah daripada biasa kan.

Ada juga promosi yang apabila anda top up menggunakan debit kad, akan entitle RM5 cashback. Perkara-perkara seperti ini memang sentiasa ada dan sering berlaku.

Cashless adalah antara kelebihan yang paling kami gemar. Tidak perlu untuk withdraw duit dari ATM, terus je transfer ke dompet digital ini. Lagila kalau ada amount yang terlalu kecil terutama sen-sen, memang akan hilang, sebalinya dengan ewallet ini, tiada masalah wang kecil kerana semuanya dalam bentuk digital.

Akan Datang

Tentunya akan lebih banyak promosi yang akan diberikan dan kami juga akan berikan sedikit review dan perbandingan dengan dompet digital lain seperti Boost, Maybank Pay dan lain-lain. Harap ianya dapat sedikit sebanyak memberikan penjimatan kepada anda dan membolehkan anda untuk mengamalkan gaya hidup cashless. Pastinya lebih berbaloi.

Nantikan tips-tips personal finance kami yang lain terutaman berkaitan dengan pelaburan dan cara untuk mendapatkan cash agar anda boleh berjimat cermat.

The post Cara Guna Touch N Go Ewallet appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2KPp37g

Friday, 22 November 2019

No 1 Rumah Untuk Di Jual Segamat – Taman Yayasan

Harga rumah memang semakin lama semakin mahal terutama di kawasan-kawasan yang panas seperti Lembah Klang ataupun Johor Bahru. Lagila kalau nak cari projek perumahan baru di kawasan tersebut. Tak dinafikan ada juga yang ingin mencari rumah baru dengan bajet bawah RM400k, malahan ada yang nak cari dengan bajet bawah Rm300k. Berita baik, projek perumahan baru dengan bajet bawah Rm300k memang ada tetapi lokasi mungkin kena pertimbangkan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin berpencen dan duduk jauh daripada bandar-bandar besar.

Rumah yang kami maksudkan itu adalah satu perumahan baru untuk dijual di Taman Yayasan, Segamat. Setakat artikel ini ditulis, harga projek tersebut adalah di bawah RM300k dan merupakan antara perumahan baru yang paling berbaloi yang anda boleh miliki. Masih ada beberapa unit perumahan yang ada dan jika ada projek baru pun, masih lagi pada harga yang OK kerana ianya adalah di dalam kawasan yang masih lagi murah.

Rumah Taman Yayasan Segamat By Ishtihar Development

Ketika artikel ini di tulis, perumahan yang kami maksudkan tersebut telahpun siap dibina dan sedia untuk diduduki. Maksudnya, setelah proses pinjaman perumahan sama ada pinjaman dengan bank atapun dengan pihak LPPSA lulus dan proses tukar nama selesai, anda boleh terus tinggal di rumah ini. Ianya menarik kerana dibina 2 tingkat dengan keluasan yang besar. Tetapi jangan expect untuk dapatkan corner lot unit kerana kemungkinan sudah habis kerana ditawarkan pada harga yang sangat murah berbanding projek-projek lain.

Ishtihar Development juga antara yang “deliver” projek mereka di Segamat dan setakat ini tiada masalah dengan projek-projek yang mereka tawarkan. Info rumah berkenaan dengan projek ini adalah seperti di bawah;

Apa Yang Menarik?

Ada 2 rebate yang ditawarkan, pertama adalah rebate diskaun 10% daripada harga rumah yang dijual. Dengan erti kata lain, jika pinjaman anda lulus 90%, anda tidak perlu membayar apa-apa deposit untuk rumah ini. Memang menarik.

Yang kedua adalah untuk projek ini, tiada bayaran untuk caj gumaan bagi Sales Purchase Agreement dikenakan. Dapat la jimat dalam RM10k di situ kerana kalau anda membeli rumah subsale, memang akan ada caj guaman SPA yang akan dikenakan. Ini adalah antara rebate yang ditawarkan buat masa ini dan mungkin akan berubah pada masa akan datang. Apapun, boleh confirm dengan menghubungi salah seorang agen jualan untuk projek ini di nombor bawah

Mohd – Whatsapp / SMS – 010 8435381

Detail lain berkenaan dengan projek ini

DETAILS:

(+) Harga bermula RM298k sahaja selepas diskaun
(+) Total unit: 80 unit
(+) Keluasan tanah: 22 x 70 sq.ft
(+) Keluasan bangunan: 2,001 sq.ft
(+) 4 bilik & 4 bilik air

KEMUDAHAN / FASILITI:

(+) Berdekatan dengan Pasar Borong, Pasaraya Nirwana & Pasaraya Billion.
(+) Stesyen minyak: Petronas & Shell
(+) Masjid
(+) Yayasan Industrial Park
(+) 6km ke Bandar Segamat
(+) 8km ke Bandar IoI Segamat
(+) Pusat Operasi Petronas
(+) Bersebelahan dengan Tapak Projek Perindustrian Kerajaan Negeri seluas 200 ekar

PAKEJ MENARIK:

(+) Diskaun sehingga 15%
(+) Booking hanya RM1000
(+) Tanpa deposit (Zero-Downpayment)
(+) Pulangan tunai (cashback) yang lumayan!
(+) PERCUMA Legal SPA

Baki unit sangat terhad, boleh terus hubungi kami untuk viewing & set appoinment.

Mohd – Whatsapp / Call – 010 8435381
Mohd – Whatsapp / Call – 010 8435381

Lokasi projek ini sangat strategik dan dekat sangat dengan pelbagai kemudahan awam dan bandar Segamat. Kalau nak cari projek perumahan di Segamat ataupun projek yang di bawah harga RM400k ataupun RM300k, ini memang antara pilihan yang anda boleh fikirkan. Yang penting berbaloi dengan apa yang anda mahukan.

Rumah Baru Ada Rebate – Subsale Belum Tentu

Perumahan baru memang banyak rebate dan anda boleh dapatkan waranti daripada pihak pemaju jika ada kerosakan dalam tempoh 2 tahun selepas memiliki rumah. Kalau rumah subsale masih belum tentu lagi anda bakal mempeolehi rumah ini. Antara pelanggan kami yang dah berjaya memperolehi rumah ini adalah mereka yang bekerja Singapura dan ada juga mereka yang bekerja di Malaysia dan menggunakan Loan LPPSA. Sekali lagi, jika berminat, boleh terus hubungi no di atas untuk info lanjut berkenaan dengan detail hartanah, gambar, kelayakan pinjaman dan lain-lain lagi.

The post No 1 Rumah Untuk Di Jual Segamat – Taman Yayasan appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/2sc2FP1

Agen Jual Beli Rumah – Hartanah di Taman Universiti Skudai

Pada tahun ini, pihak kami berjaya menyelesaikan proses jual beli rumah yang berlaku di Jalan Kebangsaan, Taman Universiti, Skudai, Johor. Sebagai agen hartanah berdaftar, Skudai merupakan antara kawasan tumpuan kami selain daripada Kulai dan Batu Pahat yang merupakan antara kawasan yang kerap kami dapatkan pihak penjual. Kawasan ini juga merupakan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan antara kawasan yang mempunyai banyak transaksi jual dan beli rumah.

Pada artikel ini, kami akan berikan beberapa info yang perlu anda tahu berkenaan dengan proses jual dan beli rumah di Jalan Kebangsaan, Taman U, Skudai. Ianya merupakan step by step proses dari bagaimana kami mendapatkan penjual, pengiklanan dan akhirnya adalah bagaimana kami dapatkan pembeli. Juga proses bagaimana kami periksa harga pasaran, mendapatkan pinjaman perumahan untuk pembeli dan akhir sekali adalah proses yang berkaitan dengan guaman. Harap ianya memberikan beberapa tips dan kemudahan untuk anda mendapatkan info berkenaan dengan proses jual dan beli rumah.

Jual Beli Rumah di Skudai

Macam mana nak jual rumah kalau tak ada rumah tersebut. Sebelum pergi lebih jauh, kami dapat rumah tersebut daripada salah seorang client yang nak buat permohonan pinjaman rumah, tetapi malangnya disebabkan komitmen pinjaman yang tinggi, pinjaman tidak dapat diluluskan. Disebabkan perkara tersebut, kami telahpun menghubungi pihak penjual dan penjual bersetuju untuk menjual rumah tersebut yang mana, kami sebagai perunding hartanah berdaftar menjadi orang tengah dalam proses tersebut.

Lebih menarik, pihak tuan rumah tidak mahu menjual pada harga yang terlalu mahal, cukup hanya RM180k untuk rumah kos rendah 3 bilik di Taman Universiti Skudai. Komisyen yang kami caj pula adalah memang ikut standard market iaitu 3% sahaja daripada harga jual. Setelah semua detail berkenaan dengan proses perumahan ini selesai, seterusnya adalah mencari pembeli. Kalau anda ingin dapatkan konsultasi percuma harga pasaran untuk rumah dijual, bolek KLIK link INI.

Harga pasaran rumah tersebut juga tidaklah terlalu sukar kerana pihak penjual ingin menjual rumah tersebut di bawah harga pasaran. Dalam erti kata lain, bakal pembeli bakal memperolehi cashback untuk membaiki kerosakan rumah dan membayar yuran guaman dan kos-kos lain yang berkaitan. Pembeli bakal memperolehi rumah pada bawah harga pasaran.

Mencari Pembeli Rumah di Skudai, Johor

Setelah deal dengan tuan rumah selesai, proses seterusnya adalah mencari pembeli. Marketing, dan terus marketing dan menggunakan semua platform yang ada untuk promosikan rumah yang ingin dijual. Seperti biasa, berikut adalah antara platform yang paling sesuai untuk marketkan rumah antaranya adalah Mudah, Facebook, Instagram, Carousell dan lain-lain lagi. Kami memang marketkan rumah yang kami ingin jual di sini dan kalau anda sebagai tuan rumah tak biasa dengan proses memarketkan rumah, memang patut serahkan kepada agen yang biasa di kawasan anda.

Lebih menarik, sehari selepas kami iklankan rumah ini di beberapa marketing channel, memang dapat call dan whatsapp bertalu-talu daripada bakal pembeli. Sehari selepas mengiklankan rumah tersebut, terdapat 3 pembeli yang view rumah tersebut! Daripada 3 pembeli yang datang tersebut, seorang terus membuat booking dan ingin terus masuk loan. Ternyata rumah tersebut memang hot dan tidak terlalu sukar untuk mendapatkan pembeli.

 

Dapatkan Pinjaman Rumah

Ini merupakan antara rumah yang paling cepat kami dapatkan pembeli kerana baru sehari iklan, keesokannya ada pembeli yang berminat dan terus membuat booking. Ianya bukanlah rumah lelong tetapi rumah subsale dan mungkin kawasan Taman Universiti ini memang sentiasa ada pembeli dan harga yang penjual ingin jual itu jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Pinjaman pula tidak sukar kerana pembeli mempunyai kekuatan kredit yang kuat dan komitmen yang rendah. Bekerja di salah sebuah kilang di Gelang Patah, selama 5 tahun dan dalam tempoh 1 minggu sahaja, pinjaman beliau telahpun lulus dengan mudah.

Proses Guaman Melibatkan SUK Johor

Proses guaman akan ambil masa kerana melibatkan SUK Johor. Terdepat sekatan yang perlukan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri dan atas sebab tersebut, proses jual beli ini mengambil masa sehingga 1 tahun untuk selesai. Dalam tempoh tersebut, memang tiada apa-apa masalah selain daripada masa untuk semuanya selesai.

Semasa artikel ini ditulis, semua proses telahpun selesai dan pembeli telahpun mendapatkan kunci dan selesai renovasi. Pembeli telahpun tinggal di rumah tersebut. Setakat ini berjalan dengan lancar.

Transaksi Paling Banyak di Johor

Menurut saudara Ahyat Ishak, taman universiti mencatatkan jumlah transaksi paling banyak untuk tahun 2019. Kawasan ini sangat aktif dari segi proses jual dan beli dan jika anda ingin mendapatkan konsultasi PERCUMA untuk harga pasaran, bolek KLIK SINI untuk dapatkan info lanjut.

Jika anda pembeli dan ingin dapatkan info rumah yang ingin dijual di kawasan anda, boleh tengok LINK ini untuk info lanjut.

The post Agen Jual Beli Rumah – Hartanah di Taman Universiti Skudai appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/33b6ReC

Wednesday, 20 November 2019

Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra

Kulai, Johor adalah salah satu tempat fokus saya dalam memberikan untuk servis jual dan beli rumah. Agen Hartanah di Kulai ataupun nama lainnya adalah perunding hartanah memang patut memberikan keutamaan ataupun beberapa daerah yang menjadi tempat untuk mereka fokus, dan daerah Kulai ini adalah tempat di mana saya tinggal. Kali ini, kami ingin berikan gambaran perjalanan kes untuk sebuah rumah untuk dijual di Bandar Putra, Kulai yang lebih speasifik di Jalan Ara. Rumah ini telahpun selesai daripada proses dapat penjualan sehingga ke proses dapat kunci.

Harapnya, ianya menjadi satu pengalaman untuk proses jual beli rumah terutama yang tiada langsung pengalaman ataupun tidak tahu macam mana proses ini berlangsung. Terutama dalam membabitkan cara pengiklanan, cara untuk periksa harga pasaran, kos guaman jual rumah dan perkara lain yang berkaitan. Kami akan cuba ceritakan secara ringkas berkenaan dengan semua perkara ini.

Bagaimana Berjumpa Dengan Tuan Rumah?

Berbeza dengan pengalaman kami dalam menguruskan proses penjualan rumah di Batu Pahat INI, rumah ini kami dapat melalui rakan agen yang memperkenalkan kepada tuan rumah. Perkara berkenaan dengan komisyen dan harga pasaran rumah ini sudah diketahui dari awal dan untuk info, pada ketika rumah ini dijual, harga yang ditawarkan hanyalah RM200k sahaja. Komisyen yang dipersetujui adalah 3% daripada harga jual dan ianya merupakan standard dalam pasaran.

Untuk info, rumah ini bukanlah rumah lelong di Kulai, tetapi adalah rumah subsale ataupun 2nd hand. Rumah ini juga merupakan satu kawasan perumahan kos rendah di kawasan Kulai dan atas sebab itu, harga yang ditawarkan boleh dikatakan sebagai mampu milik. Apabila semuanya telahpun dipersetujui, proses mencari pembeli pun dilakukan.

Sebab Tuan Rumah Jual Rumah

Yang ini agak unik kerana memang ada sebab untuk setiap tuan rumah menjual rumah mereka. Tuan rumah ini ingin menjual rumah mereka kerana masalah terjerat dengan hutang kad kredit dan membawa kepada AKPK. Info lanjut berkenaan dengan AKPK boleh lihat di sini. Disebabkan terjerat dengan masalah hutang kad kredit yang serious (sehingga RM11k), AKPK adalah solusi awal dan cara untuk menghilangkan masalah ini adalah dengan menjual rumah tersebut dan cuba dapatkan rumah lain yang lebih berbaloi.

Jika anda merupakan seorang tuan rumah yang berkira untuk menjual rumah anda, tidak mengapa, anda memang mempunyai sebab tersendiri. Untuk kami bantu anda dalam pemeriksaan harga pasaran PERCUMA, boleh KLIK BORANG INI. Harap ianya sedikit sebanyak membantu.

Cari Pembeli – Akhirnya Setelah pembeli ke 8

Seperti biasa, proses pengiklanan melibatkan banyak medium antaranya adalah Facebook, Mudah, Instagram, PropertyGuru dan lain-lain. Walaupun rumah ini boleh dikatakan murah dan condition rumah pun masih lagi dalam keadaan cantik, yang lebih menghairankan adalah banyak pembeli yang datang untuk tengok keadaan rumah, tetapi langsung tiada yang “sangkut”. Sampailah kepada pembeli yang ke 8 yang merupakan pasangan suami isteri beranak seorang.

Sebelum bawa pembeli tengok keadaan rumah, apa yang kami lakukan adalah filter kelayakan loan pembeli paling minimum boleh lepas untuk membuat pinjaman rumah. Selepas proses filtering dilakukan dan kelayakan pembeli menunjukkan yang pembeli boleh lepas, temujanji di buat untuk melihat keadaan rumah. Semasa bakal pembeli datang tengok rumah, semua dokumen berkaitan dengan pinjaman perumahan sudah disediakan dan tidak lama selepas itu, boleh teruskan proses untuk pinjaman rumah.

Tidak lama selepas permohonan pinjaman dihantar kepada pihak bank, dalam masa 2 minggu sahaja permohonan pinjaman telahpun lulus dengan margin 90% daripada harga pasaran. Tahniah kepada pembeli dan memang tugas seorang ejen hartanah untuk mempunyai banyak connection dengan pegawai bank bagi mendapatkan pinjaman yang berbaloi dan kena pada harga pasaran.

Proses Guaman dan Consent Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Johor

Setelah pinjaman rumah selesai, proses seterusnya adalah untuk urusan dengan peguam bagi menandatangani dokumen Sales Purchase Agreement(SPA) dan Loan Agreement. Disebabkan rumah ini mempunyai sekatan penjualan perlu mendapat kebenaran SUK (rujuk di geran bahagian sekatan), proses penjualan pastinya mengambil masa yang panjang dan kebiasaannya dalam tempoh setahun. Kalau perumahan baru kebiasaannya tidak terlibat dengan masalah seperti ini.

Perlu diingat, tidak semua lawyer terutama kalau tak biasa, untuk uruskan proses penjualan yang melibatkan consent SUK. Kerana ianya agak sedikit rumah berbanding dengan kes-kes kebiasaan.

Serahan Kunci

Serahan kunci adalah yang terakhir sekali selepas semuanya selesai. Pada ketika itu, memang cuba untuk berikan rumah dalam keadaan baik. Pembeli dapat kunci dan penjual dapat cash untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

Sekali lagi, kepada anda yang mencari info berkenaan dengan cara untuk menjual rumah tapi tak tahu bagaimana nak bermula, boleh KLIK LINK ini.

Kalau anda seorang pembeli dan ingin mendapatkan pinjaman rumah, boleh KLIK LINK ini bagi mendapatkan info berkenaan dengan pinjaman perumahan dan stok rumah yang ditawarkan.

The post Agen Hartanah di Kulai – Jual & Beli Selesai di Bandar Putra appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/35mCenM

Monday, 18 November 2019

Agen Hartanah Batu Pahat – Jual Beli Rumah Putera Indah

Salah satu tugas agen hartanah (perunding hartanah) di sesuatu kawasan adalah untuk selesaikan proses jual ataupun pembelian rumah di kawasan tersebut. Kali ini, kami ingin menceritakan tentang proses jual dan beli rumah mengikut prosedur biasa agen hartanah di Batu Pahat, Johor atau lebih spesifiknya di Putera Indah.

Harapnya, ianya menjadi satu idea kepada anda dalam proses jual dan beli rumah sama ada anda ingin menjual rumah menggunakan khidmat agen seperti saya ataupun nak jual sendiri rumah anda tanpa melalui agen seperti dalam ARTIKEL INI. Proses jual dan beli ini tidaklah mudah dan mengikut pengalaman saya, perkara yang paling sukar adalah untuk mendapatkan pembeli dan bersetuju dengan harga yang penjual mahu jual.

Macam Mana Saya Dapat Deal Dengan Owner?

Macam mana nak jual rumah kalau tiada rumah untuk di jual tersebut. Sebelum pergi lebih jauh, kami cerita bagaimana kami kenal dengan pemilik rumah di Putera Indah, Batu Pahat ini. Dipendekkan cerita, dapat no owner daripada client yang mintak tolong untuk proseskan pinjaman rumah. Disebabkan oleh isu CCRIS yang tidak cantik, pinjaman tersebut telahpun gagal dan saya telah meminta jasa baik untuk terus mendapatkan no telefon pemilik rumah tersebut.

Untuk info, rumah ini merupakan salah satu rumah kos rendah di Batu Pahat. Masa pertama kali berjumpa, owner beritahu yang dia cuba menjual rumah tersebut pada harga RM100k tetapi, harga pasaran rumah tersebut mengikut jurunilai hanyalah RM80k. Ketika berjumpa dengan tuan rumah, kami sempat semak sekali lagi harga pasaran rumah tersebut dengan beberapa penilai yang boleh berikan harga pasaran yang tinggi (di sinilah ejen hartanah berperanan dalam mendapatkan penilai yang boleh berikan harga tinggi). Setelah membuat semakan sekali lagi, rumah tersebut boleh dijual sehingga RM115k, memang jauh beza dengan penilai lainnya.

Sebagai contoh dalam kes ini, ejen hartanah di sesuatu kawasan memang kenal dengan penilai yang berikan harga tinggi. Setelah rundingan selesai dan pihak owner sedia berikan komisyen 3% daripada harga jual, kami teruskan fasa kedua iaitu mencari pembeli. Fasa ini adalah antara fasa yang paling menuntuk kesabaran.

Macam Mana Saya Dapatkan Pembeli?

Iklan, iklan dan iklan, itulah mantra dalam mencari pembeli. Antara headline iklan yang popular adalah rumah ataupun tanah untuk di jual di Batu Pahat. Dapat sahaja rumah untuk dijual, terus iklankan di beberapa platform ini bagi mendapatkan harga dan mencari pembeli yang terbaik. Dimana nak iklan? Berikut adalah antara beberapa platform pengiklanan rumah yang paling popular di Malaysia. Ianya adalah Mudah, Facebook, Instagram, Carousell, Edgeprop, Propertyguru dan lain-lain. Kami sendiri menggunakan kesemua medium ini bagi mendapatkan pembeli.

Dah ada pembeli yang bertanya, apa yang perlu untuk dilakukan? Agen kebiasaannya akan filter pembeli terutama dari segi kelayakan loan pembeli. Kalau owner rumah tau cara nak filter kelayakan pinjaman, tak ada masalah.

Proses viewing rumah selesai dan bakal pembeli berpuas hati dengan rumah yang bakal mereka dapat. Seterusnya adalah proses untuk mendapatkan pinjaman daripada institiusi kewangan di Malaysia. Setelah 2 minggu membuat permohonan beserta dokumen yang lengkap, akhirnya permohonan pinjaman diluluskan. Boleh semak artikel ini berkenaan dengan dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.

Proses Jual Beli Rumah – Dapatkan Loan Pembeli

Setelah membuat permohonan pinjaman dengan beberapa institiusi, akhirnya, Ambank memberikan kelulusan pinjaman rumah menggunakan Skim Rumah Pertamaku. Pinjaman yang dimohon adalah RM115k dan permohonan pun lulus dengan pinjaman 100% loan, juga RM115k. Perlu diingatkan sekali lagi, rumah ini bukanlah rumah lelong, tetapi merupakan rumah subsale di Batu Pahat. Apabila pinjaman sudah lulus, segalanya menjadi lebih mudah dan seterusnya adalah bagi mendapatkan khidmat guaman.

Khidmat guaman

Ada 2 sekatan yang ketara pada rumah ini apabila di lihat daripada geran dan sekatan tersebut adalah;

1 Bumi Lot (rumah boleh dijual kepada Bumi sahaja) – tiada masalah
2 Proses jual beli perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri Johor

Yang menjadi masalah adalah sekatan no 2 iaitu bagi mendapatkan kebenaran pihak berkuasa johor. Kalau tidak pasti, boleh berhubung dengan kami untuk mendapatkan info lanjut terutama sekatan no 2. Jika ada sekatan no 2, boleh expect proses jual dan beli akan amik masa lebih kurang setahun. Ianya lebih popular kalau dipanggil consent dari SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Johor). Kalau rumah yang ada consent, memang boleh expect untuk proses pindah milik selesai dalam 1 tahun.

Dapat Kunci

Setahun telahpun berlalu dan kini semuanya selesai. Pembeli telahpun mendapat kunci dan rumah pun dalam keadaan baik (tidak ada kerosakan yang ketara).

Boleh hubungi kami untuk mendapatkan konsultasi percuma berkaitan dengan jual beli rumah di Batu Pahat. Sama ada anda ingin jual rumah, beli rumah, ataupun nak periksa harga pasaran untuk refinance, boleh hubungi kami. Kalau anda nak jual rumah anda, boleh KLIK link ini untuk kami periksa harga pasaran secara percuma. Kalau anda nak beli rumah, boleh tengok pula BORANG INI bagi mendapatkan pinjaman perumahan yang terbaik.

Harapnya semuanya berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan.

The post Agen Hartanah Batu Pahat – Jual Beli Rumah Putera Indah appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/32XFq7V

Tuesday, 5 November 2019

5 Kesan AKPK Kepada Penjawat Awam – Wajib Baca Untuk Info

Kami ada berikan info yang panjang lebar berkenaan dengan AKPK dan pengalaman berurusan dengan client yang mempunyai masalah AKPK di artikel SINI. Tetapi, berbeza pada kali ini, fokus kami adalah berkenaan dengan kesan AKPK kepada penjawat ataupun kakitangan awam di Malaysia. Sebelum pergi lebih jauh, sebenarnya serius atau tidak masalah keberhutangan penjawat awam ini?

Tidak ada statistik yang dibuat berkenaan dengan kadar keberhutangan penjawat awam ini, tetapi beberapa info ini boleh membuatkan anda buka mata dan jika anda datang ke laman web ini disebabkan ingin tahu berkenaan dengan info AKPK, anda datang ke tempat yang betul. Kami akan berikan beberapa tips untuk anda bagaimana untuk elak dari terperangkap dengan hutang juga kesan AKPK untuk kakitangan kerajaan.

1 Penjawat awam diburu Ah Long

2 Kakitangan Kerajaan belanja lebih separuh bayar hutang

Daripada kedua-dua artikel ini, dapat disimpulkan yang kakitangan kerajaan memang ramai yang dibelenggu dengan hutang yang terlampau tinggi. Pengalaman saya sebagai seorang Agen Hartanah Berdaftar juga kerap berjumpa dengan masalah yang sama. Terutama apabila saya cuba mengira kelayakan peminjam yang daripada sektor awam. Yang menjadi masalah adalah apabila saya melihat jumlah personal loan ataupun tolakan Angkasa yang kerap dan terlalu tinggi.

Perkara ini memang memberikan kesan yang serious kepada pinjaman perumahan dan perlu untuk dibendung agar tidak terjerat dengan hutang. Memang terlalu mudah untuk penjawat awam buat personal loan, 3 hari sahaja dah lulus dan kebanyakan bank-bank yang memberikan kelulusan pantas seperti ini adalah Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain. Ini adalah antara sebab kenapa ramai penjawat awam yang mempunyai hutang yang tinggi.

AKPK Untuk Kakitangan Kerajaan

Kakitangan kerajaan yang terlibat dengan AKPK juga perlu melalui proses yang sama seperti kakitangan bukan kerajaan iaitu sesi kaunseling dengan pihak AKPK. Ianya penting untuk pihak Agensi Kaunseling mengetahui kedudukan kewangan anda dan penting dalam memberikan nasihat kewangan yang berkesan.

Sama seperti sektor swasta, pihak AKPK akan struktur balik pinjaman anda terutama yang berkaitan dengan kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman rumah. AKPK akan satukan kesemua hutang ini dalam akaun AKPK dan tarik tahun pinjaman lebih panjang mengikut keselesaan anda. Dari situ boleh buat pembayaran sama ada secara terus ataupun tolakan daripada slip gaji.

Kesan Daripada Pinjaman AKPK

Kesan yang ketara adalah, anda tidak dapat membuat pinjaman baru sama ada pinjaman kereta, rumah, personal loan dan lain-lain. Apabila anda berada dalam program ini, seseorang itu dikategorikan sebagai “peminjam bermasalah” dan anda perlu keluar daripada program ini untuk membuat pinjaman semula.

Apabila anda sudah berjaya keluar daripada program ini pun, perlukan masa setahun untuk anda membuat permohonan pinjaman baru. Ini adalah antara kesan yang ketara dalam pembiayaan rumah anda.

Tips Untuk Elak Dari Terjerat Dengan Hutang

Pertama sekali elak untuk buat hutang baru terutama sekali personal loan, cuba untuk cut expenses perbelanjaan bulanan anda seperti bil astro, rokok, untuk bil telefon, boleh cari pakej yang lebih murah untuk penjimatan yang ketara. Jangan lupa untuk bawak bekal dari rumah dan elakkan untuk terlalu kerap makan di kafe yang air kopi di sana sudah cecah Rm15. Ataupun nasi goreng di sesetegah kafe mencecah RM10 untuk satu pinggan. Jangan terlalu kerap, sekali sekala tidak mengapa.

Cuba pada masa yang sama untuk tingkatkan pendapatan anda dan lakukan kerja-kerja di luar waktu kerja seperti mengajar tuisyen, jadi agen hartanah ataupun agen insurans dan lain-lain. Pun boleh jadi rider Grab ataupun Food Panda untuk tambah pendapatan agar hutang anda mulai surut.

The post 5 Kesan AKPK Kepada Penjawat Awam – Wajib Baca Untuk Info appeared first on Smartinvest101.



from Smartinvest101 https://ift.tt/34vjEcJ